Nak throwback sikit percutian kitorang di Ho Chi Minh, Vietnam bulan Februari lepas. Alhamdulillah percutian ke Vietnam berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kejadian yang tak diingini berlaku. One of partner trip kitorang tak dapat join last minute sebab demam denggi.
Takpelah nak buat macam mana kan. Allah sebaik-baik perancang. Panjang umur, ada rezeki kita travel sama-sama lagi ye Kak Nab. Sorang tarik diri, tinggal la kami 4 sekawan travel ke Vietnam. Thanks guys for making this trip happened. =D
Kalau korang nak tengok comparison harga tiket flight, nak survey tiket flight mana yang menawarkan harga paling murah, korang boleh survey di Airpaz. Kalau harga dalam bajet korang, boleh la booking terus!
Pengalaman Naik Vietnam Airlines
Kitorang ke Ho Chi Minh dengan Vietnam Airlines. Tiket flight beli dekat Traveloka. Harga tiket takdelah murah sangat. Still reasonable la. RM300++ return. Flight pukul 8.50pm, 8hb Februari. Ko bayangkanlah betapa rushingnya masing-masing. Pukul 5.30pm baru nak keluar office. Pastu balik rumah bersiap ala kadar. Then terus ke Putrajaya Sentral tunggu transit ke KLIA. Sampai KLIA, terus check in and makan dulu.
Disebabkan flight malam, tak boleh la nak ambil gambar sayap flight haha. Aku belanja korang dinner set kitorang masa dalam flight jela. Sedap jugak makanan yang diorang hidang. Yang penting, HALAL inshaAllah. Kalau rasa ragu-ragu dengan status HALAL, tak payah gatal duk makan la ye. Kalau tahu dari awal makanan nie yang diorang sediakan, tak payah makan pun takpe tadi. Kenyang kot.–.-
Dekat 2 jam perjalanan, kami pun sampailah di Tan Son Nhat International Airport, Vietnam. Terima kasih buat Kak Liza yang kenalkan kitorang dengan kawan dia Tomok yang merupakan tour guide di Vietnam. Si Tomok la yang tolong booking hotel, carikan pakej and dia jugak yang tolong hantar kami ke hotel.
Kebetulan masa kitorang sampai tu, Tomok pun ada dekat airport. So, dia pelawa naik bas mini dengan dia jela senang sekali jalan. Kalau tak, memang kitorang dah plan nak ambil teksi. Thank you Tomok. =D
Check In Thanh Thu Hotel
Sepanjang 5 hari 4 malam di Vietnam, kami telah menginap di Thanh Thu Hotel. Dah booking hotel siap-siap sebelum ke sana. Harga hotel 28usd/night per room.
Thanh Thu Hotel ini tidaklah besar mana pun. Ada dalam 9 tingkat and setiap tingkat ada dalam 2-3 bilik macam tu je. But so far memang berpuas hati dengan bilik yang disediakan. Ada aircond, tv, kipas dinding, meja solek, meja & kerusi untuk minum kopi, almari semua lengkap. Bilik air pulak not bad saiznya. Siap ada tub mandi & disediakan juga hair dryer.
Trip ke Cu Chi Tunnel
Keesokannya, around pukul 8.00am kitorang pun bergerak ke Chu Chi Tunnel. Harini ada 2 trip iaitu ke Cu Chi Tunnel then ke Sungai Mekong. Harga pakej RM800 including lunch. Kalau fikir balik macam mahal pulak harga pakej ini tapi logik juga sebab dari hotel kitorang nak ke sana agak jauh. Then dari Chu Chi Tunnel ke Sungai Mekong pun boleh tahan jauhnya. Malam baru sampai hotel kot. \0/
On the way ke Cu Chi Tunnel. Kitorang singgah sekejap dekat tempat pembuatan seni kraftangan. Tengok ajelah diorang duk mengukir sebab harga barangan kraftangan dekat sana mahai sungguh tapi tak dinafikan memang cantiklah. Dah siap cuci mata tengok kraftangan, sambung perjalanan. Mujur dalam kereta ada disediakan wifi, takde la bosan sangat dengan perjalanan yang mengambil masa around 2 jam jugak.
Sedikit info mengenai Chu Chi Tunnel, merupakan tapak tinggalan bersejarah masa zaman penjajahan. Di sinilah askar-askar Vietnam membuat kubu pertahanan bawah tanah untuk melawan pihak penjajah. Dekat sana nanti, korang boleh merasai sendiri pengalaman merangkak didalam kubu bawah tanah. Menarik jugak aktiviti dekat sana disamping boleh mempelajari sejarah Vietnam.
Lubang gambar atas ini famous betul dekat sana. Semua orang macam nak try masuk dalam nie. Ada sorang tu foreigner badan gempal sikit, try masuk kedalam lubang tu. Sekali tak muat masuk semua. Aku yang ramping macam kerengga ini memang senang la masuk dalam. Siap tutup lubang lagi. Pastu bila nak naik tu, dapat tepukan gemuruh dari orang sekeliling yang menunggu giliran untuk masuk Ekeke. Bangga kejap =.=
Agak luas juga kawasan kubu ini. Pengunjung pun agak ramai pada hari berkenaan.
