Cara Stop Langgan (Terminate) Broadband Yes 4G

Aku dah stop langgan Broadband Yes 4G aku almost sebulan. Boleh dikatakan aku pengguna setia Broadband Yes 4G la. 5 tahun jugak pakai Broadband Yes 4G kot. Tak setia lagi ke macam tu? hehe. Alasan stop langgan Broadband Yes 4G? Sebab nak bertukar ke pelan dari telco lain pulak. Cepat suggest pelan dari telco mana yang terbaik. Tengah survey lagi nih. As for now, kongsi wifi dengan handphone jela kalau nak online dekat rumah kahkah. Nangis depan laptop.


Processed with VSCO with 5 preset


Pengalaman Menggunakan Broadband Yes 4G


Almost 5 tahun menggunakan Broadband Yes 4G rasanya dah cukup untuk aku berkongsi pengalaman aku menggunakan Broadband Yes 4G dengan korang semua. So far so good. Aku tiada banyak masalah pun dengan Broadband Yes 4G ini. Aku langgan pelan RM48 (2G) iaitu pelan yang paling murah. Sekarang dah jadi RM50++ sebab termasuk GST kan. Walaupun telah menggunakan 100% kuota, but still boleh online lagi cuma slow macam siput sedut. Sakit hati? Memang sakit sangat lah tapi boleh boost kuota korang tu.


Quota pulak memang laju gila habis. Aku expect maybe sebab 4G kan. That’s why laju gila kuota habis. Paling best mengenai Yes 4G Broadband ini, internet memang laju gila. Seronok layan youtube bila ada kuota. Tapi sekali kau layan youtube memang cepat je kuota kau habis. Macam aku sendiri, aku bukanlah layan sangat youtube. More to Facebook, twitter, baca artikel, blogwalking macam tu jela. Tapi kekadang layan jugak youtube and download lagu-lagu terbaru. lagi laju download pulak daripada kau tunggu video di youtube habis buffering. Power kan? haha.


Bawah ini aku sertakan sekali tarikh aku bayar payment and tarikh broadband mencecah 100% penggunaan kuota. Jangan mencarut dulu okey, cool je haha.

  • 24 Oktober bayar payment – 2 November reached 100% quota.
  • 24 September bayar payment – 29 September reached 100% quota.
  • 25 August bayar payment – 30 August reached 100% quota.
  • 14 August bayar payment – 19 August reached 100& quota.

quota broadband yes 4G


Sakit hati kot bila sampai email you have reached 100% of your quota. Rasa nak baling Broadband Yes 4G tu di dinding pun ada jugak kekadang haha. Amendelah 5 hari dah habis quota. \0/


Cara Stop Langgan Broadband Yes 4G


Sekarang teknologi dihujung jari. So, nak stop langgan Broadband Yes 4G pun boleh dilakukan hanya di hujung jari sahaja. Mudah betul kan. Mari tengok apa step yang korang perlu lakukan.


1) Hantar email terminate Broadband Yes 4G korang ke [email protected]. Better after dah buat payment, terus apply nak terminate. Nanti takdelah problem bill tertunggak ke apa kan.

cara terminate broadband yes4G
2) Setelah mendapat balasan email dari pihak yescare, Baca syarat terminate dengan teliti. Make sure korang sudah membayar bill yang tertunggak.


cara terminate broadband yes4G_1

3) Isikan termination form yang di attached di email korang.

borang terminate broadband yes4G


4) Dah sign form, boleh scan and hantar ke email yescare beserta salinan i/c korang.

cara terminate broadband yes4G_2


Ok siap! Nanti pihak yescare akan reply email korang and bagitahu bila tarikh akaun Yes 4G korang akan ditutup. After tarikh tersebut, korang dah tak boleh sign in akaun Yes 4G korang dan pihak Yes juga akan menghantar email bill terkini korang iaitu RM0.00.


bil yes4g broadband


Thank you so much Mekna yang izinkan aku gunakan nama dia untuk register akaun Yes 4G nie atas sebab-sebab tertentu haha. After this tak perlu risau lagi samada aku dah bayar atau tidak akaun Yes 4G ini okey sebab iols dah terminate pun ye Mekna. kahkah. =P


Selalu jugak terbaca isu pasal servis Broadband Yes 4G ini teruk. Ramai customers yang merana dan tak puas hati dengan Yes 4G. So far aku takde pengalaman yang mengerikan dengan Yes 4G. Terima kasih Yes 4G sebab banyak juga memudahkan kerja online aku. Pernah juga dapat kuota percuma dari Yes 4G ini terutama pada musim perayaan. =D


Maybe lepasnie nak try guna Unifi Broadband pulak kot. Mana tahu ngam hehe.
45 Komen untuk "Cara Stop Langgan (Terminate) Broadband Yes 4G"

guna TM Streamyx je kat umah. RM88 4mbs unlimited download. Tonton youtube 1080hd tak jadi masalah. Cuma boleh on9 kat rumah jelah

boleh dipertimbangkan . thank you. tp kat rumah malam jela ada org mcm rugi la pulak haha

ramai jgk eh yg pakai Yes ni. Wah wah. Goodluck in finding new telco :D

aku pon tengah cari nih..aku nye sekarang nih pon kalau guna ..tak sampai seminggu dah habes quota..bila abes kuota..terpaksa menangis kat bucu katil sebab tak leh online da..

