Entri kali ini pengalaman 3 hari 2 malam di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah. Tahun lepas staff outing & annual dinner KSRPjH di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi. Tahun ini iaitu tahun ke-2 aku join staff outing di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu selama 3 hari 2 malam.
Alhamdulillah rezeki dapat ber-outing ke Sabah cuma perlu tambah RM200 sahaja (rasanya RM200 aku dah lupa weh haha) & dapat pulak stay di hotel 5 star. Apa lagi kau nak? Just bawa duit shopping je. =D
Actually sebelum berangkat ke Sabah, ada beberapa cerita yang tak seronok didengar. Roomate aku di Sabah nanti last minit tarik diri sebab ada kematian (Al-fatihah untuk arwah ayah Hafifi Othman), then keadaan kesihatan aku yang tak berapa mengizinkan (batuk, demam on off, selesema etc).
Tawakal jela dalam hati kita redah je bawa ubat-ubatan yang perlu & enjoy je outing kali ini dengan kawan-kawan yang ada.
3 Hari 2 Malam di Sutera Harbour Resort, KK, Sabah
Sebenarnya sedih juga sebab roomate dah tarik diri. Kita nie bukanlah ramai sangat kawan di office. Ada berapa ketul je pun yang rapat. ;( Duk fikir gak la siapa roomate aku nie. Harap-harap dia boleh terima aku seadanya lols. –.- Okay kita buang jauh-jauh kesedihan itu jom sama-sama enjoy dengan keindahan Sabah. \0/
Check-in Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu
Memang indah sangat pemandangan di Sutera Harbour Resort yang terletak di pesisir pantai. Buka je langsir bilik terus terpacul keindahan pantai di Kota Kinabalu yang cantik. Untung dapat bilik mengadap laut. Sayangnya bilik aku takde balkoni. Kalau tak lagi syok lepak di balkoni sambil merenung jauh pemandangan laut yang sejuk mata memandang chewah. =D
Disebabkan takde balkoni, kita mampu merenung ke luar jendela sahaja ye sambil melihat kebesaran-Nya. Cantik!
Bila agak petang sikit cuaca pun dah tak berapa terik, kitorang bersiar-siar di hadapan pantai Sutera Harbour Resort.
Jalan ke depan sikit ada tembok panjang. Berpanas la sekejap di tembok itu untuk mendapatkan gambar yang cantik biarpun keadaan kesihatan yang agak tak memberansangkan kurelakan juga demi mencipta kenangan di Sutera harbour Resort.
Thanks to Amar yang sentiasa sukarela (paksarela sebenarnya haha) menjadi photographerku. Pandai dia snap gambar aku bagi nampak elok dimata korang semua walaupun hakikatnya bukanlah seelok itu –.-
Duk gila-gila dengan dua orang makhluk nie jela dekat sana. Ye aku tahu my circle is small because i am into quality not quantity. Sepatutnya ada Fifi lagi sorang tapi cancel last minit pulak. ;(
Untuksebarang tempahan penginapan di Sutera Harbour Resort, korang boleh tekan link dibawah okay!
Booking: Sutera Harbour Resort
Agoda: Sutera Harbour Resort
Gala Dinner Tema Rome
First night di Sutera Harbour Resort, kitorang ada Gala Dinner bertemakan Rome. Hebat masing-masing melaram ye. Aku pakai baju recycle je. T-shirt putih, ribbon dari mana ntah sesat dalam bilik aku then aku diy jadikan headband.
Kain putih tu aku pinjam kain ihram Kak Nab haha (siap ada orang tegur, ‘awak pakai kain ihram ke tu’ –.-). Dekat pinggang tu headband aku dapat masa pergi Lombok hehe, selendang merah tu aku pinjam dari Mok Teh. Confident sangat weh pakai macamnie bila fikir balik gelak sorang-sorang aku kahkah. T_T
Ada artis jemputan Dato’ Hattan dengan Liza Hanim. Memang layan habis la lagu-lagu Hattan tu lagu karaoke kot. Tapi tak boleh nak nyanyi sekali dengan Hattan sebab batuk teruk gila. Bukak je mulut konon nak nyanyi sama dengan Hattan lagu Rendang Tak Berbuah terus terbatuk-batuk (bukan batuk biasa okay, batuk yang macam nak terkeluar anak tekak tu T_T).
Frust pulak haha. Tapi seriously memang best sangat Hattan nyanyi. Staff lain pun duk layan je nyanyi sama. Sorry guys takde video & gambar Hattan. Dalam ig story je banyak.
Alhamdulillah dapat gak lucky draw voucer Parkson RM100. Dah selamat beli kasut raya. Thanks KSRPjH. =P
Sempat bergambar dengan Liza Hanim je. Tak minat sangat Liza Hanim nie. Biasa-biasa je. Si Azam la beria betul nak bergambar dengan Liza Hanim. Kita layankan jela –.-
Desa Dairy Farm, Kundasang
Day 2 di Sabah, kitorang sewa van ke Kundasang. Kitorang nak pergi melawat tempat-tempat menarik di Sabah terutama area Kundasang. Actually banyak senarai tempat menarik di Sabah. Tak cukup nak explore sehari je. Disebabkan masa tak mengizinkan, kitorang pergi mana yang sempat je.
Awal pagi lagi around 5.00am macamtu dah turun sebab perjalanan ke Kundasang dari Kota Kinabalu ajak jauh & jalan dia pulak agak mencabar. Bergegar kepala aku T_T. First stop di Desa Fairy Farm. Sampai sana around 8.30am macam tu. Cuaca pulak memang elok sangat. Seronok la bergambar dengan cuaca cerah macam nie \0/
Gambar bawah nie merupakan port bergambar paling best sebab boleh nampak background Gunung Kinabalu. Memandangkan kabus agak tebal so tak berapa clear sangat Gunung Kinabalu di belakang.