Pastu kitorang ke National Defence Sports Shooting Range yang tidak jauh dari kawasan kubu tadi. Kalau korang nak try menembak, boleh la dekat sini. Harga aku tak pasti berapa. Yang pasti takdelah murah sangat sebab kalau murah, confirm kitorang pun dah try menembak jugak haha. Kalau nak rasa pengalaman menembak, boleh la cuba.
Dekat sini jugak korang boleh melihat sendiri proses pembuatan makanan tradisional diorang yang macam kulit popiah tu. Apa nama ntah aku lupa pulak.
Sebelum pulang, kita pekena dulu ubi kayu cicah gula kacang dengan teh o. Sedap woi. Lama dah tak makan ubi kayu. Terus request nak tambah lagi haha.
Para pengunjung sedang menjamu selera.
Trip Ke Sungai Mekong
Sampai tengahari jugak lawatan ke Cu Chi Tunnel, kitorang pun bergerak pula ke Sungai Mekong. Lebih kurang 2 jam perjalanan juga. Siap tertidur dalam kereta penat punya pasal explore Cu Chi Tunnel tadi. \0/
Ini jeti ke Sungai Mekong. Kat sini ada menjual pelbagai produk-produk tempatan jugak. Kami beli topi je konon nak pakai masa naik sampan nanti. =P
Memang agak luas & selesa bot yang membawa penumpang. Siap disediakan kerusi, and hammock dalam bot. Bot inilah yang membawa kitorang melawat pulau-pulau di Sungai Mekong.
Sementara sampai ke destinasi, baring dalam hammock jap.
Firstime stop kitorang di kedai makan untuk lunch. Memang masing-masing perut dah berkeroncong. Breakfast tadi pun makan coklat je. Then dekat Cu Chi Tunnel plak pekena ubi rebus je. Lapor gile bakhang. T_T
Dah disediakan 1 meja pun untuk kitorang berempat. Bila dah duduk dekat meja, pekerja diorang pun pantas hidangkan makanan. Lauk pauk seperti dalam gambar dibawah. Confirmlah berselera korang nak makan kan? \0/
Dia punya sup memang sedap. Lauk ikan masak kari tu pun ok not bad. Tak boleh la nak compare rasa masakan dekat sana dengan Malaysia. Of course la Malaysia lagi sedap. But, lapar punya pasal, masing-masing siap tambah la nasik. Alhamdulillah. Kenyang. =D
After lunch and solat dekat kedai makan, (and yes, kedai makan tu ada menyediakan surau. So kitorang jamak sesiap dekat situ je), kitorang pun bergerak ke kedai membuat makanan yang berasaskan kelapa. Ada ubat tradisional, produk kecantikan & makanan yang berasaskan kepala.
Lupa nak snap pulak gambar dekat situ sebab tak berminat sangat dengan produk-produk diorang hehehe. Area situ jugak ada menjual buah-buahan tempatan and produk kraftangan. Kami sempat beli sebijik durian yang besar gedabak and tapau nak buat balik hotel. Maklumlah masing-masing hantu durian haha.
Then, kitorang dibawa menonton pertunjukan lagu rakyat diorang kot. Ada 2 uncle nie main gitar, kemudian 3 – 4 orang kakak cantik menyanyi. Ada dalam 5 lagu jugak diorang nyanyi. Kami tak faham lagu apa yang diorang nyanyi, layankan jela haha. Tapi ada 1 lagu tu yang kami faham. Lagu nie, “kalau ada gembira tepuk tangan…” tapi diubah sikit liriknya.
Sambil berhibur, kitorang dihidangkan pula dengan buah-buahan tempatan cicah garam + air teh o panas. After tamat persembahan, korang boleh la bagi sedikit sumbangan didalam bekas yang disediakan. Bagi la berapa vietdong or ringgit seikhlas hati korang ye.
Aktiviti yang paling aku tunggu di Sungai Mekong, menaiki sampan. Diorang bawa kami menyelusuri Sungai Mekong sekitar 2km juga. Punya excited masing-masing ye dapat naik sampan hehe. 1 sampan boleh naik 3 –4 orang pengunjung sahaja.
Apijol dengan Miss Nu. Baguslah Miss Nu nie. Sangat mesra orangnya. Manis je. Masih single tau. Dia boleh speaking, so memang mudah kitorang nak communicate dengan dia.
Dah sampai ke destinasi, jangan lupa bagi token sikit dekat orang yang mengayuh sampan tu. Terpulang dekat korang nak bagi berapa. Haritu kitorang bagi dalam 6 ringgit.
Kemudian, Miss Nu bawa pulak kitorang ke Ky Lan, tempat menjual produk tempatan terutamanya madu.
Dekat sini, korang akan disajikan pula dengan tea o limau madu yang dibuat secara live oleh staff diorang yang cantik hehe.
