Tukar ke Tunetalk (RM48) dari Celcom, Kekalkan No Lama

TUNE TALK PREPAID

After bertahun lamanya setia dengan Celcom, starting December tahun lepas aku telah bertukar ke Tunetalk. Aku beli Tunetalk dengan officemate aku. Katanya Tunetalk ini still guna line dari Celcom. Memang diakui, line Celcom ini selalu tak mengecewakan aku. So kenapa aku bertukar ke Tunetalk? Jom aku cerita –.-

1) Dah taknak pakai postpaid.

2) Nak berjimat sebab sebelum ini aku bayar dekat Celcom RM 100++/month.

3) Kontrak aku dengan Celcom (2 tahun) dah habis. Haritu gatal tangan pegi ambik handphone dengan Celcom.

Kenapa bertukar ke Tunetalk? Kenapa bukan Umobile, Digi, Maxis, etc.?


1) RM48/30hari dapat unlimited social media (WhatsApp, Wechat, Twitter, Facebook, Instagram), unlimited call, 60GB Kuota Video (Youtube), 10GB High Speed Internet, 10GB Basic Internet, etc.

TUKAR KE TUNETALK RM48

2) Aku ada survey jugak telco lain di Twitter. Majoriti banyak pujian diberikan kepada Tunetalk terutama dari segi line internet. Kalau bayar murah internet unlimited, tapi internet slow pun tak guna jugak.
3) Taknak ada contract dengan mana-mana telco. Enough! –.-
4) Nak support member aku haha. Taklah, actually dia dah jual banyak juga dekat budak office. Aku pergi la survey dekat user Tunetalk dekat office, diorang kata line okay berbaloi dengan harga. Kalau nak compare dengan line Celcom aku sebelum ini memang aku boleh jimat more than 50% kot.

Aku sayang no lama aku sebab banyak contact dalam tu. So aku nak kekalkan no lama aku. Semua urusan pasal kekalkan no lama, registration, officemate aku yang urusan. Dia just mintak gambar kad pengenalan je.

Cara Bertukar ke Tunetalk Dari Celcom (kekal no lama)

1) Bagi no kad pengenalan dekat officemate aku.
2) Once dia dah register, nanti korang akan terima satu mesej persetujuan untuk bertukar telco. Reply YES.
3) Once dah reply YES. Korang kena tunggu approval dari pihak telco lama korang. Macam aku, tunggu approval dari Celcom.
4) Once Celcom dah approved, kena tunggu sampai line Celcom dekat handphone korang hilang dari radar. –.-
5) Bila line Celcom hilang, baru masukkan simkad Tunetalk. Proses no.3 – no.5 depends on telco lama korang. Macam aku dalam 6-7 jam. Kalau telco lama reject request nak switch to Tunetalk, kena re-apply lagi. Macam Amalina & Mak aku nak switch dari Digi punyalah lama ye. Sayang betul Digi dekat customer diorang.
6) Dah masukkan simkad, jangan lupa install Apps Tunetalk dekat handphone masing-masing.

CARA BERTUKAR KE TUNE TALK

7) Dah download Apps Tunetalk, jangan lupa topup e-wallet korang. Apps Tunetalk nie user friendly. Jangan risau memang mudah cara nak topup e-wallet. Korang godek-godek lah ye. Tak kuasa aku nak bagi tutorial haha.

8) Once dah selamat switch to Tunetalk, ada lagi satu hal penting. Korang mungkin gagal menerima TAC no. dari bank korang untuk beberapa hari. Nasib baik la Tune Talk pemurah bagi data permulaan. Dapat la aku WhatsApp member aku mintak tolong topupkan dulu e-wallet & langgan internet RM 48/30days hehe.

Mengenai masalah TAC nie, mungkin pihak yang berkenaan patut cari solution atleast new customer takdelah tunggu sampai berhari-hari untuk melakukan urusan transfer duit online diorang. Nasib baik lah urusan transfer duit online aku semua dah settle masa aku switch to Tunetalk tu.

Sponsor Tunetalk Mak (RM30/30 hari call only)


Aku kesian dekat mak aku kat kampung. Kalau nak call anak-anak, mak mesti misscall dulu. Then, baru kitorang call mak balik. Mak nak save kredit. Boleh tahan gak la mak topup almost RM50/month kot.


Dengan adanya pakej RM30 unlimited call from Tunetalk nie, sekarang mak tak perlu risau lagi. Mak bercakap lah dengan anak-anak mak sepuasnya, nak call setiap hari pun boleh. Dah tak payah nak beli topup lagi dah. i belanja mak topup okay.


Baru-baru ini mak call,

“Mak call nie saje je, nak tanya khabar. Anak-anak jarang call mak”

Tersentap pulak dengar ayat tu. Tapi betullah apa mak cakap tu. Aku sendiri pun call mak satu/dua kali je seminggu. Sometimes kita sebagai anak ini bukanlah tak ingat dekat orang tua, tapi leka buat kerja dunia sangat. Tiba-tiba dah malam. Nak call malam hari, mak dah nak berehat. Salute dekat anak-anak yang call mak hari-hari tanya khabar mak.

Sepanjang hampir 4 bulan aku  menggunakan Tunetalk, alhamdulillah dapat sedikit penjimatan berbanding telcom sebelum ini. RM 48 (aku) + RM 30 (mak) , RM 78 je. Line Tunetalk di Putrajaya okay. Dekat kampung aku, Terengganu pun okay.
Korang yang berminat nak tukar ke Tunetalk menggunakan khidmat officemate aku, korang boleh bagitau aku okay. Nanti aku bagi contact no member aku tu. Dia tolong buat dari A-Z. Inshaallah. Korang just prepare gambar kad pengenalan je.



P/s : Ini bukan sponsored post dari Tunetalk tau. Ini post ikhlas sebagai pengguna Tunetalk. Semoga Tunetalk kekalkan prestasinya & lebih cemerlang di masa hadapan.
Tukar ke Tunetalk (RM48) dari Celcom, Kekalkan No Lama Tukar ke Tunetalk (RM48) dari Celcom, Kekalkan No Lama Reviewed by Hafiz Hafizol on 29 March Rating: 5

11 comments:

  1. Tahniah dah bertukar telco yan lebih baik.. Hehe..

    ReplyDelete
  2. oooo kita guna unifi..........lalalalala

    ReplyDelete
  3. Wahhh menriknya... besar gb nya tu yg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga lepas nie dia upgrade jadi unlimited pulak haha. berangan

      Delete
  4. aku pun pakai tunetalk plan rm48 tu... memang berbaloi2

    ReplyDelete
  5. used tune talk for a while but it's not for me.

    ReplyDelete
  6. Menarik betul pakej Tunetalk ni.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.