Cerita ini dah basi sebenarnya. Tapi takpelah nak update jugak daripada biar blog nie bersawang lama-lama kan. Baru-baru ini pergi berkelah di Air Terjun Chamang, Bentong. Plan asal nak berkelah di Kemensah je. Dekat sikit dengan Putrajaya. Sekali bila sampai Kemensah memang tak seperti yang kami expect tempatnya. So, plan bertukar last minit. Kitorang sepakat untuk berkelah di Air Terjun Chamang (Hutan Lipur Chamang), Bentong.
Ini kali pertama aku ke Hutan Lipur Chamang. Mujur dalam kalangan kitorang ada yang dah pernah pergi. So dah tahu serba sedikit selok belok ke sana. Just follow ajelah orang depan. Korang yang tak tahu cara ke Hutan Lipur Chamang boleh waze or google maps saje ye. Make sure kaji dulu maps ke sana pasal dekat sana line internet takde. Kang tersesat ke hutan mana pulak \0/
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Chamang mengambil masa kira-kira 1 jam jugak. Nak masuk Hutan Lipur Chamang kena bayar RM2/head. Dekat sini ada juga disediakan chalet tau. Kalau rasa nak bermalam tu, boleh check in chalet. Tang harga aku tak sure mahai ke murah. Parking banyak dekat sini jangan risau. =D
Port picnic kitorang agak strategik. Kena melalui jambatan gantung yang boleh dilalui kira-kira 15 orang sahaja dalam 1 masa. Then, redah laluan pejalan kaki sikit dalam 10 minit camtu dah sampai.
Okey dah sampai ke tapak picnic. Port picnic yang luas, lapang and sesuai untuk didirikan khemah and pasang hammock. Nasiblah tak bawa hammock. Kalau tak confirm bermalam terus kat sini haha. =P
Aktiviti pertama mestilah makan-makan dulu sebelum mandi-manda. Thank you so much Kak Liza yang telah sediakan & bawakan semua makanan picnic. Ada spageti and nasi kandar lauk ayam masak merah yang sedap. Orang lain bawa perut jela ye.
Perut dah kenyang, jom kita mandi-manda pulak sampai puas. As for me, tak berapa best sangat mandi dekat sini pasal banyak batu besar. Asyik terpijak batu je. Air pun tak dalam sangat. Takde kawasan landai and lapang yang tak berbatu untuk dijadikan port mandi-manda siap boleh berenang sakan & menyelam. Mungkin salah pilih port mandi kot. But untuk merasai air terjun semulajadi yang sejuk & segar disinilah tempatnya. Airnya sejuk sangat bakhang!
After puas berendam dalam air, sambung makan lagi haha.
Kebetulan hari kejadian merupakan birthday Si Tayen husbandnya Kak Liza. So, sambut birthday Tayen sekali lah. Kak Liza dah prepared kek awal-awal lagi. Sweet kan seorang Kak Liza nie. Dahlah pandai masak, pandai buat kek, rajin pulak tu. ya Allah untungnya seorang Tayen memiliki isteri seperti Kak Liza. \0/
Birthday boy & adik-adik perempuannya
Fyi, Kak Liza ada buat business baking tau. Coklat Cheese Lava, Brownies kedut, Coklat Moist, semua kek la dia buat. Harga pun reasonable. Kek birthday Tayen ini namanya red Velvet Cheese Tower. Of course la sedap beb. Tapi tak boleh makan banyak-banyak kek birthday orang haha. Nak try kek Kak Liza tak? Korang boleh follow instagram Kak Liza (@dapur_chomel_lieza) okey. (Sesi iklan tamat –.-). Around pukul 5.00 petang, kami berkemas and pulang.
Antara kemudahan yang disediakan di Air Terjun Chamang
1) Toilet (Air takde and toilet agak tak terjaga. Pihak berkenaan sila pantau keadaan nie ye. Pengunjung ramai, tempat pun cantik. Kesian kitorang kena ambil air kat bawah sana dengan botol untuk melepaskan hajat).
2) Pondok Rehat & pondok perkelahan
3) Gerai menjual makanan & minuman
4) Surau
5) Chalet
Peta Lokasi di Air Terjun Chamang, Bentong
Korang yang plan nak berkelah dengan kawan-kawan or family, Air Terjun Chamang mungkin boleh diletakkan didalam list ye.
3 Komen untuk "Berkelah di Air Terjun Chamang, Bentong"
Fuhyohhhh! Bab bab nature ni memang kegemaran saya. Thanks for sharing this. Air Terjun Chamang semestinya perlu dikunjungi.
Bestnya sempat lagi sambut birthday kat situ kan.
Dh lama x pi berkelah kat mn2 air terjun...bestnyaaaa
bestnya! lama x picnic!