Berbuka Puasa Steamboat Sedap di Suki-Ya, IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum.

Ini cerita lama sebenarnya (bulan Ramadan lepas punya cerita) tapi since blog dah bersawang, so why not kita scroll gambar dalam phone untuk dijadikan bahan update entry haha. So korang yang ketandusan idea nak update apa, boleh cuba tips yang aku kongsikan ini. Scroll gambar-gambar lama dalam phone. Kang datang la idea tu –.-


steamboat sukiya murah di putrajaya


Ini kali pertama aku makan steamboat di Suki-Ya. Sebelum ini memang tahu kewujudan Suki-Ya tapi takde pulak teringin nak try. Tiba-tiba bila Tika bagi idea berbuka puasa di Suki-Ya, masing-masing on! Rupanya dekat Suki-Ya ada steamboat jugak. Lagi lah aku suka kan haha. Selain steamboat, menu ala carte pun ada ye. Korang pilihlah menu selera tekak & perut masing-masing.



steamboat sukiya murah di putrajaya

Steamboat dekat Suki-Ya berbeza sikit dengan restoran steamboat yang aku biasa makan.


1) Korang kena request daging yang korang nak. Ada 3 choice which is chicken, lamb & beef (free flow). Daging pulak style dihiris halus-halus tu style apa ntah. Memang lembut gila senang nak makan tak liat. Paling best tak melekat celah gigi haha. Bencilah makin tua ni makin teruk pulak kerosakan pada gigi. T_T
2) Ada 2 dapur sebelah menyebelah. So boleh pilih 2 jenis sup berbeza yang korang nak.
3) Suki-Ya nie steamboat ala Japanese. So, banyak menu yang diberi nama dalam bahasa Japanese. Bolehlah feeling berada di negara Jepun kahkah! Tibe



steamboat sukiya murah di putrajaya

  
Ada variety of sauce jugak. Apokebende eh yang tulisan Jepun tu aku tak faham. Ponzu tu pebende weh! Tapi mostly sauce dia sedap! Aku suka =D


steamboat sukiya murah di putrajaya



Ada beberapa pilihan beef ball, sayur yang segar di bahagian healthy bar. Takdelah banyak sangat choice macam dekat Seoul Garden tu. Kalau banyak sangat bukan korang boleh makan semua pun right? hehe.


steamboat sukiya murah di putrajaya


Ini dapur steamboat di Suki-ya. Korang boleh pilih 2 jenis sup. Aku pun dah lupa apa sup yang kitorang pilih. Yang warna merah itu sedap sangat. Itu spicy tomyam kot nama dia haha sorry aku lupa woi :'/ Yang color gelap macam kuah kicap tu aku tak berapa gemar sangat. Kang kalau korang ke Suki-ya, bolehlah try sup yang color merah tu yang aku tak ingat apa ntah namanya –.- Spicy tomyam kot T_T
Oh by the way dekat Suki-ya takde grill. Buat penggemar steamboat & grill, harap maaf ye korang tak dapat nak main bakar-bakar daging & seafood di Suki-ya. Silalah berkunjung ke restoran steamboat grill yang lain:/


steamboat sukiya murah di putrajaya


But, bagi penggemar sushi, of course Suki-ya ada menyediakan beberapa pilihan sushi ya. Nasib aku bukanlah penggemar sushi kalau tak memang dah buncit perut aku dengan sushi jela malam itu. Agak lama juga kitorang lepak di Suki-ya. Dari 6.30pm sampai 9.30pm kot wahaha. Berhenti solat Maghrib kejap, then sambung makan lagi.


Overall, aku puas hati firstime makan di Suki-ya. Mungkin lepasni akan ada kunjungan kedua ketiga dan seterusnya. InshaAllah. Suki-ya berjaya menambat hati aku yang merupakan seorang pencinta makanan yang tegar –.-. Maka dengan ini Suki-ya layak dikategorikan sebagai restoran steamboat ala Japanese yang sedap & murah sekitar Putrajaya. \0/
2 Komen untuk "Berbuka Puasa Steamboat Sedap di Suki-Ya, IOI City Mall Putrajaya"

Dah lama nampak Sukiya ni dkt IOI tp tak sempat nak try. Thank you for the review. Nak kena try cecepatt ni!!! 😁😀

Halal ke?

Back To Top