Assalamualaikum. Saya nak tanya contoh lah date bil saya 16 February and on 16 Feb tu juga saya bayar bil supaya tiada bayaran tertunggak. So boleh ke saya nak terminate on 17 February? Boleh je kan?

Wei bilik aku x de katil. Boleh nanges bucu almari je kahkah

Yes boleh . itu lah paling bagus.

Bill saya tertunggak dah mencecah 753.00 sampai sekrang sya belom langsaikan dah 2 tahun..ape yg perlu di buat...balik kg je terus hadap notis kerap sampai...tq☺

Bill saya tertunggak dah mencecah 753.00 sampai sekrang sya belom langsaikan dah 2 tahun..ape yg perlu di buat...balik kg je terus hadap notis kerap sampai...tq☺

nk tnye..sy baru je gune yes4g ..dlm setahun lebih..boleh terminate ke..

Hi.. Sakit ati betul la lately ni line yes4g mmg sgt menghampakan. Aku guna yg data 20gb. Tp sejak 2 bulan ni yes baik hati tambah lagi 10gb.. So total 30gb. Itu mmg best.. Syok je layan movie.. Tp best tu sementara saje sbb line problem gile kot.. Padahal umah aku dekat tepi sekolah.. Sekolah tu siap ada pencawang yes lagi tu. Bila buat speed test tu upload speed kadang2 0.01mbs je. Hence, aku pun gugel la cara nak terminate yes.. Jumpa blog ni.. Haha tq tuan rumah

dapat kuota 6gb..kalau abis 6gb tu still boleh online lagi ke?

Jom guna onexox borong stok data. Lagi byk borong lg murah... laju nya tak yah citer leee... jgn mroyan bila data cepat habis.. tp apa nk kisah beli data season pass .. jimat baq hang.
Sapa nk taulbih lanjut pm or wasap 0184692011

Kena pulangkan tak , Yes 4G punya wifi kecik putih tu? Kalau kena fullset ke tak?

oke ke terminate gna email jek?

Boleh je terminate kalau dah tak nak guna

Boleh online cuma slow macam siput :)

Saya guna broadband tak payah pulangkan pun. kalau wifi kecik putih x sure

Kalau nak terminate, kena settlekan dulu bill tertunggak

Bukan kna hbis kontrak dlu kew bru bleh terminate?.

Berapa lama ek yes ni ambik masa untk terminate? Dalam smggu ke lbeh dri tu?

Thank You for advise on Termination procedure ... senang dari pi ke Kaunter kan.

Tq ye untuk info. Saya pun nk terminate juga walaupun line die memang superb. Layan youtube memang best. Cuma macam tak berbaloi sikit sebab no free call or sms even other telco give 100min/100sms which is more valuable. Saya guna RM88+GST/24GB(16GB broadband & 8GB simcard).

Lama x masa yg d ambil?

Klau msh dlm kontrak hp altitude yes 4g.blh terminate x dlm tempoh kontrak msh jalan??

Pernah call yes dia kata kalu masih dalam kontrak tak boleh nak terminate.

Terima kasih atas tunjuk ajar,hr ni antar borang termination online,hr ni jgk dpt reply dr Yes...senang dr g ke kaunter,tk banyak songeh nk ngadap muka dn soalan bertubi2 dr pekerja Yes yg muka langsung tk friendly bila kita bgtau nk terminate acc

kalau guna nama org lain n org tu da tak taun kat mane macam mane ya? mmg nk ic copy penama ke?

Berapa lama ya tempoh untuk akaun terminate, atau pada hari tersebut jgk terminate?

Sy xtau sgt psal it ni. Sy da dpt form trminate tu jdik sy kena print da isi kan? Lpastu sy kena scan tu cm mna cranya ye? Tlg tnjuk

Ada pihak yes tlfn dn mmberitahu tntg bayaran trtunggak,langkah seterusnya apakah patut sya buat

Dia nak ic orang yang register akaun yes tu la.

kalau takde scanner maybe awak boleh ambil gambar form yang dah diisi and email kat diorang. or boleh printscreen jugak
. :)

Silalah bayar dahulu amount yang tertunggak. then baru boleh terminate. :)

Berapa lama eh yes akan email bill statement rm0.00 lepas terminate tu? Saya terminate hujung bulan, sehari sebelum masuk bill baru. So agak2 kena byr bill ke?

apa jadi bila sudah tamat tarikh kontrak...Yes 4g

adakah anda ada lagi termination form?

then how about the deposit? do we entitle to claim our deposit after we terminate the service?

Hai nak tanya klu sye nk terminat kn yes ni under nama kwan sye. Sye perlu bawa ic dia ke? Klu sye buat kat counter yes?

Macam mana nak isi form tu eh? Susah laa

Kite pun pengguna setia yes slama 3 tahun, rsa nk tukar pulak eh..haha! Nk terminate jugak..huhu..

Kenapa apabila saya nak terminate 2 hari lalu di centre yes dia minta no akaun bank ? Lpas tu baru mintak ic n ttgn borang tu....

saja layan dah tak de pilihan yang baik buat masa ni

Sy pengguna YES paling setia. Dah 10 thn guna. Baru-baru ni line YES sangat sangat perlahan dah mcm siput...frust betul. Rasa mcm nak terminate jer...

Back To Top