Domino's Pizza Raikan Ramadan Penuh Bermakna

Ramadan merupakan bulan di mana umat Islam berpuasa, memperbanyakkan ibadah dan juga amal jariah. Bulan mulia ini sentiasa disambut dengan pelbagai cara yang istimewa. Menyemai azam untuk melakukan sesuatu yang bermakna untuk masyarakat setempat sempena bulan yang mulia ini, Domino’s Pizza mengambil berkat untuk melancarkan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat.

 

Dalam satu majlis Berbuka Puasa yang diadakan, Domino’s Pizza telah mengumumkan usaha sama unik bersama warga media. Sebanyak 20 rumah amal yang dipilih oleh rakan media akan menerima sajian lazat daripada Domino’s Pizza sepanjang bulan Ramadan dan Syawal. Antaranya termasuk rumah kebajikan, rumah orang-orang tua dan rumah anak yatim di Lembah Klang dan juga di Pantai Timur. Dengan matlamat utama untuk berkongsi keceriaan dan memupuk silaturrahim sepanjang tempoh perayaan, Domino’s Pizza dan pekerja-pekerjanya akan melakukan sesuatu yang memang menjadi kepakarannya, iaitu menghidangkan piza yang panas dan lazat kepada penghuni rumah amal yang terpilih. Ini akan dijalankan bersama media bagi rumah-rumah yang terpilih.

 

“Kami amat teruja untuk melancarkan kerjasama dan tawaran unik ini terutamanya sempena musim perayaan. Semua usaha ini lebih bermakna kerana inisiatif- inisiatif ini dilaksanakan sempena ulang tahun kami yang ke-20 pada tahun ini. Kami telah mencapai perkembangan pesat selama ini dan amat penting bagi meraikan mercu jaya ini dengan semua pihak yang telah membantu Domino’s mencapai kejayaan. Sempena bulan Ramadan, usaha sama dengan media demi manfaat rumah amal membuktikan hubungan erat antara kami dan ini dapat dilihat daripada kerjasama kami untuk menceriakan golongan yang memerlukan. Selain daripada usaha sama dengan media, kami juga melaksanakan pelbagai tawaran dan inisiatif yang boleh dinikmati oleh pelanggan,” kata Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura.

 

Majlis berbuka puasa ini turut dihadiri oleh Wira-Wira Di Sebalik Tabir Domino’s. Sebagai lanjutan daripada usaha Domino’s untuk mengiktiraf individu cemerlang yang telah berbakti kepada masyarakat menerusi usaha peribadi dan juga perkhidmatan mereka kepada komuniti, Wira-Wira ini telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majlis. Antara yang hadir adalah anggota-anggota pasukan RELA dan anggota-anggota Polis Diraja Malaysia.

 

Kumpulan individu ini benar-benar mengutamakan tugas dan tanggungjawab masing-masing, terutamanya pada bulan Ramadan. Anggota Polis berusaha gigih untuk melindungi masyarakat dan mengekalkan keamanan negara manakala pasukan paramedik bertugas, walaupun pada lewat malam, demi menyelamatkan nyawa yang berharga. Pasukan RELA memainkan peranan penting sebagai agensi penguatkuasaan dalam aktiviti kemasyarakatan setempat.

 

Domino’s juga memperingati pelancaran kempen promosi Ramadan tahun ini dengan tawaran hebat kepada pelanggan supaya mereka dapat berkongsi sajian lazat bersama rakan dan keluarga, di samping menjadikannya satu lagi cara untuk menyumbang kepada golongan kurang bernasib baik. Dari 29 Mei hingga 9 Julai 2017, penggemar piza boleh menikmati Super Tuesday, tawaran istimewa bagi piza peribadi Domino’s. Setiap Selasa sepanjang tempoh promosi, pelanggan yang membuat pesanan dalam talian atau bawa pulang boleh membeli piza saiz peribadi pada harga tawaran hebat RM3.90. Tawaran ini memudahkan pelanggan kerana pesanan boleh dibuat terlebih dahulu dan pelanggan boleh mengambil piza pada masa yang mereka pilih untuk mengelakkan diri daripada perlu beratur di cawangan Domino’s. Pelanggan yang mengunjungi cawangan Domino’s juga boleh menikmati piza tersebut pada harga RM4.90.

