Perfume Dashing Saiz Poket, DASHING Anytime EDT

Actually agak lama juga tak try produk terbaru dari Dashing. Jujur lah cakap aku bukanlah penggemar produk Dashing pun sebenarnya wahaha. But, since sekarang Dashing ada keluarkan produk baru which is packaging-nya yang comel and senang dibawa kemana sahaja, why not aku try kan?


Produk terbaru dari Dashing yang aku maksudkan ialah Dashing Anytime EDT iaitu wangian bersaiz kecil yang senang digunakan dan mudah dibawa kemana sahaja. Sebelum ini memang pernah juga try wangian bersaiz poket dari online seller. But, tak menepati citarasa aku sebab katanya tahan lama but pakai sekejap dah habis and harga pula agak tak masuk akal hehe. So, aku stop beli wangian bersaiz poket ini sehinggalah munculnya produk Dashing Anytime EDT. Katanya wangian ini tahan selama 1 bulan. \0/


minyak wangi DASHING POCKET SIZE


Memang suka lah wangian yang kecil comel nie sebab nak bawa pergi travel pun senang. Kang bawa minyak wangi botol besar, buat berat beg korang je weh. Then, kalau nak jogging or buat aktiviti kardio, boleh spare je minyak wangi nie dalam poket. Dah habis jogging, sembur je terus wangi balik hehe.


Korang yang kerja office pulak, boleh spare wangian Dashing Anytime EDT ini dalam poket. Lagi-lagi yang badan mudah berpeluh, and berbau. Wajib spare wangian nie dalam poket. Kalau badan ada mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, just sembur je terus wangi sampai balik kerja. Thats why la tagline diorang Smell Great, Anytime, Anywhere kan? =D


davDone spare Dashing Anytime EDT dalam toiletries bag


dav

Done spare Dashing Anytime EDT dekat office jugak. Siapa yang nak try boleh datang dekat tempat aku okay haha. –.-


Dashing Anytime EDT ini hadir dalam 4 variasi yang unik dengan wangian yang berlainan. So, boleh pilih wangian yang macam mana korang suka.


EDT DASHING POCKET


Cool


Haruman maskulin ini merupakan takrifan identiti dan daya penarik anda. Gabungan Bergamot & Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi . Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang cool secara semulajadi dalam diri.


Active


Khas untuk jejaka yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Semarak haruman Fougere yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif korang.


Ultimate Kick


Wangian dicipta untuk jaugh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejakan dalam urusan seharian lelaki moden. Berkonsep ala musim panas yang aktif, penampilkan rumusan percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikann haruman serta kayuan serta rempah.


Hattrick


Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

 

dashing EDT POCKET SMALL


Dengan harga serendah RM 7.00, Dashing anytime EDT boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi seluruh Malaysia. So tunggu apa lagi. Pergi dapatkan di pasaran okay. Barulah Smell Great, Anytime, Anywhere. =D

2 Komen untuk "Perfume Dashing Saiz Poket, DASHING Anytime EDT"

wangi kan.. nampak kecik comel tp tahan lama ni

anak teruna sis yang 5 tahun tu suka ni..mat smart..
https://leenazi9783.blogspot.my

Back To Top