Harini nak share dengan korang pasal pengalaman kitorang join Mad Warrior dekat Prima Avenue Cyberjaya. Ini 9hb April lepas punya cerita tapi baru sekarang rasa nak buat entry sebab kebetulan ternampak iklan dekat page Mad Warrior. Iklan pasal Sundown Super Sprint anjuran Mad Warrior yang bakal diadakan pada 12th August 2017 nanti.
Kitorang dapat harga RM85/person je instead of RM98 rasanya sebab guna voucher yang blogger promote dekat entry diorang. Bagi akulah yang baru nak berjinak-jinak dengan event macam nie, 8 km dengan 40 obstacles (halangan) bukan sesuatu yang mudah. Stamina pulak tak berapa nak kuat sangat. Memandangkan dah register semua, so kita redah & bertawakal sajelah semoga semuanya berjalan dengan lancar.
So, here we go!
Nah, ko tengok la betapa steady-nya kitorang. Siap boleh main rambut cover macho lagi tu bila nampak kamera haha. Gambar-gambar bawah nie aku ambil dekat Facebook Mad Warrior. Phone kitorang tak bawak pun tinggal dekat meja urusetia.
First obstacle kena merentasi halangan parit berlumpur. Tapi bengongnya kitorang nie, kitorang bukan lompat one by one dekat batas yang disediakan tapi terjun terus dalam lumpur then bersusah payah nak naik balik. Salah cara kahkah. Almost semua orang pun buat macam tu jugak masalahnya. Itu yang kitorang join sama LOL. Kelakar pulak bila ingat balik. Alang-alang dah terjatuh (sebenarnya merelakan diri terjun) kedalam lumpur, kitorang mandi lumpur terus lah kat situ –.-
Then, kena meniarap bawah dawai pulak.
Antara 40 obtacles di Mad Warrior, korang boleh tengok gambar-gambar di bawah. Ada yang mencabar, ada yang biasa-biasa. Boleh ke nak skip halangan? Boleh saje. Depends on korang la tiada paksaan and tak dikenakan denda pun kalau skip halangan. Macam kitorang tak semua 40 obstacles tu kitorang buat. Ada jugak buat tak habis. =D
Ada jugak dekat certain halangan, korang kena beratur dulu tunggu giliran. Tapi beraturnya tak lama. Sekejap je pasal ramai je yang skip terus ke halangan seterusnya.
Selain halangan kena panjat memanjat, bergayut etc, halangan mendaki bukit turun bukit pun ada tau. Then kena berjalan lalu ikut padang rumput yang luas & padang yang gersang ditengah terik matahari. Diorang lepaskan kami tadi pun around 11.00am kot. Memang panas dering laa. Yang group pertama la untung. Kitorang group ke 9 kot tak silap. Diorang lepaskan secara berperingkat.
Antara halangan yang paling mencabar, kena menyeberangi bekas lombong besar yang dipenuhi air warna macam teh ais tu haha. Boleh tengok gambar bawah nie kitorang beramai-ramai redah air yang paras dada siap ada tanah jerlus. Mujur la takde lintah dalam tu. Seram jugak weh. Mungkin kena redah air keruh tu sepanjang 200 meter and above jugak.
Gambar bawah nie halangan bila dah nak sampai ke garisan penamat.
Ini halangan terakhir. Best jugak. Gelongsor dari atas, then jatuh kedalam air. \0/
Ramai yang tunggu giliran nak gelongsor tu.
Around pukul 1.00pm baru sampai ke garisan penamat. Fuh! Kulit jangan cakap la, sunburn teruk.
Dapatlah medal & t-shirt satu sebagai kenang-kenangan.
Overall? As for me yang baru setahun jagung nak join event macam nie memang seronok & berpuas hati dengan 8km + 40 obstacles di Mad Warrior Madness 2017 nie. Cuma maybe pihak pengurusan boleh perbaiki lagi untuk next event. Antara benda yang aku nak highlight, yang aku kurang berkenan ialah, (izinkan saya ye haha)
1. Kalau boleh, tambahkan lagi water point as sepanjang 8 km tu, ada hanya 2 water station je sebelum sampai ke garisan penamat. Kebanyakan warrior memang tak bawa mineral water masa running. Macam tak selesa pulak nak merentasi setiap halangan pastu duk pegang air mineral pulak. Dahaga bila nak jumpa water station tu Ya Rabbi memang azab sangat. Dengan terik matahari lagi.
2. Sediakan pili air untuk warrior after sampai ke finisher. Kang boleh jugak bilas badan kitorang yang penuh berselut nie. Rasanya masa awal-awal tadi ada je bomba duk sembur warrior dengan pili air. Tapi sampai giliran kitorang dah takde orang sembur air. Warrior semua terpaksa beratur panjang dekat bilik air semata-mata nak bilas badan. Kitorang malas beratur, pergi bilas badan dekat Masjid Cyberjaya terus. Hm.
Kalau korang tanya aku nak join lagi tak untuk next event? Jawapan aku MUNGKIN TIDAK. Cukuplah merasa hanya sekali (Haha. Aku takuad T_T). Korang yang belum cuba, pergi la register sekarang weh. Dengar cerita registration untuk next event iaitu SUNDOWN SUPER SPRINT pada 12th August 2017 nanti sudah dibuka. Kalau nak dapatkan Early Bird promotion, kena daftar sekarang. Lambat-lambat nanti harga kembali kepada normal iaitu RM98.
SUNDOWN SUPER SPRINT
- Course : 5km Sprint + 15 Mega Obstacles
- Date: Aug 12th, 2017
- Time: 4:00pm
- Venue: Cyberjaya (Exact location TBC)
- Difficulty of course: Moderate
- Avg. finish time: 2.5 hours
- Fastest finish time: 45 minutes
- Category:1. General 2. Elite
* Elite warriors will be timed and awarded with cash prizes
Details,
facebook : https://www.facebook.com/MadWarriorChallenge/
Register now: http://bit.ly/SundownSuperSprint
For more info: http://bit.ly/InfoSundownSuperSprint
8 Komen untuk "Pengalaman di Mad Warrior Madness 2017 di Cyberjaya"
Woww sonoknye.. ni kalau masuk mahu pancit ni.. hihihi
Sesuailah utk org muda2 di bandar. Org muda kg benda çamni dah biasa.
Syoknyaaa... baru permulaan dan pancit pula nanti. hahaha
bestnya
fuhh..
mesti ramai orang jadi gila nih. haha
Whoaa.. mmg mad abis la
Relaks jom tambah pendapatan...http://po.st/yxmqBH
Best. Kita awal2 lagi dah pancit!
hahaha