 

DominoMY_SuperTuesday

 

Tambahan lagi, piza peribadi tersebut boleh ditambah saiznya kepada Piza Biasa (Regular) pada harga RM6, Piza Besar (Large) pada harga RM11 dan Piza Ekstra Besar (Xtra Large) pada harga RM16 setiap Selasa sepanjang tempoh kempen Super Tuesday. Tawaran ini sah untuk tiga perasa piza popular - Simply Cheese, Beef Pepperoni dan Aloha Chicken. Sementara itu, penggemar keju boleh menikmati toping keju tambahan menerusi pembelian dua piza biasa pada harga RM33, dua piza besar pada harga RM55 dan dua pizza Xtra besar pada harga RM77, semuanya dengan lebih banyak keju mozarela.

 

Mengenai Domino’s Pizza


Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang yang terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.

 

Setakat Suku Pertama 2017, Domino’s Pizza Malaysia adalah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 200 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.

 

Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Sejak itu, platform pesanan dalam taliannya telah diperluas dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna. Platform pesanan dalam talian Domino’s Pizza Malaysia’s juga diiktiraf sebagai #1 dari segi kepantasan perkhidmatan dalam talian dalam industri QSR.

 

Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015 dan Gangsa pada 2016.

 

Dommal Food Services Sdn Bhd juga menguruskan pasaran Domino’s di Singapura yang buat masa ini merangkumi operasi 23 cawangan. Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura menerima anugerah ‘Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2013’ daripada HR Asia. Domino’s Pizza Singapura menerima anugerah ‘Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2016’ di bawah kategori F&B. Anugerah berprestij ini mengiktiraf syarikat yang mempunyai tahap perhubungan pelanggan yang tinggi dan budaya tempat kerja yang cemerlang.

 

Pelanggan boleh menghubungi Domino’s melalui telefon 1-300-888-333 atau kunjungi laman webnya di www.dominos.com.my untuk membuat pesanan mereka. Untuk maklumat terkini, sila ikuti laman Facebook Domino’s Pizza Malaysia di https://www.facebook.com/DominosMY/ atau Instagram di https://www.instagram.com/dominosmy/.

 

Sertai Peraduan MIXSTOP Ramadan Sekarang!


peraduan MIXSTOP Ramadan


MixStop Ramadan telah bermula!

 

Bersempena bulan yang mulia ini, kami ingin memberi semula kepada pelanggan setia CatchThatBus yang sentiasa memberi sokongan. Sertai peraduan MixStop Ramadan dan korang berpeluang memenangi tiket bas untuk balik kampung sempena Ramadan atau Aidilfitri serta baucar makanan percuma dari Dominos Malaysia, Boat Noodle dan Haagen Dasz. Korang boleh gunakannya ketika berbuka puasa atau kongsi bersama yang tersayang.

Bagaimana sertai peraduan MixStop Ramadan?

Mudah aje!

1. Sertai di sini : (https://web.facebook.com/CatchThatBus/) .
2. Klik imej GIF, hentikan ia dan ambil screenshot.
3. Kepilkan screenshot korang di ruangan komen di bawah berserta #CatchThatRamadan.
4. Kongsi dan tag lima (5) rakan anda.
5. 10 pemenang bertuah akan dipilih dan diumumkan pada 15 Jun 2017 (Khamis).

Tarikh tutup minggu ketiga peraduan MixStop Ramadan adalah pada 14 Jun 2017 (Rabu).

Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Untuk informasi lanjut, klik: bit.ly/mixstop_ramadan

#catchthatbus #ramadan2017

So senang je kan, so apa tunggu lagi!!

1 Komen untuk "Domino's Pizza Raikan Ramadan Penuh Bermakna"

bab contest ni memang suke nak join hihihi

Back To Top