Assalamualaikum,
Baru-baru ini berkesempatan melarikan diri sekejap dari kerja hakiki and kesibukan kota dengan bercuti ke Pulau Redang dengan pakej yang murah & menjimatkan bagi aku. RM280/head (excluding GST) termasuk makan dan feri pergi balik, selama 3 hari 2 malam. Tak murah lagi ke macam nie awak? \0/

Bertolak ke sana pada pagi Sabtu. Naik feri di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu pukul 10.30 am. Ingat nak naik feri yang pukul 9.00 am tu sekali tak sempat pulak. So pergilah pekena durian dulu dekat Pasar Payang and beli kuih muih sikit buat tapau. Pagi-pagi dah makan durian ni oii hehe. =D

So, here we go! Perjalanan Feri dari Dataran Shahbandar ke Pulau Redang mengambil masa around 1 jam 30 minit jugak. Syok betul tido dalam Feri. Dia punya aircond sejuk gila. Sekali bila sedar dah sampai ke Pulau Redang. Naik transit macam dalam gambar bawah nie untuk ke daratan.

pulau redang_1

Cuaca dekat sana pulak just nice. Tak panas pun. Masha Allah tiba-tiba dah rindu dengan Pulau Redang bila tengok balik gambar bawah nie. T_T

Pulau redang_2

Dekat sana kitorang stay di Redang Lagoon. Special thanks to Alwanie yang recommend resort nie. Alwanie cakap resort ini merupakan yang termurah dekat sana. After buat sedikit research, google mengenai Redang Lagoon, kitorang decide untuk stay dekat sini jela. Sesuai dengan budget kitorang yang suam-suam kuku nie hehe.

redang lagoon_1

Sampai je sana terus check in, kemudian siapkan diri apa yang patut. Gambar bawah ini bilik yang kitorang dapat. As for me, okey je bilik nie. Semua kelengkapan cukup. Aircond pun berfungsi dengan baik. Bilik mandi pun okey tak tersumbat ke apa. Cuma kalau korang plan nak honeymoon, tak recommend la menginap di sini pasal takde privacy.

redang lagoon

Bilik kayu je then orang sebelah sembang pun korang boleh dengar. Macam ada rekahan di celah dinding tapi takde la sampai orang boleh mengintai. Obviously korang akan rasa orang bilik sebelah skodeng korang. Padahal its just rekahan kecil kot. Kalau skodeng tak nampak pun sebenarnya. Apapun, jangan nakal-nakal ye. Okeybye.

redang lagoon-1
Cafe Redang Lagoon

Kemudian kitorang ke cafe Redang Lagoon untuk lunch. Luas jugak cafenya. Sambil makan, sambil layan lagu-lagu jiwang yang diorang pasang. Pehh. Memang banyak lauk yang diorang disediakan. Tomyam, ayam masak kunyit, ayam masak merah, sayur campur, gulai daging, daging masak merah, etc haaa banyak ke tidak lauknya? Lauknya pulak memang sedap dan kena dengan selera kitorang. Nice!

pulau redang_3

Punyalah excited nak snorkeling, around pukul 2.30pm tu jugak pergi join 1st snorkeling trip ke pulau berhampiran. Takde istilah rehat tido dalam bilik dulu sejam dua haha. Balik snorkeling around 4.30pm, terus dihidangkan dengan minum petang pulak. Lepastu barulah rehat kejap sampai petang.

pulau redang_4Gerai menjual pelbagai minuman & makanan. Sempat pekena air nyor sebijik!

Petangnya agak-agak pukul 6.00pm macamtu, cuci mata sight seeing sepanjang pantai sambil cari port cantik untuk bergambar. Memang banyak betul resort yang cantik sepanjang pantai. Harga pun of course cantik jugak kan. Silalah cuci mata dengan gambar-gambar yang sempat aku snap dekat sana. \0/ 

pulau redang_6Tak mampu nak check in sini, kita tumpang bersantai kejap jadilah hehe

pulau redang_7One of the resort mewah yang berdiri gah dekat Pulau Redang

pulau redang-9

Ok dah. itu jela gambarnya. Kang letak banyak sangat gambar ada yang gatal tangan curi gambar kita then buat fake profile haha. Aish tak baik betul korang nie. 

Malamnya kitorang disajikan pulak dengan bbq. Konsep bbq-nya senang. Layan diri. Korang ambek la banyak mana yang korang nak, then panggang la sendiri. Tak banyak choice sangat. Ada ayam, daging dengan ikan. Kalau ada sotong dengan udang lagi syok nie. \0/

redang lagoon_8

Alhamdulillah memang kenyang sangat. Kalau dah makan serupa macam gambar bawah ini tak kenyang jugak tak tahu la nak cakap apa kan haha.

dinner di redang lagoon

After dinner, kitorang lepak kejap dekat wakaf depan cafe sambil layan geng mana ntah duk main gitar sambil nyanyi. Lupa pulak nak bawak gitar kita. Kalau tak memang dah buat busking dah malam tu haha. –.-

HARI KEDUA


After breakfast, kitorang bersiap untuk snorkeling di Marine Park.

snorkeling pulau redang

Haa nampak muka excited sebab sekali lagi berpeluang snorkeling di Marine Park Pulau Redang. Last datang sini masa Form 6 kot. Kejap nak mengimbau kenangan haha.

snorkeling pulau redang_1

Ok dah sampai ke Marine Park, antara port snorkeling yang paling cantik di Pulau Redang. Rugi tau kalau tak join snorkeling dekat sini. Ingat lagi masa datang sini 6 tahun lepas, kitorang berpeluang tengok live penyu bertelur. =D

pulau redang taman laut

Posing dulu kejap sebelum nak snorkeling. =P

pulau redang_9

Meh nak belanja gambar-gambar underwater pulak.

snorkeling pulau redang_2

Memang cantik ikan-ikan dan coral dekat sini. Jangan lupa bawa roti tau masa nak snorkeling. Baru seronok ikan berenang dekat korang sambil berebut makan roti.

snorkeling pulau redang_3


snorkeling pulau redang_7


snorkeling pulau redang_6


snorkeling pulau redang_5

Almost sejam lebih jugak kitorang diberikan masa snorkeling di sini. Tapi macam tak cukup pulak pasal ralek sangat duk selfie dalam air –.-

snorkeling pulau redang_4

After balik dari snorkeling di Marine Park, terus beratur dekat cafe untuk lunch pulak. Lauk lunch harinie boleh tahan jugak meriah macam semalam jugak. Korang tengok la gambar bawah nie melimpah lauk dalam pinggan masing-masing. Lapar teruk after balik dari snorkeling.

makan redang lagoon

After lunch, bilas badan and rest sekejap dalam bilk. Kejap lagi dalam pukul 2.30pm ada last snorkeling trip di pulau berdekatan. Mujur cuaca dekat sini mendung je dari semalam. Takdelah muka sunburn sangat kan terkena terik cahaya matahari wahaha. Okey jom kita snorkeling lagi. \0/

pulau redang-

Ini aku tak sure diorang bawak kitorang pergi pulau apa. Almost sejam jugak snorkeling dekat sini. But macam biasalah. Snorkelingnya tak sangat pun. Selfie je yang lebih haha. Ikan pun macam kurang sebab kitorang tak bawa langsung roti. Ada la jugak nampak coral yang cantik 2 3 ketul.

snorkeling di pulau redang_12

Last selfie sebelum abang boat panggil suruh naik boat. Terkial-kial masing-masing berenang kearah boat. Dahlah tak reti berenang. Sekali abang boat yang tarik diorang. –.-

snorkeling pulau redang_13

Then macam biasalah after balik snorkeling ada sedikit minum petang. Sorry lupa pulak nak snap gambar minum petang kitorang. Makan ringan-ringan je dah nama pun minum petang kan. Ada cekodok and bubur kacang untuk minum petang.

Settle minum petang, kitorang sambung snorkeling berhampiran resort. Kira ni last snorkeling la sebelum kembalikan life jacket and snorkel dekat diorang. Rupanya punyalah cantik ikan dekat situ. Siap ada baby shark lagi kot 4 5 ekor duk berenang dengan suka hati.

snorkeling pulau redang_20

Nampak baby shark dekat atas tu?

snorkeling pulau redang_14


pulau redang snorkeling

Memang puas hati sangat snorkeling dekat port ini. Tak payah pergi jauh sampai ke pulau mana ntah ko bawak kitorang. Snorkeling berhampiran resort pun dah boleh tengok coral dan ikan-ikan yang sangat cantik. Tapi tak jumpa pulak si nemo. Snorkeling dekat sini sampai petang kot.

snorkeling pulau redang_16

Malamnya hujan sangat lebat. Terpaksa keluar dinner lewat sikit pasal nak tunggu hujan stop. Nasib makcik cafe ada tinggalkan lauk untuk kitorang. Thanks makcik yang baik hati. Bila perut dah kenyang, dah suka hati dah, kitorang sight seeing sepanjang pantai. Then terjumpa la port cantik bergambar dekat bawah nie ha. Posing sakan la masing-masing. Apijol pun tumpang posing sekali. =P

pulau redang_22

HARI KETIGA


Hari yang paling liat nak bangun pagi. Masa nie jugak la bahu nak sakit. Mungkin syok sangat kot snorkeling. Malam tadi tak lena kot tido pasal bahu sangat kebas. Nak tido pun serba tak kena.

After breakfast, packing barang semua and check out pukul 10.00am. Feri dari Dataran Shahbandar akan sampai pada pukul 10.30am katanya. Lama jugak kitorang tunggu and around 11.00am baru nampak kelibat feri. Nak tunggu transit ambik kita dekat daratan pulak sekian hal.

Hari ketiga ini baru memancar cahaya matahari. Memang panas terik dekat sana. Nasib dah nak bertolak balik huhu.

pulau redang_26

Bye-bye Pulau Redang.
Panjang umur kita mai snorkeling sining lagi deh!

pulau redang_25

Pakej Murah Redang Lagoon di Pulau Redang


RM280/head ONLY

Includes
- 3 hari 2 malam
- Feri pergi & balik
- 2x breakfast, 2x lunch, 2x minum petang, 1x dinner & 1x BBQ dinner.
- 3 Snorkeling trips
Excludes- 6% GST
- Marine Park Conservation fee (RM5 adult,RM2 Child)
- Snorkeling equipment rental (RM10 per Mask & snorkel, RM10 per Life Jacket)
- Insurance
- Parking at Dataran Shahbandar RM6/day
Sebarang pertanyaan mengenai pakej murah di Redang Lagoon, boleh ke
Website : www.RedangLagoon.com
Whatsapp : 019-982 3088.


Jom kita bercuti ke Pulau Redang. Nanti around November pulau dah tutup sebab dah start musim tengkujuh kan. So, aada lagi 3 bulan. Kalau tak kena tunggu around Februari tahun depan pulak baru boleh pergi pulau. \0/

Lagi gambar di Pulau Redang, korang boleh tengok di instagram aku @hafiz_hafizol. Jangan lupa follow sekali tau. Thank you. =P

14 Comments

  1. bestnya !!! Rasa nak pergi pulak. Dah lah murah pakej tu. Tapi tengah praktikal lah pulak T___T Adeii

    ReplyDelete
  2. lain kali boleh la stay kat resort lain pulak

    ReplyDelete
  3. wah..happeningnya akak tengok

    ReplyDelete
  4. awk..jom g tahun dpn la.haha..nak ikottt jugok..

    ReplyDelete
  5. Harga tak mahal sangat! Nice boleh cuba bercuti kat sini pulak lepas ni nanti

    ReplyDelete
  6. slm ..tumpang iklan sket admin..
    sy seorg trips advisor percutian ke pulau di terengganu.
    utk pertanyaan dn tempahan sila hubungi/whatsaap di no 0179799773

    ReplyDelete
  7. redang lagoon ni kat long beach ke?

    ReplyDelete
  8. Kalau tak pandai berenang boleh ke snorkling

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Kan dia sediakan life jacket. Sy pun bukannya reti sgt swimming hehe

      Delete
  9. kat bulan desember boleh pigi jugak kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh. Pulau tutup musim tengkujuh.
      Boleh pergi April depan okay

      Delete