14 Tempat Menarik di Bandung Wajib Dilawati

Harini nak berkongsi dengan korang semua pengalaman aku bercuti ke tempat-tempat menarik & popular sekitar Bandung. First trip ke Bandung masa tahun 2016 under company trip. Boleh baca entry percutian ke Bandung kisah kitorang sepanjang 3 hari di sana. 


Alhamdulillah, tahun ini berkesempatan sambut Raya Haji di Bandung dengan geng travel pulak hehe. Dapatlah cover beberapa tempat menarik lain yang kitorang tak singgah masa first trip.

14 Tempat Menarik di Bandung 

  

tempat menarik wajib dilawati di Bandung 2018


Sepanjang 2 kali ke Bandung, banyak juga tempat menarik yang kitorang singgah. Seriously, Bandung merupakan antara tempat pelancongan yang aku suka. Banyak view yang cantik untuk kaki foto, kaki shopping pula boleh shopping macam-macam barangan murah di Bandung.

1. Grafika Cikole Lembang


Korang yang gemarkan aktiviti camping, boleh try bercamping di Grafika Cikole Lembang. Tempatnya agak nyaman & dipenuhi pokok pine. Suhu di sini pula agak dingin macam di Cameron Highland. Aku ke Grafika Cikole Lembang masa first trip ke Bandung. Kitorang buat outdoor activities yang dipimpin oleh staff di sana. Antara game yang kitorang main ialah ice breaking, semut & gajah, cari pasangan, tupai & pohon, bernyanyi & konsentrasi and etc.

grafika cikole lembang bandung


Di Grafika Chikole Lembang juga banyak port untuk korang bergambar. Kaki bergambar memang suka lah tempat ini. Kalau korang datang secara berkumpulan & ingin melakukan aktiviti secara berkumpulan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain, tempat ini wajib diletakkan di dalam itinerary.


2. Saung Angklung Udjo Show


Korang yang gemarkan alatan muzik mesti teruja bila ke Saung Angklung Udjo Show. Di sana korang akan dihiburkan dengan persembahan warga tempatan yang terdiri dari kanak-kanak hinggalah ke golongan dewasa menggunakan angklung. Korang juga akan diberi peluang belajar bermain angklung secara beramai-ramai.

angklung bandung


Penutup persembahan,kanak-kanak yang membuat persembahan diminta menarik seorang penonton untuk menari bersama mereka mengikut muzik lagu kanak-kanak. Kalau datang ramai-ramai lagi seronok.

angklung bandung show


3. Dusun Bambu


Semasa company trip, kitorang berkesempatan lunch di Burangrang Cafe @ Dusun Bambu. Memang syok makan di situ sambil menikmati pemandangan tasik dikelilingi resort yang cantik.


pemandangan dari restoran dusun bambu


Selain itu, tempat makan ala sarang burung juga merupakan tarikan utama pengunjung ke sini. Kitorang just bergambar je sekitar sarang burung buatan tu. –.-


gambar cantik di dusun bambu bandung


Kalau ke Dusun Bambu, make sure ada gambar di jetty bulat nie. \0/


gambar cantik chalet di dusun bambu bandung

Tiket masuk ke Dusun Bambu : IDR25,000/head
Kenderaan : IDR15,000

4. Floating Market


Bagi penggemar makanan, jangan lupa singgah di Floating Market, Lembang. Di sini korang boleh jumpa pelbagai makanan tempatan seperti sate kelinci (arnab), pisang cheese, rojak buah, and banyak lagi makanan-makanan pelik yang korang tak jumpa di Malaysia. As for me, makanan yang dijual biasa-biasa je rasanya. Rate harga pulak standard Malaysia punya harga jugak.


gambar di floating market bandung


suasana di floating market bandung


makanan dijual di floating market bandung


Tiket masuk ke Floating Market : IDR20,000/head
Kenderaan : IDR10,000

5. The Lodge Maribaya


Kalau korang suka aktiviti extreme, singgahlah di The Lodge Maribaya. Paling famous di sini mestilah bergambar di photo spot. Setiap spot dikenakan charge dari IDR15,000 – IDR30,000 seorang. Antara spot yang menarik ialah di Sky Tree, Zip Bike, Mountain Swing, Hot Air Balloon, Sky Plane etc.


the lodge maribaya bandung


lodge maribaya bandung



gambar basikal di lodge maribaya bandung


Disetiap spot, akan ada photographer yang mengambil gambar korang. Nanti korang boleh pilih gambar mana yang korang nak dengar bayaran IDR10,000 1 gambar. Gambar akan ditransfer ke phone melalui apps SHAREit. Kebanyakan gambar yang diorang snap cantik betul. Habis melayang duit aku beli gambar je oi. –.-


Tips : Make sure pakai baju colour yang menarik tau. Baru nampak cantik je gambar korang. Kitorang pergi on weekdays. Orang memang tak ramai. Tak perlu nak beratur panjang di setiap spot. Dengar cerita, kalau pergi Weekend/Public Holiday, beratur panjang orang. So, rancang percutian korang sebaik mungkin okay.


Tiket masuk ke The Lodge Maribaya : IDR30,000/head
Kenderaan : IDR15,000

6. Kawah Putih, Ciwidey


Tempat menarik di Bandung yang seterusnya ialah di Kawah Putih, Ciwidey. Aku suka tempat ini sebab suhunya yang dingin and boleh dikatakan antara tempat yang paling sejuk sepanjang aku di Bandung. Yang membuatkan aku bertambah teruja, pemandangan di sini sangat cantik. Rasa macam setiap tempat nak bergambar T_T


gambar cantik kawah putih di bandung


gambar cantik kawah putih di bandung


gambar jejaka kacak di kawah putih bandung


Tips : Make sure bawa mask siap-siap tau sebab bau belerang dari kawah putih sangat kuat. Aku cabut mask time nak bergambar je hehe. Tempat ini agak berhabuk jugak so better korang bawa glasses untuk cover mata korang dari habuk.

Tiket masuk ke Kawah Putih : IDR75,000/head
Kenderaan : IDR150,000

7. Farm House Susu Lembang


Tarikan utama di Farm House Lembang ialah rumah hobbit. Make sure korang bergambar dihadapan rumah hobbit kalau ke sini. Then bangunan di sini ala Eropah punya style, boleh sewa kostum orang Eropah bergambar di kawasan sekitar, ada mini zoo.


gambar cantik di susu lembang bandung


gambar cantik di farmhouse lembang


bergambar di sekitar farmhouse lembang


Tiket masuk ke Farmhouse Lembang : IDR20,000/head
Kenderaan : IDR15,000

8. Glamping Lakeside Rancabali


Aku juga sempat melawat Glamping Lakeside Rancabali, Patengan. Main attraction di sini ialah bergambar di kapal besar yang terletak di tepi tasik. Di dalam kapal ada kedai-kedai menjual makanan & minuman. Bolehlah korang menjamu selera sambil menikmati pemandangan bukit-bukau, ladang teh & tasik di sekitar kapal.


glamping rancabali bandung 2018


dav


sdr


Tiket masuk ke Glamping Lakeside Rancabali : IDR20,000/head
Kenderaan : IDR10,000

Selain tempat-tempat menarik, Bandung juga cukup terkenal dengan barangannya yang murah seperti kain, telekung, jeans, barangan kulit, minyak wangi, batik & sebagainya. Tak sah percutian korang ke Bandung kalau tak shopping barangan-barangan tersebut. 


Jom kita tengok dimana tempat shopping di Bandung yang sempat aku singgah.

9. Pasar Baru


Pasar Baru merupakan antara tempat shopping yang terkenal di Bandung. Disini, pelbagai barangan korang boleh jumpa. Beg, baju, telekung, batik, produk makanan tempatan, etc semualah korang boleh jumpa di sini. Harga pula memang murah lebih-lebih lagi kalau korang pandai tawar-menawar memang berbaloi-baloi.


pasar baru bandung



pasar baru bandung 2018


10. Toko Tiga


Bagi peminat jeans, korang boleh shopping jeans dengan harga yang berbaloi di Toko Tiga.


gambar toko tiga bandung


11. Paris Van Java


Kalau nak shopping barangan branded & berjenama, korang boleh shopping di Paris Van Java. Paris Van Java nie macam JPO, GPO etc kalau di Malaysia. Kalau tak pergi takpe kot. Malaysia pun ada mall macam nie. –.-


paris van java bandung


12. Pusat Barangan Kulit Cibaduyut


Kalau nak shopping barangan kulit, kena shopping di Cibaduyut. Penggemar barangan kulit kalau datang sini confirm rambang mata sebab banyak gila pilihan barangan kulit yang korang boleh jumpa. Harga pulak memang berpatutan. 


Aku pernah beli tali pinggang di sini masa company trip 2 tahun lepas. Sampai sekarang aku still pakai tali pinggang tu. =D


shopping di cibaduyut


13. Cihampelas Skywalk


Kalau nak beli ole-ole, korang boleh ke Cihampelas Skywalk. Pelbagai cenderamata korang boleh jumpa di sini.


dav



cihampelas walk di bandung 2018


14. WIN Parfume

Bagi penggemar minyak wangi, jangan lupa singgah memborong minyak wangi di Win Parfume. Rugilah kalau bercuti di Bandung tak beli minyak wangi. Harga sebotol minyak wangi around IDR40,000 je depends in saiz botol. 


walaupun inspired perfume, tapi bau dia memang tahan lama. Tak mampu nak beli yang original, beli yang inspired pun ok lah kan? hehe. Make sure korang survey dulu apa minyak wangi yang korang nak beli tau. Kang nanti rambang mata tak tahu nak beli yang mana. –.-


perfum win di bandung



win perfume di bandung


Itulah serba sedikit tempat-tempat menarik di Bandung yang dapat aku kongsikan dengan korang semua. Tak rugi dua kali ke Bandung sebab aku melawat tempat yang berbeza. Itupun ada lagi beberapa tempat lawatan yang terpaksa kitorang skip sebab tak cukup masa. 


Antaranya Ranca Upas, Rainbow Garden, D’ranch Lembang and Dago Dream Park. Repeat Bandung? Why not! \0/ Mana tahu tiba-tiba nak jadi saudagar minyak wangi pulak ke kan? haha. =P
7 Komen untuk "14 Tempat Menarik di Bandung Wajib Dilawati"

Menarik.insyaallah boleh pergi nanti.

Best giler semua tempat instagram-worthy betul. Jap settle bayo ptptn ni nak pegi jenjalan jugalah. haha.

Kawah Putih, Ciwidey tuu cantiknyaa 😍😍😍😍

Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

These are the nice places to visit in malaysia.

tumpang tanya perjalanan di bandung guna ap ya? grab ke?

tumpang tanya perjalanan di bandung guna ap ya? grab ke?

Back To Top