loading...

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2017 #1

Hai berjumpa lagi kita di tahun baru 2017 and rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru buat semua pembaca blogku yang bersawang ini. Sorry guys agak lama jugak tak update blog. Sekali entri Lagu Melayu Top Masa Kini 2017 pulak yang menjadi pembuka tirai 2017 kan? Hehe. Nak buat macam mana blog ini selalu menjadi rujukan untuk para pencinta muzik diluar sana mencari lagu-lagu terbaru yang best.

Kita layan dulu ye senarai lagu dibawah. Lagu-lagu yang disenaraikan dibawah tiada kaitan dengan carta radio tempatan etc tau. Ini antara lagu yang aku layan hari-hari di laptopku. Boleh download lagu-lagu ini di sharebahmusic.

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2017

1. Dirgahayu – Faizal Tahir Ft. Dato’ Siti Nurhaliza


lagu melayu top 2017-cinta dirgahayu
Adakah ini kali yang pertama
Adakah ini kali yang terakhir
Mungkin waktu tak mengizinkan kita
Mungkin jalan ceritanya berbeza
Ouhhh huwooo

Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya

Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Andai takdir kita bertemu lagi
(Ku berdoa selalu)
Masihkah akan kau kenang kembali
(Takkan pernahku lepas)
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

2. Yang Ku Cinta – Kristal


lagu melayu top 2017-yang ku cinta

Ku Sedar hati tak mampu
Melupa Akan dirimu
Nyatanya Kau yang ku cinta
Membuat Aku bahagia

Namun Mengapa antara kita
Saling Membenci dan menyakiti
Hingga terasa
Berbekas sakitnya dijiwa

Tapi kerana kau yang ku cinta
Biarlah Diri ini mengalah
Wahai kekasih
Ku Tak mahu kehilanganmu

Dirimu Paling ku sayang
Tak Mungkin aku membenci
Kerana Kau yang ku cinta
Dan Buat aku bahagia

3. Negaraku – Joe Flizzow,Altimate,SonaOne & Faizal Tahir


lagu melayu top 2017-negaraku

Negaraku
Negaraku
Ku beri sepenuhnya
Ku beri sepenuhnya
Ini negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Kalau kata itu kota, kami bina tamadun
Lihat rangkap-rangkap pantun hidup beratus tahun
Bangkit seribu perwira selamat sejuta insan
Gelap dalam matahari insan juga bisa insaf
Mana cerita panglima yang wujud benar
Awang hitam kaji awan putih bila belayar
Hamba keliling dunia tuannya yang terkenal
Nak merdeka di jasad, harus bebas di akal

Hatiku tetap hanya padamu
Keranamu aku berdiri
Tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi
Semuanya bermula dari sini

4. Jaga- Jaga – Amira Othman


lagu melayu top 2017-jaga jaga

Pabila mengungkap kata cinta
Manis bicara oh semanis gula
Lidah lelaki harus waspada
Lihat baik buruknya

Aku bukan si dara biasa
Dambakan kasih nak dimanja-manja
Lidah ku tajam bila berkata
Niat di hati cuma untuk berjaga-jaga

Engkaulah lagu yang menemani diriku
Selama-lama terus menyanyi
Tiada ganti indahnya suaramu

Bagaikan lagu yang membayangi diriku
Seumpamanya melodi terindah
Telah tercipta irama di hatiku

5. Polaroid – Sakura Band


lagu melayu top 2017-polaroid

Tiba masa untuk kita ceritakan semua
Keluar berjalan meluang waktu hujung minggu
Grab your key and drive your car
All the way to Damansara
Come on this is the night
Have some cookies and coffee

Masa muda
Jangan pernah sia-siakan
Simpankan sebagai memori
Jadikan polaroid

Sungguh indah
Lupakan segala resah
Bersama sahabat gembira
Jadikan satu polaroid


6. Oh No – Tasha Manshahar Ft. Viral


lagu melayu top 2017-oh no tasha manshahar

Sedar aku yang salah
Buta memilih cinta
Hancur naskah hatimu
Maafkan aku
Silap aku yang tidak setia dengan dirimu
Sedar aku yang salah
Maafkan aku
Oh... sayang

Dengar dulu penjelasanku
Sebelum aku kehilanganmu
Riak wajahmu aku tahu
Sinar matamu semakin layu

Ku cuba beri segalanya
Tanpa ku sedar kau terluka
Maafkan aku, aku merayu

Oh no, Oh no, jangan tinggalkan ku
Oh no, Oh no, jangan pergi dulu
Maafkan semuanya silapku
Bukan niat aku begitu
Oh no, Oh no, jangan tinggalkan ku

7. Segalanya – Haqiem Rusli


lagu melayu top 2017-segalanya haqiem rusli

Hampir pernah ku cuba sesali
Kerna telah memberikan segalanya
Siapakah diriku sebenarnya di hatimu
Atau sekadar sandaranmu

Saat ku mulai menyedari
Perasaan ku tak pernah dipeduli
Salahkah diriku mengemis cinta darimu
Apa ku tak punya harga

Segala apa yang telah ku berikan
Masih lagi tak memadai
Hampir ku tersungkur menuntut janji
Dari mu

8. Sakit – I amNeeta


lagu melayu top 2017-sakit iam neeta

Sakit yang ku rasakan
Mengaburi jiwa ini
Dendam yang kau berikan
Cukup di sini

Mengapa mudahnya
Kau sakiti
Mengapa mudahnya
Kau lukai

Mengapa kejamnya
Kau menghancurkan hati perasaan ini
Putih bersih cintaku
Kau racuni hingga mati
Cinta yang kau berikan
Cukup di sini

9. Sedalam dalam Rindu – Tajul


lagu melayu top 2017-sedalam dalam rindu

Bila kau hadir di dalam diriku
Indahnya bagai irama dan lagu
Bila kau jauh terasa merindu
Wajahmu terbayang di hatiku

Biar pun engkau jauh di mataku
Serasa bagai purnama merindu
Begitu sedalam-dalam cintaku
Sayangnya pada dirimu

Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang tertakhta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku

Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

10. Adam – Faizal Tahir


lagu melayu top 2017-adam faizal tahir

Adam adalah yang teristimewa
Adam yang pertama menghuni syurga
Yang putih yang hitam semua dari Adam
Mengapa berperang kita darinya seorang

Yang putih yang hitam dalam satu alam
Hayatilah hidup yang diberi Tuhan
Adam adalah bapa kita semua
Adam diturunkan bumi dari syurga
Yang putih yang hitam semua dari Adam
Mengapa berperang kita darinya seorang
Yang putih yang hitam dalam satu alam
Hayatilah hidup yang diberi Tuhan
 
Full Lyrics : http://1liriklaguu.blogspot.com/

1 Komen untuk "LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2017 #1"

ada few lagu yang langsung aku tak tahu..acaner tuh..ketinggalan aku nih..meh nak dengar kejap!

Back To Top