Dah puas bergambar background Gunung Kinabalu, singgah di kandang lembu jap bergambar dengan anak lembu & bagi anak lembu makan susu & rumput (susu + rumput kena bayar okay).
Sebelum balik, beli aiskrim gelato & susu dulu. Korang kalau ke Desa Daisy Farm, wajib try aiskrim gelato & susu fresh di sana. Best!
Tagal Sungai Luanti, Maroli
After singgah di Desa Dairy Farm almost sejam, kitorang bergerak pula ke Tagal Sungai Luanti, Maroli yang memakan masa perjalanan selama sejam lebih jugak dari Dairy Farm. Nak rendam kaki dalam air sungai yang dipenuhi ikan kelah katanya. Kitorang sampai sana dalam pukul 10.30am macamtu.
Di sini ada limit masa. Tak ingat dah diorang bagi berapa lama boleh bermain dengan ikan kelah untuk setiap group. Dalam 15-20 minit macamtu kot. Aku tengok je diorang main. Tak masuk pun dalam air.
Malas buang kasut, cahaya matahari memancar (saya kan tak berapa sihat hehe) and macam tak berapa syok sangat. Sorry ye ikan kelah semua korang tak berjaya menggugat aku untuk bermain dengan korang. =P Tak macam di Santuari Kelah Tasik Kenyir hehe. So far ikan kelah di Tasik Kenyir paling syiok!
Ladang Teh Sabah
Kemudian singgah pula di Ladang Teh Sabah yang kira-kira 20 minit perjalanan sahaja dari ikan kelah tadi. Kecantikan ladang teh di Sabah belum dapat menandingi Ladang Teh Cameron Highland ye. Tapi alang-alang dah sampai area sana, singgap la bergambar kejap buat kenang-kenangan. =D
Kinabalu Park
After posing sakan di Ladang Teh Sabah, kitorang singgah pula di Kinabalu Park. Actually kitorang singgah di Kinabalu Park ni sebab nak tengok Gunung Kinabalu dengan lebih dekat lagi. Katanya Kinabalu Park nie pintu masuk ke Gunung Kinabalu. Dapat masuk ke pintu masuk pun jadilah.
Tak mampu lagi nak mendaki Gunung Kinabalu T_T. Tapi sayang keadaan cuaca yang hujan renyai-renyai menyebabkan kabus sekitar gunung agak tebal. Memang tak nampak langsung bayang Gunung Kinabalu hehe. Takpelah ada rezeki nextime kami p sana lagi ye. =)
Lokan Bakar
Dalam perjalanan pulang dari Kinabalu Park ke Kota Kinabalu, singgah lunch di kedai tepi jalan. Ada jual lokan bakar, air kelapa & masakan panas. Paling famous mestilah lokan bakar tu. Firstime makan lokan bakar. Sedap pulak rasa dia weh seriously. Macam tak cukup order 1 set haha.
Korang jangan lupa try tau. Di semenanjung aku tak pernah jumpa lagi kedai jual lokan bakar. Kalau korang tahu kedai lokan bakar di semenanjung tu, bagitau la sama aku. Sekarang juga saya terjah lols. Tiba-tiba mari teringat pulak dengan kesedapan lokan bakar=p
Pasar Filipina
Sebelum balik ke Sutera Harbour, kitorang singgah dulu di Pasar Filipina yang terletak kira-kira 3km dari Sutera Harbour. Di Pasar Filipina, macam-macam produk tempatan yang korang boleh jumpa. Makanan popular Sabah, ikan kering, ikan bilis, kerongsang, butang baju melayu, semualah ada dekat sini. Harga pun okay la berbaloi. Nak lagi murah boleh tawar harga kalau pandai.
Malam kedua di Sutera Harbour Resort ada dinner & aktiviti bersama ahli-ahli KSRPjH. Main games, ada performance dari ahli KSRPjH yang mempunyai bakat terpendam & karaoke session. Tahun ni aku tak dapat tunjukkan bakat nyanyian aku (macamlah kau berbakat sangat Apijol oii) pasal kepala dah tingtong sangat. Aku jamah sikit je dinner then terus masuk bilik. Maklumlah siang tadi berjalan tak ingat kan haha.
Besoknya kitorang check out dalam pukul 12.00 tengahari. Sempat la lepak dengan Sri Dhiah kejap di Lucy Kitchen. Thank you Dhiah & kawan dia yang sudi ambil aku dekat hotel bawak pergi makan di Lucy Kitchen then hantar kitorang terus ke airport. Thanks jugak belanja makan. =D
Thanks jugak to KSRPjH terutamanya committee yang telah menyempurnakan staff outing pada tahun ini dengan jayanya. InshaAllah panjang umur tahun depan bolehlah join lagi. Harap buat jauh sikit la dekat Korea ke kahkah (berangan jela mung). Special thanks buat korang yang duk layan perangai aku sepanjang berada di Sabah.
Yang bawa breakfast masuk dalam bilik aku sebab aku tak larat nak turun breakfast. Yang urut kepala aku yang tengah ting tong. Yang layan aku bergambar haha. Yang caring pasal kesihatan aku terima kasih untuk semua kebaikan korang yang tak mengharapkan balasan. Korang memang terbaik. T_T
2 Komen untuk "Pengalaman 3 Hari 2 Malam di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu"
bestnya! nantii nak gi!
wah bestnya! kalau kak, terus rasa tak mau dah nak balik semenanjung. haha :D