Confirm korang semua tak pernah lagi dengar mengenai produk DeGreen kan? Actually produk ini still baru di pasaran. Produk DeGreen merupakan makanan bijirin all in one yang diperkaya dengan bijirin penuh, dipilih dengan teliti dan diproses untuk mengekalkan nilai-nilai pemakanan phytonutrients (zat-zat yang terdapat didalam tumbuh-tumbuhan).
Antara Bijirin yang terdapat di dalam DeGreen :-
- Moringa Oleifera – Sumber nutrisi luar biasa yang boleh meningkatkan & mengekalkan tenaga dalam badan korang.
- Bijirin Penuh – Dapat mencegah gangguan pencernaan, penyakit jantung, pembentukan plak di pembuluh darah arteri, mengurangkan kadar gula pada penderita diabetes, tekanan darah tinggi, kadar kolesterol, berat badan dan risiko obesiti.
- Spirulina – Mempunyai kandungan gizi yang tinggi sesuai untuk meningkatkan kekebalan tubuh, kekuatan tubuh melawan radiasi, sebagai anti-aging, pencecah penyakit jantung dan sebagainya.
- Rumput gandum – Sumber terbaik kalsium yang dapat membuang toksin dalam badan, membersihkan usus, meningkatkan tenaga dan sistem imun etc.
- Sayuran dan buahan – Rasanya semua dah sedia maklum mengenai kepentingan sayur-sayuran and buah-buahan terhadap tubuh badan. kandungan vitamin dan mineral yang tinggi di dalam sayuran & buahan akan melancarkan pencernaan, mampu menurunkan obesiti serta mampu menurunkan kadar kolesterol yang cukup tinggi, tekanan darah yang lebih stabil bahkan mampu mencegah terjadinya penyakit kanser.
- Buah Amla – Buah amla juga merupakan sumber karbohidrat dan serat yang baik dan berkesan untuk mengurangkan risiko pelbagai penyakit berkaitan sistem pencernaan, masalah kulit, kandungan kolesterol dalam badan dan banyak lagi.
Dengan pelbagai kandungan bijirin sihat yang terdapat di dalam DeGreen, rasanya korang sendiri pun dah boleh nampak keberkesan DeGreen untuk mengekalkan tenaga, mengatasi masalah pencernaan, masalah toksin dalam badan, meningkatkan keupayaan badan untuk menyerap nutrien dengan lebih berkesan dan sebagainya. Sometimes makanan yang kita makan bukan semuanya berkhasiat dan mempunyai sumber nutrisi yang diperlukan untuk badan right?
Dengan adanya DeGreen ini, semua bijirin, zat & nutrisi yang diperlukan oleh badan kita sudah lengkap. Ibaratnya macam makanan bijirin tersedia. Just tunggu korang minum je secawan hahaha. Baik punya promote nie \0/
So, macam mana nak tahu badan korang sihat ke tak? Meh abam Apijol nak kasi tips paling mudah untuk mengetahui tahap kesihatan badan korang. Sedikit info kesihatan untuk kita, Dari penceritaan pencipta produk DeGreen sendiri, badan yang sihat, najisnya akan kelihatan timbul dan terapung manakala badan yang bermasalah, najisnya akan kelihatan tenggelam.
Seseorang yang mempunyai najis yang tenggelam, mereka perlu mengambil tindakan untuk membaiki tahap kesihatan. Walaupun secara luaran, mereka kelihatan sihat, namun sebenarnya sistem tubuh mereka bermasalah seperti masalah usus dan toksin berlebihan. Masalah usus dan toksin berlebihan boleh mengundang masalah kesihatan yang lebih besar seperti kanser kolon, keletihan, lemah daya ingatan dan tenaga, penyakit jantung dan lain-lain. So antara produk yang boleh korang consume bagi mengekalkan kesihatan badan mestilah produk DeGreen nie ekekeke. (Lepasni mesti ramai yang cek najis masing-masing kan hahaha =P)
Aku sendiri dah cuba DeGreen nie. Memang best. Badan rasa bertenaga je setakat balik kerja then sambung main badminton pulak sejam memang takde masalah hehe. Korang yang mempunyai masalah sistem pencernaan pun digalakkan mencuba DeGreen tau. Bagus untuk mengatasi masalah constipation. Jangan risau dengan status DeGreen tau sebab produk ini sudah berdaftar dengan Good Manufacturing Practice (GMP).
Cara Penggunaan : Campurkan 1 sachet DeGreen dengan 125ml air sejuk atau suam. Kacau sebati dan terus minum. Digalakkan minum sebelum makan.
Boleh dapatkan DeGreen di website diorang,
Website : http://www.manfortlab.com/
Whatsapp/Call/Mesej : 017-380 3189
Selamat mencuba produk DeGreen okey!
Thank you.
8 Komen untuk "DeGreen with Moringa Oleifera-Makanan Bijirin Tersedia Anda!"
singgah
http://jmbelog.blogspot.my/
lama xsinggah sini..:)
macam-macam ada...
fuh rahsia awet muda macho
muda nampak
Cambest je produk nie
Perghh.. makin macho ;)
aku nk cuba,tp berapa harga nye?