Makan Malam di Kafe Tamanku, Presint 18 Putrajaya

Assalamualaikum,

Lama dah tak share pasal makan-makan kan? After musim PKP, baru berkesempatan makan di luar. Itupun masih mengamalkan social distancing. Harini nak share dengan korang satu tempat makan best di Presint 18 Putrajaya. Nama tempat makan tu ialah Kafe Tamanku. Sebelum ini aku memang dah familiar dengan Kafe Tamanku cuma tak berkesempatan nak pergi. Kafe ini juga familiar dalam kalangan officemate aku.


cafe sedap di Putrajaya tamanku


Disebabkan kitorang pergi masa musim PKP iaitu sekitar pertengahan bulan May macamtu, banyak menu yang takde. Sekarang maybe menu dah banyak yang available kot. Kena datang lagi lah nampaknya ke Kafe Tamanku ni. Makanan yang kitorang makan pun boleh tahan juga rasanya. Deco kedai pula lawa sangat.


Jom tengok apa yang kitorang makan di Kafe Tamanku sambil menjilat skrin masing-masing ye =p Actually aku dah lupa apa nama menu-menu yang kitorang makan. Resit pun lupa nak snap. Tapi nak jugak review. Kita main agak jela nama menu ye haha.


Menu ini Nasi Goreng Cili Padi kot. Macam ada banyak je cili tu haha. Harganya RM 10.


makanan best di cafe tamanku putrajaya


Yang nie Spageti Alfredo Chicken Mushroom kot kan? –.- Harganya RM 17.


makanan sedap di cafe tamanku ptrajaya


Yang ni paling favourite. Yong taufu harganya RM 10. Selaku penggemar yong taufu, boleh repeat lah kalau nak makan lagi yong taufu di Kafe Tamanku ini.


yong tau fu sedap di putrajaya


Menu seterusnya pisang goreng, RM 5.


gambar pisang goreng sambal kicap


Actually aku lebih tertarik dengan dekorasi di Kafe Tamanku berbanding menu diorang. Toilet diorang pun cantik weh. Kebetulan masa kitorang pergi tu, depa baru siap deco toilet. 


kafe tamanku best di putrajaya


Ni haa toiletnya. Rasa nak tidur je kan dalam toilet? Nasib baik banyak syaitan dalam tu.


cafe best putrajaya tamanku


Thank you so much Kak Nat belanja makan di Kafe Tamanku. Nanti kalau nak belanja lagi roger-roger je okay. >.<

makan di kafe tamanku putrajaya


Menu yang kitorang order alhamdulillah berjaya dihabiskan. Tahap kesedapan menu tu tak boleh nak bagi rate tinggi sangat sebab aku rasa macam terkurang something maybe boleh diperbaiki lagi. Mungkin juga musim PKP kan masakan jadi kurang. Eh ada kaitan ke? Haha. 


Tapi for sure aku still nak jugak makan lagi di Kafe Tamanku sebab nak cuba menu-menu lain pula seperti Nasi Goreng Tamanku, Set Bento, Spageti Spicy Aglio Tamanku, Grilled Chicken, Dry Wantan Wee Mee dan lain-lain.
5 Komen untuk "Makan Malam di Kafe Tamanku, Presint 18 Putrajaya"

Tapi nampak macam mahal la harga dia.. Mungkin sebab kat Putrajaya..kan??

best menu, terutama nasi goreng cili padi kesukaan saya

Ye kak. Putrajaya nie payah la nak cari makanan murah. T_T

Nanti boleh la try Nasi Goreng di Kafe Tamanku pulak hehe

thank u banyak share tempat makan di putrajaya.

Back To Top