Percutian Ke Penang Day 1-Escape Adventure Penang

Assalamualaikum,

 

Baru-baru ini aku and beberapa orang geng telah bercuti ke Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam. Naik bas dari Putrajaya pukul 10.45 malam, around pukul 3.30 pagi dah sampai Stesen Bas Sungai Nibong. Awal sangat sampai ni dah kenapa terpaksa aku tido dekat sana sementara tunggu Ferra and Saf yang gerak dari Kuala Ganu. Around 6.00 pagi jugak diorang sampai kot. Tunggu pulak Kiroh datang ambil. Thank you Kiroh yang sponsor pengangkutan kami sepanjang 3 hari 2 malam di Penang.

 

Bercuti 3 Hari ke Penang 


Mandi sesiap dekat surau tepi jalan. Salin baju semua then dalam pukul 11.00 pagi jugak kot kitorang pun bergerak ke Escape Adventure, Teluk Bahang, Penang. Dalam pukul 12.00 tengahari baru sampai Escape. Fuh, tengahari buta panas litlit. Kita ber’escape adventure tengah panas la gamaknye. 


Thank you Saf yang dah belikan tiket online siap-siap. Around RM66.00/person jugak book dalam 2 minggu sebelum. Kalau book lagi awal, lagi murah harganya. Contoh kau nak pergi sana bulan Julai after raya sebab stress tak dapat balik raya, tiket just around RM40.00 – RM50.00 sahaja kalau ko book SEKARANG!


Minuman or makanan luar memang tak boleh dibawa masuk. Makanan & minuman dekat sana pulak of course la harga dia double. Tak boleh beli pakai cash, kena topup dekat access no korang. Nanti dia akan bagi access no untuk korang buka drawer and untuk beli makanan and minuman. Min topup RM20 kalau ada balance duit akan dikembalikan. Harap korang faham la apa yang aku cuba nak sampaikan (haha)

 

Permainan WAJIB di Escape Penang 


Dalam Escape Adventure banyak gila permainan yang best-best. Kitorang try mana yang kitorang rasa nak try je. Nak try semua alamatnya kena bermalam dekat sana la kot haha. Antara permainan yang kitorang try ialah :-

 

1. Monkey Business

 

escape penang_8

 

Monkey business permainan pertama yang kitorang try. Ada 3 level. Aku dengan Saf main level 1 dengan 2. Kiroh and Ferra tunggu dekat bawah tukang amek gambor. Kang senang sikit nak upload dalam instagram acah-acah hebat gitu kan. Then after kitorang finish level 2, Ferra dengan Kiroh pulak try level 1. Kitorang pulak yang ambilkan gambar diorang. kebanyakan gambar tak lawa sebab backlight matahari atas kepala kot. fuh. Ferra dengan Kiroh main level 1 je. haha mendelah korang nie.

 

escape penang_6

 

2.  Aerobat

 

escape penang_1

 

 

Aerobat nie aku dengan Saf je try. Agak cuak jugak nak main aerobat. Kena fahamkan betul-betul instruction, apa yang perlu dibuat supaya persembahan aerobat korang nampak perfect. But don’t worry sebab sebelum nak buat aerobat tu diorang dah guide betul-betul. Siap tunjuk video cara nak buat step by step lagi. Tapi aku dengan Saf tak berjaya jugak pun buat. Baru acah-acah nak backflip, sekali mampu fliphair je kahkah. \0/ Saf lagi la. Duk hayung je kaki dia 3 kali situ LOL. T_T

 

3. Atan's Leap

 

escape penang_7

 

Nie aku dengan Saf jugak yang try. Ferra dengan Kiroh tengok je dari bawah. Ini yang paling menguji kesabaran dan adrenalin aku la dekat sana. Seriously memang cuak gila babi nak buat Atan’s Leap nie. Bayangkan ko berada di ketinggian sekitar 50m then ko diarah terjun ke bawah wei. 


Gila jugak macam nak bunuh diri. Masa kaki nak pijak udara tu la yang sangat cuak. Bila dua-dua kaki dah tak berpijak, sekali dah sampai dekat bawah haha. Jantung dupdapdupdap je. Kesian abang yang jaga dekat sana. Nak pujuk aku supaya kaki pijak udara. Siap kabo awak nie dah pakai seluar askar. Seluar je askar bang. Hati ni takdelah kental macam askar sangat pun –.-

 

4. Flying Lemur


escape penang_4

 

Korang yang suka main flying fox, seriously kena try Flying Lemur ni. Dia punya flying fox tu panjang kemain. Ferra dengan Kiroh pun join sekali and dalam kami berempat, ada sorang yang kecundang weh. Flying fox dari sana nak berpatah balik ke sini, sekali bila dah sampai dekat finish lane, tangan dia x sempat nak capai pukat. 


Terus dia berpatah balik kesana, but tergantung ditengah-tengah (harap korang dapat bayangkan ye). Kitorang apa lagi gelak tak ingat la KAHKAH. Mujur ada staff dekat sana yang tolong tarik dia. 3 hari kitorang gelakkan dia bila ingat balik pasal kejadian tu. Cepat teka antara Ferra, Kiroh, Apijol and Saf, siapakah yang stuck dekat flying fox? Clue : Hitam manis. –.-

 

5. Gecko Tower 

 

escape penang_2

 

Permainan ni bagi aku tak mencabar sangat. Dalam masa 44 saat pun aku dah sampai ke atas. Maybe kalau buat tinggi sikit, lagi mencabar kot.

 

6. Tubby Racer

 

escape penang_3

 

Permainan last yang kitorang main dekat sana ialah Tubby Racer. Kau nampak muka semua dah kepenatan. Agak leceh gak permainan ni sebab dari bawah, kita kena tarik pelampung tu ke atas. Boleh pilih nak buat sorang-sorang atau buat 4 orang sekaligus. Of course la kitorang buat 4 orang sekaligus. Best jugak permainan nie. Nak sampai ke finish lane tu ambil masa dalam 20 saat jugak kot. Kira panjang juga la dia punya track.

 

Dalam pukul 5.00 petang jugak kitorang keluar dari Escape Adventure. Dari 12.00 tengahari beb. Rupanya 5 jam habiskan masa dekat sana. Rasa sekejap je. Memang berbaloi dan puas hati. In Sha Allah ada masa ada rezeki akan berkunjung lagi ke Escape Adventure. 


Balik dari Escape, terus check in di Hotel Heritage Inn, Georgetown. Thank you Saf yang dah booking online. Korang yang ingin memilih penginapan yang selesa, murah dan berpatutan untuk percutian ke Penang, boleh ke WEBSITE INI okey. 

 

Escape Adventure, Teluk Bahang, Penang

Opening Hours : Tues – Sun, 9am – 6pm. Monday close.

Location : Teluk Bahang, Penang.

Website : www.escape.my

4 Komen untuk "Percutian Ke Penang Day 1-Escape Adventure Penang"

SINGGAH SINI http://jmbelog.blogspot.my/

Citer kasut i tercabut tapak xde..sob2x

Memang best la kalu bujang2 ni try permainan adventure macam tu, dah ada anak nanti agak susah juga la bagi wanita, lelaki tak apa

haha x dang nak selit Kiroh eh. Byk sgt kejadian yg berlaku T_T

Back To Top