Boleh tahan sedap juga teo o limau madu yang disajikan. Sampai kitorang pun dah terpengaruh dengan madu yang manis betul dekat sana. Siap beli 1 botol sorang. Power betul diorang punya marketing nie. –.-
Kami turut disajikan dengan pisang goreng manis yang rangup tu apa ntah nama saintifik dia, and beberapa jenis kueh tradisional diorang. Last sekali, diorang bagi kitorang makan limau bali. Serious sedap betul limau bali tu. Biasa kalau aku makan limau bali di Malaysia, mesti ada rasa pahitnya. Tapi kat sini memang tak pahit. Rasa masam-masam manis je.
Dah settle minum petang teh o limau madu, Miss Nu bawak pulak kitorang menaiki kereta kuda. Tapi malangnya kereta kuda tak boleh bergerak sebab kami tersalah pergi ke laluan bertentangan. So, bergambar atas kereta kuda jela.
Last stop kitorang di Con Phung. Dekat sini ada taman-taman yang cantik, taman buaya, ada kedai-kedai cenderahati, kedai menjual produk tempatan especially produk berasaskan kelapa, and ada sebijik rumah buluh yang sangat unik buatan penduduk tempatan.
Takde apa yang menarik sangat pun dekat sini. Sekadar untuk bergambar boleh lah. Kat sini ada 1 tasik and disediakan sampan. Korang nak cuba naik sampan pun boleh. Nanti ada staff dekat sana tolong tengokkan. Jangan risau ye dalam tasik nie takde buaya. \0/
Dah puas bergambar and main sampan, kami pun naik bot semula untuk pulang ke jetty. Sempat menikmati pemandangan matahari terbenam otw pulang. Cantik kan?
Bila dah masuk kereta, masing-masing punyalah penat. Tiba-tiba ada 1 bau yang kurang menyenangkan. Durian! Haha. Baru teringat durian yang kami tapau dekat Sungai Mekong tadi. So berhenti la kejap dekat RnR untuk habiskan durian. Kalau tak memang tak boleh nak tahan la dengan bau durian yang semerbak tu.
Alhamdulillah sampai hotel dengan selamat, tidur je sepanjang perjalanan. Sedar-sedar dah sampai. Thanks to Miss Nu selaku tour guide kitorang ke Sungai Mekong and Cu Chi Tunnel. Memang puas hati sangat dia punya layanan. Thumbs up.
Sebelum naik bilik, singgah kejap dekat Ben Thanh Night Market yang bersebelahan je dengan hotel kitorang. Ramai betul orang dekat sini. Kebanyakan menjual pakaian. Malam nie taknak shopping lagi, esok la kita shopping sakan.
Cuci mata sekejap dekat Ben Thanh Night Market, kami pun balik ke hotel. Besok nak pusing sekitar Ho Chi Minh pulak. Nantikan sambungan entry part 2 yang aku sendiri pun tak tahu bila ntah aku akan update haha. =P
13 Komen untuk "Percutian Di Ho Chi Minh, Vietnam (Part 1)"
Bestnye pi melancong
bestnya jalan2
Part makan ubikayu tu yg paling best!!!....mmg boleh teringat sampai sekarang wuuuu!
Boleh tahu bagaimana nak dapatkan tour guide? Tour guide awak berapa ye?
Pakej ke cuchi tunnel dan sg mekong tu RM800 seorang ke satu group awak 4 org. Ambik tour pakej tu kat hotel ke? Tq
best nya tempat kat sana...
4 orang RM800. Tour pakej mintak tolong Tomok carikan :)
Try pm Facebook Tomok.
Nie Facebook dia
https://www.facebook.com/profile.php?id=100004505011027
Salam... nak tanya pakej chu chi tunnel & sg mekong rm800 untuk seorang atau satu group?
Hi tumpang tanya apa yan special di Ben Thanh Nigh Market?
Nak tnya, senang tak nak cari mkanan halal kat sana?
Salam hai tumpang tuan tanah, kami ada uruskan pakej Muslim Ho Chi Minh, Vietnam RM 511 (4 hari 3 malam)
www.wasap.my/60175367426 (tekan ni)
Fb : melancong murah baloi
Ig : melancong_murah_baloi
Kami menawarkan Pakej Percutian ke Medan dan Danau Toba
Lake Tour 04 Hari / 03 Malam MYR 380 ( 10 orang )
Pakej kami design sangat murah dan berkualitas
FULL SERVICES
Hotel 3 Bintang
Makanan Halal
Driver humble
Pemandu Pelancongan professional
Sila contact Tiara Tours Indonesia
Jln. Panglima Denai No. 76 Medan, 20227
Licensed : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
Tel/Fax : +6261 - 733 59 765
Email : [email protected].
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
Toyota Avanza (05 orang ) MYR 155 / Hari
Suzuki Eritga (05 orang ) MYR 155 / Hari
Inova Reborn (05 orang ) MYR 175 / hari
Isuzu Elf (11 orang ) MYR 235 / Hari
Toyota Hiace (11 orang ) MYR 320 / Hari
Medium Bus ( 27 orang ) MYR 500 / Hari
Note :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL