Aku kalau nak masak masakan Terengganu selalu rujuk blog akak aku (izahafizah). Baru-baru ini teringin sangat nak makan laksa Terengganu kuah putih. Dah 9 bulan kot tak balik kampung. Kekadang rindu makanan Terengganu. So, cuba la search di Facebook. Kot-kot ada orang jual laksa beras tu kan. Kalau laksa instant tu macam tak kena nak buat Laksa Terengganu. Jumpa lah Facebook sorang brother nie ada jual laksa. Terus pm dia and order 2kg.

 

resepi laksa terengganu 

 

Inilah dia laksa beras dari Man Laksa. 1 pek nie 1 kg harganya RM7.00. Produk muslim yang dikilangkan di Thailand sana. Mak aih jauhnya. Since kita nak masak esok, so letak dulu dalam peti sejuk. Besoknya kita panaskan balik. Jom kita belajar cara memasak laksa Terengganu kuah putih bersama chef Apijol –.-

Bahan-Bahan Kuah Laksa

 

1. Santan 1 liter
2. Ikan selayang 10 ekor (ikan banyak, kuah pekat mabeles)
3. Bawang merah 5 ulas (dikisar)
4. Bawang putih 3 ulas (dikisar)
5. Halia 1 inci (dikisar)
6. Lada hitam 1 sudu besar (dikisar)
7. Gula & Garam secukup rasa

 

Cara Memasak Kuah Laksa

 

1. Rebuskan dulu ikan selayang bersama asam keping & sedikit garam. Dah masak, asingkan isinya. Blend atau ditumbuk isinya.
2. Panaskan periuk, masukkan santan.
3. Masukkan bahan-bahan dikisar atau ditumbuk tadi iaitu bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam dan akhir sekali isi ikan.
4. Bila dah menggelegak, masukkan pula gula dan garam secukup rasa.

 

cara buat laksa terengganu sedap

 

Laksa Terengganu kuah putih biasanya dihidangkan bersama ulam ulaman seperti kacang panjang, taugeh, timun batang, limau nipis, belacan & cili tumbuk. Kalau di kampung, mak akan cari pucuk ulam ulaman belakang rumah then hiris halus-halus. Dekat kawasan aku nie takde pucuk-pucuk macam tu. Ada bunga kantan dengan pucuk ulam raja je. Boleh la kan dari takde hehe. =D

 

Rupanya simple je kan cara nak buat laksa terengganu kuah putih nie. Kang balik kampung boleh la masak laksa nie dekat kampung pulak. Nak tunjuk skill depan mak haha. Selamat mencuba!

 

Orang Terengganu punya style, kami makan laksa Terengganu dengan tangan je tau. Bukan dengan sudu. Sedak dooh weh. Kuah dia jangan lupa hirup sampai licin hehe.