BERSIHKAN RAMBUT DENGAN SYAMPU ELITE MEN

Ingat lagi zaman sekolah haritu suka beli syampu dalam paket kecik harga 50 sen kot. 1 Paket boleh guna 3 kali. Nak beli syampu dalam botol kang takde duit haha. Kekadang curi-curi guna syampu akak. Masa tu syampu khusus untuk lelaki takde lagi or mungkin kurang popular itu yang aku tak tahu. Kita bedal jela syampu apa pun baru rambut wangi semerbak bila pergi sekolah kan. =P

 

Tapi, sekarang dah tak macam dulu. Sekarang dah banyak syampu khusus untuk lelaki di pasaran. Ingat perempuan je ada masalah rambut? Lelaki pun ada tau. Aku sendiri ada masalah rambut and yang paling ketara mestilah keguguran rambut & masalah kelemumur. Bagi mengatasi masalah rambut, Syampu Elite Men ada penyelesaiannya. Aku sendiri pun dah cuba Syampu Elite Men ini. Semoga dengan penggunaan syampu nie secara konsisten dapatlah mengatasi masalah rambut aku & tak lupa juga untuk korang semua.  

 

shampoo elite dashing

 

Gaya rambut yang menarik sangat penting kepada golongan lelaki bagi menyerlahkan personaliti dan kebiasaannya menjadi tarikan pertama yang menangkap perhatian perempuan! Bagi mendapatkan gaya rambut yang diidamkan, kebanyakan lelaki memilih untuk menggunakan produk-produk penggayaan rambut seperti gel rambut, penyembur rambut, atau yang sedang popular masa kini iaitu wax rambut, yang sememangnya sukar untuk dicuci sehingga menjadi antara masalah besar yang dihadapi sebahagian besar lelaki hari ini!

 

Justeru, bagi memastikan rambut benar-benar bersih daripada produk penggayaan, kebanyakan lelaki memilih untuk menambah amaun penggunaan syampu dalam setiap cucian. Ada juga yang menambah bilangan cucian rambut secara harian semata-mata untuk menyingkirkan produk penggayaan rambut yang masih melekat di rambut. Ia berpunca daripada formulasi syampu-syampu di dalam pasaran yang tidak dihasilkan secara spesifik bagi membersihkan produk-produk penggayaan rambut lelaki.

 

Ramai juga tidak menyedari bahawa meskipun penggunaan syampu secara kerap dengan amaun berlebihan mampu membersihkan rambut, dalam tempoh jangka panjang, ia akan melemahkan kekuatan rambut serta menyumbang kepada kemunculan masalah rambut dan kulit kepala yang lebih serius seperti rambut gugur, kulit kepala gatal, rambut rosak dan kusam.

 

Apabila rambut tidak dibersihkan dengan betul, penggunaan produk penggayaan rambut secara harian akan mengumpulkan kekotoran yang seterusnya menyebabkan masalah rambut kering, rapuh dan kusam. Ia juga akan membuatkan anda sukar untuk menggayakan rambut.

 

Sebagai solusi kepada permasalahan ini, ELITE, rakan jenama pendahulu produk penggayaan rambut lelaki telah melancarkan Syampu ELITE Men yang diperhebatkan dengan Wax Out System, yang direka khusus dan terbukti mampu menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut, minyak dan kekotoran pada rambut dan kulit kepala secara menyeluruh menerusi satu cucian sahaja! Hanya dengan satu cucian, segala lebihan produk penggayaan rambut dapat dibersihkan daripada rambut.

 

Berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada ujian penggunaan melibatkan 150 lelaki, 85% bersetuju bahawa Syampu ELITE Men sememangnya direka khusus bagi menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut secara efektif dengan hanya satu cucian. Apijol pun dah bersetuju jugak. Anda bila lagi? haha.

 

Syampu Elite Men didatangkan dengan 2 pilihan iaitu Men Shampoo Anti Dandruff & Men Shampoo Anti-Hair Fall.

 

SYAMPU ELITE MEN Anti Rambut Gugur

 

Serlahkan gaya rambut menarik anda tanpa perlu berkompromi dengan masalah keguguran rambut. Ia mengandungi Advanced Micro-Protein yang menguatkan rambut dan mengurangkan kerapuhan, memberikan anda rambut yang lebih sihat dan kuat. Ia juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian. Keyakinan akan menjadi milik anda apabila menggunakan syampu ini.

 

SYAMPU ELITE MEN Anti-kelemumur

 

Anda kini boleh ucapkan selamat tinggal kepada kelemumur dan kulit kepala yang gatal. Syampu ini sesuai untuk lelaki yang peka terhadap perkembangan fesyen semasa dan menitikberatkan aspek penampilan serta kebersihan diri. Ia mengandungi agen antikelemumur dan dengan penggunaan secara tetap, ia dapat merawat kulit kepala dan membuatkan rambut sihat dan kuat serta dalam masa yang sama, mencegah pembentukan kelemumur dan pengelupasan kulit kepala. Dengan menggunakan syampu ini, anda tidak perlu lagi bimbang tentang masalah kelemumur dan bebas untuk menyerlahkan ketinggian cita rasa fesyen anda. Ia juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian.

 

shampoo elite dashing terbaru

 

SYAMPU ELITE MEN dijual pada harga RM11.90 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

Kunjungi laman Facebook Elite by Dashing https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX untuk mengetahui lebih banyak maklumat menarik.

Selamat mencuba!

1 Komen untuk "BERSIHKAN RAMBUT DENGAN SYAMPU ELITE MEN"

Kau guna Anti Dandruff kan..yg anti hair hair fall tuh bagi aku..haha.

Back To Top