Assalamualaikum semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua pembaca blog aku. Raya tahun ini agak lain daripada yang lain sebab aku tak balik kampung. Firstime tak balik beraya di kampung memang rasa sebak lah. Nasib baik boleh video call dengan family di kampung.
Meh nak cerita sedikit pengalaman beraya di musim Covid-19 semasa kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Baju Raya Berapa Pasang?
Actually aku dah beli baju raya sesiap ye dari December tahun lepas. Sebab year end sale kan normally baru raya murah. Aku beli online di Fashion Hub. Memang selalu gak beli di website nie. Harga murah. Baju melayu aku RM66.00 je termasuk shipping. Baju raya sepasang je maroon colour. Aku pakai baju melayu murah-murah je. Ikut kemampuan masing-masing.
Duit Raya Untuk Keluarga di Kampung
Untuk family aku di kampung, aku transfer duit dekat adik aku. Nanti adik aku yang bagi dekat family di kampung. Jenuh kalau nak transfer sorang-sorang weh. Anak buah aku semua sekali ada 23 orang. Dekat kampung ada 11 orang. Di Putrajaya 4 orang, Meru 8 orang aku bagi by hand.
Menu Raya Pertama
Alhamdulillah raya pertama memang meriah sangat dengan makanan. Ada lontong, nasi himpit kuah kacang, rendang ayam dan daging, nasi minyak, ayam masak bali, kambing masak merah. Terima kasih banyak-banyak dekat family angkat yang sediakan juadah raya nie. Semuanya sedap Alhamdulillah. \0/
Dalam banyak-banyak menu, gambar rendang ayam je yang aku snap. Excited video call dengan family di pagi raya. Lupa terus nak snap gambar makanan. –.-
Beraya Dengan Siapa?
Tahun nie memang tak banyak gambar raya. Gambar ramai-ramai pun takde. Nasib baik ada anak-anak buah yang nak melayan Pokjoe di bergambar haha. Ada dah juga beberapa keping gambar dengan diorang sebagai kenangan-kenangan raya di musim covid-19.
Ini anak buah aku yang paling sulong, anak kepada abang aku yang no 2. Anak buah pun lagi besar dari Pokjoe. Cepat betul diorang membesar. Entah-entah nanti diorang dulu yang kahwin.
Ini lagi sorang, anak buah aku yang paling sulong juga. Anak kepada akak aku. Dia sorang je beraya dengan kitorang. Adik-adik yang lain beraya di kampung. Aku nampak rendah pulak bila berdiri sebelah dia. Padahal tinggi aku 170 kot T_T
Settle raya pertama.
Raya kedua dan seterusnya duduk rumah je sambil habiskan menu raya pertama, tengok tv, tido, layan Netflix kemudian repeat je benda yang sama haha. Semoga virus Covid-19 cepat-cepatlah lenyap di muka bumi ini so bolehlah kita menjalani kehidupan seperti biasa. Rindu dah nak balik kampung, jumpa kawan-kawan, masuk office etc.
Macamana pula pengalaman raya korang?
9 Komen untuk "Kenangan Raya di Musim Covid-19 (PKPB)"
Selamat menyambut raya PKPB
perkongsian yang menarik,tajuk yang tepat pada waktu n sesuai
Selamat Hari Raya Pijol!! Sebaik ada family dekat Putrajaya kalau tak merenung ke luar jendela jawabnya. Hopefully covic-19 ini cepat berakhirlah naknya. Dah starrt kerja ke?
Rindu awak. Semoga dpt jumpa raya aidiladha nanti.
Selamat Hari Raya !
Kitorang wfh since first PKP. Huhu.
Selamat Hari Raya Azwar :D
Selamat Hari raya juga. =D
I miss you too.. =(
InshaAllah.
Cantiknya ni rumah dekat meru ke?