Resepi Pajeri Nenas Mudah & Sedap

 Assalamualaikum 


Dah lama tak buat entri masak-masak kan? Actually boleh dikatakan hari-hari aku masak. Wah, calon menantu idaman sangat ni hari-hari masak haha. Takde lah gurau je. Kalau mood nak masak datang, baru aku ke dapur. Kalau tak, tak berasap pun dapur tu. Sejak ada Tiktok, aku dah malas nak menaip. Aku ambil video masak, post di Tiktok. Jangan lupa follow Tiktok aku tau. Sempat lagi promote Tiktok hehe. =P


Baru-baru nie teringin nak makan pajeri nenas. So pergilah ke kedai nak beli nenas. Nasibku baik. Dekat kedai ada nenas untuk buat masak. Elok pulak nanasnya. Besar & kehijauan warnanya. Kalau nak beli nenas untuk masak, kena beli yang kulit hijau tau. Jangan terbeli nenas untuk makan. Naya nanti kang jadi jem nenas pulak T_T


Resepi Pajeri Nenas


Resepi ini aku cekau dari Mr. Google. Ada lah tengok beberapa resepi yang orang share. Alhamdulillah menjadi. Cuma pajeri nenas aku kuahnya tak menyerap ke dalam isi nanas sepenuhnya. So next time kena biarkan nenas lama sikit didalam kuah before tutup api. 


Bahan-Bahan Pajeri Nenas 


resepi pajeri nenas sedap dan mudah




1. 1 biji nenas 
2. Sedikit minyak 
3. 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bungi cengkih, buah pelaga)
4. 5 biji bawang merah (kisar)
5. 5 ulas bawang putih (kisar)
6. 1 inci kunyit hidup (kisar)
7. 1 tangkai daun kari
8. 2 sudu besar serbuk kari daging
9. 3 sudu besar cili kisar 
9. 2 sudu kerisik 
10. 1 kotak kecil santan 
11. Gula & garam secukup rasa 


Cara Memasak Pajeri Nenas 


Panaskan minyak. Masukkan 4 sekawan & daun kari. Biarkan sekejap sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih, kunyit). Masak sehingga sehingga naik bau/kekuningan. Masukkan rempah kari & cili kisar yang terlebih dahulu digaul bersama di dalam sedikit air panas. Masak rempah kari & cili kisar sehingga betul-betul masak & pecah minyak. 


Kalau cili kisar tak masak nanti korang yang perut sensitif (macam aku T_T) confirm sakit perut. Kalau agak kering, masukkan sedikit air. Masukkan pula kerisik. Masukkan santan. Jangan lupa kacau perlahan-lahan ye. Jangan ditinggal diatas kuali macam gitu je T_T. Masukkan gula & garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan nenas. Biarkan sehingga nenas betul-betul masak sebelum korang tutup api. 


Untuk mempercepatkan nenas menyerap kuah pajeri & lagi mengancam rasanya, korang boleh rebuskan dulu nenas biar empuk. Macam aku masak nie resepi versi malas sikit but still sedap ye makan dengan sambal belacan + ikan masin + nasi panas. Dap dooh! 


Itu sajelah resepi pajeri nenas yang dapat aku share pada kali ini. Selamat mencuba ya. Nanti kalau aku rajin menaip lagi, aku akan share resepi lain pulak macam ayam masak merah ke, masak kicap ke. Sedap gak aku masak. tibe -.- 
1 Komen untuk "Resepi Pajeri Nenas Mudah & Sedap "

wahh dah pandai masak skrg hehehe

Back To Top