RichWorks Lahirkan Jutawan, Salah Seorangnya Anak Datuk K

2022 telah menapak, bagi usahawan atau anda yang baru saja ingin memulakan bisnes, dapatkan ilmu perniagaan sangat penting. Sama seperti kita yang ingin lakukan sesuatu, penting untuk kita tahu caranya. 



Pilihan untuk dididik oleh mentor usahawan terkenal di Malaysia ini adalah idea yang bagus. Ramai sedia maklum bahawa RichWorks yang sering disebut di corong radio ini merupakan syarikat kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman.



Mereka pakar membantu para usahawan memasarkan produk dan menjadikan perniagaan lebih bermakna. Richworks juga mempunyai visi yang besar untuk menjadi netflix usahawan menjelang tahun 2022.


Kejayaan Dan Usahawan Jutawan Dilahirkan RichWorks


Dalam kelas bimbingan usahawan yang dianjurkan, telah ramai usahawan yang telah mencapai jualan lebih dari kemahuan masing-masing. RichWorks telah melahirkan usahawan jutawan dalam masa enam bulan sehingga satu tahun dalam program Spire.


Bagi usahawan yang berada di bawah bimbingan RichWorks, menjadi usahawan jutawan yang paling laju adalah dalam masa 6 bulan sehingga 3 tahun berniaga. Datuk Wira Dr Azizan Osman juga telah mempunyai pengalaman ditegaskan dalam perniagaan perlu menjadi jutawan dalam masa 3 tahun suatu masa dahulu.  



Kini beliau menggunakan pengalamannya dalam membimbing dan membentuk usahawan dari kosong sehingga menjadi jutawan.


Usahawan jutawan kelahiran RichWorks antaranya adalah Nurraysa, Noir Beauty, Eskayvie, King Char Kuey Teow, Sabella dan ramai lagi. Jika anda kerap menghadiri program yang dianjurkan RichWorks termasuklah program percuma, pasti anda turut mengenali siapakah usahawan jutawan kelahiran mereka.


Mereka komited belajar dalam program yang dianjurkan. Anda juga boleh memilih mana-mana program RichWorks untuk memulakan perniagaan dengan lebih berjaya.


Anak Datuk K, Asyraf Khalid Jutawan Kelahiran RichWorks


Siapa sangka anak Datuk K juga merupakan salah seorang jutawan kelahiran RichWorks dengan jenama perniagaannya Mutyara.  Datuk K sendiri telah merakamkan penghargaan kepada Datuk Dr Azizan Osman Kerana telah banyak mengubah dan membimbing anaknya bahkan bukan sahaja dalam perniagaan tetapi juga dalam kehidupan yang mengambil masa tempoh 3 tahun sahaja.




"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik” - Asyraf


Jom tonton video yang dikongsikan oleh Asyraf




Semalam dalam video tersebut, Datuk K berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh Asyraf disebabkan Azizan Osman. Dengan adanya bimbingan, kejayaan lebih mudah dicapai berbanding sebelum dibimbing. 


Asyraf memahami bahawa perjalanannya terlalu jauh tetapi apa yang berlaku pada majlis makan malam semalam membuatkan beliau sangat bersyukur kerana bapanya telah membuka mata dengan apa yang diusahakannya.  Asyraf juga mengucapkan terima kasih kepada bapa dan mentornya atas bimbingan dan kesabaran terhadap dirinya. Kejayaan yang dikecapi itu adalah untuk semua.


Selain itu, Asyraf juga berjaya menjadi salah seorang jutawan kelahiran RichWorks. Adalah kerana nilai yang ditetapkan oleh RichWorks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman terhadap anak didiknya, membuatkan mereka semua tidak berkira-kira dalam membantu sesama sendiri untuk berjaya.






"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. 



"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," 


Nilai Yang Diberikan Dalam Bimbingan Azizan Osman



Selesai dengan nilai yang diberikan RichWorks dan Datuk Wira, Datuk K pula meluahkan bahawa beliau kagum dan cemburu dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana telah melahirkan ramai usahawan jutawan. Beliau sendiri tidak dapat melakukan usaha yang sedemikian. 



Datuk K juga menjelaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Datuk Wira Azizan Osman ini adalah luar biasa melebihi dari semua guru lakukan. Pahala yang sangat banyak kerana beliau sanggup membimbing ramai orang dalam perniagaan juga sekali dari sudut agama. 


Datuk K juga sempat mengingatkan kepada usahawan untuk teruskan usaha dan apabila telah berjaya, jangan mudah lupa diri. Teruskan membantu ramai orang di luar sana. Yang penting kena be humble. 




“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”



“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” 




Rasa begitu tercabar melihat kisah usahawan berjaya apatah lagi kelahiran RichWorks.  Bukan apa, RichWorks selalu sangat mengadakan program bimbingan percuma. Jadi amatlah rugi jika kita sertai tetapi tidak buat tindakan. Ini masanya untuk kita semua berubah menjadi lebih baik lagi.


Jika selama ini kita selalu tepuk tangan untuk orang lain, tak mustahil satu hari nanti orang akan tepuk tangan untuk kita juga apabila kita telah berjaya nanti.


0 Komen untuk "RichWorks Lahirkan Jutawan, Salah Seorangnya Anak Datuk K"

Back To Top