loading...

4 Produk Popular Untuk Hilangkan Parut di Dunia

Kita semua memang tak dapat lari dari masalah parut. Tak kisah la parut melecur, parut kemalangan or parut jerawat sekalipun. Macam aku sendiri, parut yang paling ketara dekat tubuh badan or muka aku mestilah parut jerawat and ada la jugak sikit parut kemalangan accident masa kecik haritu dekat anggota badan. Sampai sekarang parut dia masih ada kot haha. Parut tu tak risau sangat pasal dekat bahagian yang tertutup kan.

 

Yang paling merisaukan ialah parut-parut jerawat batu dekat muka. Dulu masa belajar takde la pulak nak try produk hilangkan parut. Duit yang ada pun untuk support diri sendiri, memang tak cukup nak beli produk hilangkan parut bagai. Sekarang bila dah ada duit sendiri, baru terfikir nak beli produk yang berkesan untuk hilangkan parut.

 

4 produk popular untuk hilangkan parut

 

Harini nak senaraikan 4 produk popular untuk hilangkan parut yang perlu korang tahu. Lagi-lagi bagi mereka yang mengalami masalah parut. Wajib ambil tahu! Hehehe. =P


 

1) Bio Oil

 

Produk Bio Oil memang terkenal dalam kalangan member aku. Ada yang pakai produk ini and katanya berkesan untuk menghilangkan parut. Aku sendiri pernah juga terasa ingin mencuba tapi apakan daya duit dalam poket tak cukup masa tu. So terkuburlah hasrat untuk mencuba Bio Oil sehingga sekarang kahkah. T_T

 

bio oil product

 

Kebaikan Produk Bio Oil

 

  • Pakar penjagaan kulit untuk masalah parut, bekas kulit teregang, ketidakseragaman warna kulit, penuaan kulit & masalah kulit kering.
  • Hasil yang terbukti secara klinikal
  • Mengandungi vitamin A & E
  • Tidak berminyak & penyerapan yang cepat
  • Sesuai untuk kulit yang sensitif
  • Tiada pengawet
  • Halal

 

Kandungan Bio Oil

 

  • Botanicals
  • Calendula Officinalis Flower Extract (Calendula Oil)
  • Lavandula Angustifolia Oil (Lavender Oil)
  • Rosmarinus Officinalis Leaf Oil (Rosemary Oil)
  • Anthemis Nobilis Flower Oil (Chamomile Oil)
  • Vitamins
  • Retinyl Palmitate (Vitamin A)
  • Tocopheryl Acetate (Vitamin E)
  • Oil base
  • Paraffinum Liquidum
  • Triisononanoin
  • Helianthus Annuus Seed Oil
  • Fragrance (Rose)

 

Harga Bio Oil : RM34.75 (60ml)

 

2) Dermatix - Dermatix® Advanced Scar Formula

 

dermatix product

 

Kebaikan Dermatix

 

  • Menghilangkan dan memudarkan parut pada kulit
  • Menghilangkan kegatalan pada kawasan parut lama dan juga baru
  • Digunakan sebagai 'sunblock' bagi melindungi kulit daripada terus-terusan menerima Sinaran UV daripada matahari.

 

Kandungan Dermatix

 

Paling banyak kandungan berbanding 3 produk lain yang disenaraikan. Antaranya.

  • Glycerin
  • Caprylic/Capric Triglyceride
  • Isotridecyl Isononanoate
  • Neopentyl Glycol Diethylhexanoate
  • Dimethicone
  • Cetyl Ethylhexanoate
  • Triethylhexanoin
  • Polyacrylamide
  • Panthenol
  • Cetearyl Alcohol
  • Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Water
  • Camellia Sinensis Leaf Extract
  • Hippophae Rhamnoides Fruit Extract
  • Brassica Oleracea Italica (Broccoli) Extract
  • Orchid Extract
  • Theobroma Cacao (Cocoa) Extract

 

Harga Dermatix : RM47.50 (7g)

 

3) Mederma - Mederma Proactive Gel

 

produk mederma hilangkan parut

 

Kebaikan Mederma

  • Mengurangkan kesan parut. [luka/jerawat]
  • Menegangkan kulit
  • Melicinkan kulit
  • Mencantikkan lagi kulit
  • Memulihkan kulit yang rosak , kulit kering, melecet, parut hitam
  • Menganjalkan permukaan kulit
  • Berkesan menghilangkan parut paling cepat selama 2 minggu, dan paling lama 6 bulan. Bergantung kepada jenis parut.

