Kurta Raya 2018 Dari Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf

Kita stop kejap pasal demam pilihanraya, harini nak berkongsi dengan korang pasal kurta raya aku pada tahun nie hehe. Baru-baru nie aku singgah di Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf yang terletak di Bangi sentral. Biasa pergi Bangi sebab aktiviti jalan-jalan cari makan. Kali ini kita cari kurta untuk raya nanti. Aku memang tahu kewujudan Bangi Sentral sebagai lokasi yang strategik untuk korang nak cari jenama online popular di Malaysia terutama yang melibatkan pakaian tapi baru tahu Imam Muda Asyraf pun dah ada butik beliau yang tersendiri iaitu Aisy Asyraf.

Malah, Butik Aisy Asyraf juga sudah memiliki 3 cawangan iaitu di Johor, Shah Alam dan Bangi Sentral iaitu merupakan cawangan pertama mereka. Power jugak kan dah ada 3 cawangan tapi kenapa baru sekarang aku tahu haha. So, apa tunggu lagi marilah kita terjah Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf nie.

dav

Aku datang sana hari Sabtu. Kebetulan diorang buat sale pulak. So, memang orang masuk butik diorang non-stop. Banyak betul pilihan kurta, jubah, baju melayu pun ada. Nak pilih pun pening weh.


Jom kita sama-sama cuci mata dengan kurta dari Aisy Aysraf nie. Ada macam-macam harga depends on tarikh dikeluarkan and design. Aku biasa jugak usha kurta dekat instagram. Ada harga sampai nak cecah RM 200 sehelai pun ada kot. As for me, harga kurta di Aisy Asyraf nie agak murah la kalau nak dibandingkan dengan sesetengah kurta yang dijual oleh selebriti tempatan lain di Malaysia. Harga kurta dari RM 69 weh. Mana nak cari haaa. \0/


Dah siap cuci mata dengan pelbagai pilihan kurta di Aisy Asyraf, aku ambik 2 3 helai kurta untuk dicuba di fitting room. Kalau boleh nak try semua kurta yang berkenan sebab banyak yang lawa T_T. Saiz kurta pulak ada yang dari XS and slim fit. Memang sesuai sangatlah dengan badan aku yang slim kan? –.-



Diorang sediakan 2 fitting room untuk memberi kemudahan kepada pelanggan untuk mencuba pakaian. So, takdelah korang tertunggu lama sangat giliran untuk mencuba kan. Cermin besar pun ada disediakan di setiap sudut butik. 

kurta cantik dan murah di aisy asyraf

Sambung selfie dalam fitting room pulak =p


Korang rasa kurta mana yang menjadi pilihan hati aku pada tahun ini untuk digayakan di Hari Lebaran nanti? Hehe. Setelah berfikir panjang, termenung sejenak, tilik 2 – 3 kali di depan cermin, akhirnya aku telah membuat keputusan untuk memilih Kurta Kasih. =P

Korang yang masih tercari-cari kurta terbaru di pasaran, jangan lupa singgah di Butik Aisy Asyraf okay sebab diorang menawarkan design & colour kurta yang fresh dan up to date hanya untuk korang semualah. =D

sdr

Details mengenai Butik Aisy Asyraf, korang boleh terjah diorang di,

Website : www.aisyasyraf.net
Instagram : @aisyasyraf_imammudaasyraf
Facebook : https://www.facebook.com/butikaisyasyraf/
Whatsapp : 012-548 8210
3 Komen untuk "Kurta Raya 2018 Dari Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf"

wahh tq for info , CCL memang tengah survey2 kurta untuk adik lelaki ni . lepas ni boleh jenguk butik aisy asyraf

Lawo-lawo semua design Aisy Asyraf nih. Murah je kan, okaylah tak perlu sangat .. yang penting pandai bergaya konfem letupss !! hahah ..

dua2 pilihan hafiz nampak menarik tu.. lagi2 yang warna hijau.. bolehlah survey2 untuk hasben akak..hehehe

Back To Top