Kisah Perjalanan RichWorks 2021 Gigih Membantu 650,000 Usahawan Bangkit dari Pandemik

Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik yang belum reda dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu. Aku merasai kedua-dua pengalaman iaitu sebagai mangsa covid & mangsa banjir. Memang pengalaman ditahun 2021 yang takkan dapat dilupakan. T_T

 

Harini aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai kisah perjalanan Rickworks ditahun 2021 yang telah berjaya membantu 650,000 usahawan bangkit dari pandemik.

 

Apa itu Rickworks?

 

Aku yakin ramai yang sudah kenal siapa RichWorks. Manakan tidak, RichWorks ini menapak di Malaysia sejak tahun 2008 lagi. Ini bermakna sudah hampir 13 tahun RichWorks ditubuhkan.

 

Untuk kita sama-sama lebih tahu tentang RichWorks ini, RichWorks merupakan satu sebuah syarikat yang diasaskan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman.

 

Syarikat ini ditubuhkan dengan misi untuk memberikan tunjuk ajar, bimbingan, dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Boleh dikatakan RichWorks berperanan sebagai syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia, khususnya dari segi penjenamaan, pemasaran serta kepimpinan.

 

 

rickworks kejayaan di tahun 2021

Sejak 2008 hingga kini, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 hingga 24 bulan. Satu pencapaian yang sangat memberangsangkan!

 

Visi Utama RichWorks Yang Dibawa

 

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

 

Pada tahun 2021 sahaja, sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi menolong ramai usahawan di Malaysia untuk bangkit & berjaya dalam bidang keusahawanan.

 

Antara Pencapaian Rickworks ditahun 2021

 

1. Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu. Richworks mahu terus membantu orang ramai melalui program2 percuma mereka demi untuk buka jalan dan tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan

2. Salah satu program iaitu Program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

rickworks di dewan rakyat

3. RichWorks tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

4. Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk membantu lebih 2,000 keluarga.

5. RichWorks faham keadaan dihadapi orang ramai - kesusahan ekoran pandemik dan banjir. Sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan mereka dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu.

 

richworks sumbangan mangsa banjir

6. RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban pada tahun 2021.

7. Ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

 

8. Pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

9. Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

10. Melalui program bimbingan Spire yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

11. Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.


12. Sokongan RichWorks bukan omong kosong. Buktinya, Richworks telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell etc

 

Dr Azizan Osman dan 31 ahli Keluarga dijangkiti Covid-19

 

Jika korang merupakan salah seorang golongan usahawan yang sedang bergelut dengan masalah perniagaan sendiri, ketahuilah setiap orang ada ujian masing-masing. Apa yang membezakan adalah cara seseorang itu untuk kembali bangkit bersemangat atau tidak. 

Sebagai contoh, pada bulan Januari 2021 yang lepas, Dr Azizan dan 31 orang ahli keluarganya telah dijangkiti covid-19.


Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

 

 

dr azizan mangsa covid 19


Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.

Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang, disamping mahu fokus untuk membantu rakyat dan negara dalam berdepan dengan pandemik melalui kepakaran mereka.

 

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang telah diusahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun 2022, insyaAllah.

 

Tahniah RichWorks Dan Terima Kasih Atas Keprihatinan Kalian

 

Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT. Supaya visi Richworks untuk membimbing anak didik mereka mengharungi 2021 dan tahun-tahun seterusnya menjadi kenyataan dan mencapai kejayaan yang diinginkan.

 

"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling bermanfaat bagi orang lain"

0 Komen untuk "Kisah Perjalanan RichWorks 2021 Gigih Membantu 650,000 Usahawan Bangkit dari Pandemik"

Back To Top