Antara emas yang popular di Malaysia sekarang ialah emas 916 dan emas 999. Tapi tahukah korang apa perbezaan emas 916 dan emas 999? Masa mula-mula berjinak dengan simpanan emas pada tahun 2021 yang lalu, aku pun tak tahu apa-apa pun mengenai emas. Aku slow-slow google, baca artikel di group emas, tanya kawan-kawan yang jadi agen emas, tengok video emas di Tiktok. Sumber rujukan of course la kena banyak haha. =P
Apa Beza Emas 916 & 999 ?
Sebelum berkecimpung didalam dunia emas, korang perlu tahu dulu perbezaan antara emas 916 & emas 999. Bila dah tahu, baru lebih yakin dan semangat untuk menyimpan.
Ketulenan Emas
Emas 999 ialah emas yang berketulenan 99.9%. Hanya 0.1% sahaja bercampur dengan logam lain dengan tujuan untuk dibentuk. Emas 916 pula ketulenannya 91.6% sahaja. Ketulenan emas 91.6% kerana emas dicampurkan dengan logam lain supaya lebih keras dan mudah dibentuk dalam proses penghasilan emas perhiasan.
Bentuk Emas
Emas 999 selalunya berbentuk goldbar, dinar dan coin dan dijual dari 0.25g sehingga 1000g. Ianya ialah emas 99.9% tulen. Rasanya tidak ada emas 100% tulen dijual di mana-mana kedai pun di dunia ni. 0.1% logam lain adalah perlu dicampur utk tujuan pembentukan emas itu sendiri.
Emas 916 pula kebanyakannya merupakan emas perhiasan dan mempunyai pelbagai bentuk seperti cincin, gelang, rantai, subang dah sebagainya. Emas 916 ini merupakan emas yang menjadi kegilaan & kegemaran wanita sebagai perhiasan.
Perbezaan Harga
Emas 999 lebih mahal jika dibandingkan dengan emas 916 berdasarkan dari ketulenannya. Namun begitu, semestinya emas 999 lebih tinggi nilainya jika dipajak di mana-mana Ar-Rahnu.
Susut Nilai (Spread)
Emas 999 mempunyai susut nilai yang lebih rendah iaitu sekitar 6% - 9% sahaja berbanding dengan emas 916 yang mempunyai susut nilai yang lebih tinggi iaitu kira-kira 20% - 30% bergantung kepada keadaan emas. Jika emas anda kemek, patah, rosak mungkin susut nilainya lebih tinggi.
Spread (susut nilai) : (Harga Beli - Harga Buyback) ÷ Harga Beli x 100
Harga beli : (184.50g - 172.50g) ÷ 184.50g x 100 = 6.5% (susut nilai)
Kesesuaian Pengguna
Emas 999 sesuai untuk lelaki & wanita manakala emas 916 hanya sesuai untuk wanita sahaja. Lelaki HARAM memakai emas 916 ya. So, kaum adam pilihlah emas 999 untuk dijadikan simpanan okay.
Tujuan/Matlamat Emas
Emas 999 sesuai untuk dijadikan simpanan/pelaburan manakala emas 916 pula sesuai dijadikan perhiasan & simpanan kecemasan.
Berdasarkan perbezaan emas 916 & 999 yang disenaraikan diatas, aku harap korang sudah nampak bayangan emas apa yang korang ingin beli bergantung kepada tujuan korang sendiri. Kalau bertujuan untuk memakai sebagai perhiasan, belilah emas 916. Kalau bertujuan simpanan jangka panjang dan pelaburan, belilah emas 999.
Jom beli Emas Online
After korang dah membuat keputusan sebulat suara mengenai emas yang menjadi pilihan korang, korang boleh WhatsApp wasap.my/60145056924 dengan segera tau untuk pembelian emas 999 atau 916. Jangan bertindak lama sangat tau sebab harga emas sentiasa berubah. Semakin lambat korang bertindak, semakin tinggi harga emas. Boleh tengok katalog emas di sini orodesign.biz.
Tapi yang paling bagus belilah emas apabila harga emas turun. Nak tunggu harga turun pun kita tak tahu bila kan. Susah sangat kalau ada duit beli jelah at least sedikit. Boleh bermula dengan gram yang paling kecil bagi emas 999 iaitu 0.25gram sahaja. Bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. =P
1 Komen untuk "Perbezaan Emas 916 dan Emas 999"
Terima kasih atas perkongsian . Setakat sekarang masih ada koleksi emas 916 je