TIPS BERGAYA UNTUK LELAKI KURUS SAIZ XS

Malang bagi seorang lelaki kurus yang bersaiz xs kerana susah untuk bergaya seperti lelaki yang mempunyai badan normal yang lain (eh yeke?). Aku seorang pemuda yang boleh dikategorikan sebagai sangat kurus berdasarkan pemerhatian daripada kawan-kawan aku. Aku biasa tanya kawan-kawan aku kurus sangat ke aku nie? Jujur diorang cakap aku kurus sangat kalau kasi berisi sikit baru nampak kacak dan macho. Nie yang nak makan banyak-banyak nie hahaha!

 

Namun ini tidak menghalang aku untuk berpenampilan menarik dan berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai khususnya apabila melibatkan kerja. Walaupun aku tahu aku nie kurus gila sebab aku selalu jugak catwalk depan cermin dan dalam toilet. Ternyata memang aku ibarat papan yang dikenakan baju dan seluar lol. Hidup harus diteruskan, usaha harus digandakan bagi mendapatkan tubuh yang lebih sihat dan ideal. Biarlah kurus asal sihat? Nak kata sihat tak jugak sebab selalu je sakit nie.

 

Tips Bergaya untuk Lelaki Kurus


Lelaki kurus pun boleh bergaya dan tampak kacak dan macho tapi perlu kena dengan cara. Aku zaman-zaman jahiliyah dulu pakai ikut suka je. Langsung tak bagi peluang kepada diri sendiri untuk tampak bergaya dan macho. Tapi sekarang tak boleh buat macam itu malu dekat staff tempat kerja. Kena selalu jaga penampilan supaya nanti staff tegur Pjoe hari-hari smart. Baru boleh tarik nafas lega dan bermonolog dalaman smart ke aku yang kurus kerempeng gini nie lol.


Rambut


Elak memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menambah refleksi anda bertubuh kurus. Nampak dari jauh kecik je kepala kau. Tambah lagi kau kurus. Ada rupa macam alien sikit kot haha. Sebaiknya biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil.


Muka


Muka merupakan aset yang sangat penting untuk berhadapan dengan orang ramai. Jangan biarkan wajah berserabut serabai dengan misai, jambang dan seumpamanya. Biarkan wajah sentiasa bersih dan dicukur rapi untuk memastikan penampilan lebih seimbang.


Pakaian


Ramai diantara lelaki kurus fail dalam memilih pakaian. Kadang-kadang pakaian sangat besar dan ada juga yang sangat kecil sehingga menampakkan susuk-susuk tulang. Pilihan pakaian hendaklah mengikut saiz badan. Tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Sebaiknya, mencuba terlebih dulu pakaian yang ingin dibeli dan jika tidak yakin minta juga pandangan orang lain.


Jaket


Cara paling selamat untuk menyorokkan tubuh anda yang kurus itu ialah dengan memakai jaket, sweater, blazer atau vest untuk menutupi tubuh badan yang kurus. Selain menyerlahkan penampilan, ia secara tidak langsung menampakkan tubuh badan lebih besar. Nak pakai baju kecil pun tiada masalah jika anda berjaket.

 

jejaka tampan


Seluar


Jangan memilih seluar yang terlalu mengikut potongan atau terlalu fit. Peha korang dahlah kecik, pakai pulak seluar fit gila. Memang hodoh gila bila orang tengok.  Jangan pula memakai seluar yang terlalu besar sampai orang ingat kau pakai seluar bapak kau =.= Pakai mengikut keselesaan dan sentiasa meminta pandangan daripada orang. Pemakaian seluar boxer akan membantu mengubah saiz seluar walaupun sedikit.


Kasut


Mungkin hanya sekadar kasut tetapi pemilihan reka bentuk sesuai mampu memberi makna besar dalam penampilan. Si kurus sebaiknya bijak bermain warna dan tidak statik memilih kasut berwarna hitam. Lambakan kasut jejaka di pasaran termasuk warna-warna hangat mampu mengimbangi penampilan diri.


Aksesori


Jangan ragu memilih aksesori pelengkap gaya. Tidak salah lelaki menggayakan beg sandang, topi mahupun berkaca mata hitam. Si kurus wajar memanfaatkan aksesori untuk mengimbangi tubuh badan mereka. Namun, jangan pula memilih aksesori terlalu sarat seperti penggayaan rantai di seluar dan lilitan gelang di tangan!

 

model xs


Ini sahaja tips bergaya untuk lelaki kurus yang dapat aku kongsikan pada kali ini. Gambar atas ini aku pakai blazer dengan berjaket pun dah nampak kurus gila. Cuba aku cabut blazer dengan jaket mesti nampak lagi azab. Mesti nampak segala tulang yang tersembul keluar huahuahua.

Sumber Anizyn
Hs Photog

14 Komen untuk "TIPS BERGAYA UNTUK LELAKI KURUS SAIZ XS"

tips utk perempuan gemuk mcm hana nie. ada tak? hahaha

hahahaha... Mmg tips2 ni semua tak dpt nak apply kat diri sendiri, jauh sangat lari saiz ;p

ok...ok...dah ada...adk kena bgn akak hadiahkan..?sbb akak dh mencuba dn berjaya..ehehehehe

nice tips..

ok lepas ni aku nak beli jaket banyak2 lah untuk menyembunyikan tubuh ini yang tough :P

haa tau x pe... nak beli jaket byk2 gok nati haha

'bgn' akak hadiah? apa bahasa awak guna nie Cik Kak oi haha

Kena tukar tajuk jadi XXL pastu cari kat google bro huahua. :P

tang mane la gemuknye awok tu. haha

gamba first tu da macam kawan kita Ezad Amir

gamba first tu da macam kawan kita Ezad Amir

hahaha mmg sesuai lah ngn entry ni dgn ak..haha

Saiz cam aq nie.. cam mma plak..
(M)

meh try vitamin Dari Indonesia ni untuk menambah selera makan(mengurangkan berak) yang kompom² akan menaikkan berat badan korang. haha

meh try vitamin Dari Indonesia ni untuk menambah selera makan(mengurangkan berak) yang kompom² akan menaikkan berat badan korang. haha 0175389589

Back To Top