 

Kandungan Mederma

 

  • Aqua (purified)
  • PEG-4
  • Aloe Barbadensis Leaf Juice
  • Allium Cepa Bulb Extract
  • Xanthan Gum
  • Allantoin
  • Methylparaben
  • Sorbic Acid
  • Parfum

 

Harga Mederma : RM38.80 (20g)

 

4) Azanis Scar Serum

 

Azanis Scar Serum boleh dikategorikan sebagai international scar serum kerana telah berjaya meluaskan sayapnya ke Malaysia, Singapore, Indonesia dan Thailand. Azanis Scar Serum juga dikatakan berbeza dengan produk menghilangkan parut yang lain sebab kesannya lebih pantas dan cepat sehingga ada pihak-pihak yang tak bertanggungjawab meniru produk ini. So, korang disarankan agar tidak tertipu dengan produk tiruan and make sure beli produk yang original.

 

the-best-scar-serum

 

Kebaikan Azanis Scar Serum

 

  • Kepekatan tinggi antioksida (lebih 50%) dan tindakan anti-radang dalam Vitamin E Natural (12,000 IU dalam pek 15ml) dan Cocoa Butter.
  • Mempercepatkan proses pemulihan kulit berparut
  • Penghasilan sel-sel normal dalam kuantiti yang luar biasa dan ia akan mengambil alih tempat sel-sel berparut
  • Permukaan kulit berparut akan kelihatan lebih pudar, licin dan rata.
  • Perubahan warna, pembengkakan, rekahan halus, gatal , dan kemerahan pada parut luka akan turut semakin pulih dari sebelumnya.
  • Dihasilkan daripada sumber semulajadi yang turut akan membekalkan kulit anda dengan vitamin dan protein yang diperlukan.

 

Kandungan Azanis Scar Serum

 

  • Paraffinum Liquidum – Triisononanoin
  • Cetearyl Ethylhexanoate - Isopropyl Myristate
  • Glycine Soja Oil - Helianthus Annuus Seed Oil
  • BHT- Calendula Officinalis Flower Extract
  • Lavandula Angustifolia Oil
  • Rosmarinus Officinalis Leaf Oil
  • Anthemis Nobilis Flower Oil
  • D-alpha tocopherol (Natural Vitamin E)
  • Cocoa Butter

 

Harga Azanis Scar Serum : RM 70 (15ml)

 

Semoga entri 4 produk popular untuk hilangkan parut ini berguna kepada korang yang masih tercari-cari produk yang sesuai untuk menghilangkan parut. Jangan tengok pada harga sesuatu produk, tapi keberkesanannya kepada kita. Kalau beli produk murah, but tak berkesan pun tak jadi jugak. Make sure study dulu kelebihan and sejauh mana keberkesanan produk. Apa susah, Google kan ada hehe. As for me, produk Azanis Scar Serum mungkin akan jadi pilihan utama aku sebabnya produk ini memang banyak sangat testimoni berjaya dan mendapat banyak feedback positif daripada pengguna. Tak percaya, korang boleh google sendiri. 

 

Kesemua 4 produk popular untuk menghilangkan parut yang disenaraikan di atas boleh dibeli di mana-mana farmasi di seluruh Malaysia. Selamat mencuba!

2 Komen untuk "4 Produk Popular Untuk Hilangkan Parut di Dunia"

murah jugak bio oil berbanding yang lain

Back To Top