Korang pernah tak terfikir ingin berniaga tapi tak tahu nak berniaga apa? Aku kadang-kadang mari terfikir juga untuk memulakan perniagaan tapi masih samar-samar perniagaan apa yang aku nak buat. Takut juga main hentam je nanti kang rugi. Mungkin usahawan.com boleh membantu. Mari Apijol nak cerita mengenai usahawan.com ini.
Apa itu usahawan.com?
Usahawan.com Sdn Bhd merupakan syarikat 100% milik Bumiputera, (sebelum ini dikenali sebagai Evora Marketing yang ditubuhkan pada tahun 2005). Ia merupakan projek keusahawanan rakyat Malaysia yang sesuai dengan standard dan citarasa pasaran tempatan.
Evora Marketing berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai pembekal produk & perkhidmatan yang berkaitan. Sebarang tawaran sebut harga dan pertanyaan produk oleh pihak kerajaan Malaysia amat dialu-alukan.
“Mencipta Peluang Perniagaan Baru untuk Peniaga Kecil dan Sederhana” merupakan motto kami. Ini mendorong kami supaya sering berinovasi bagi mencipta peluang perniagaan baru disamping membantu mengembangkan perniagaan anda.
Mengapa Pilih Usahawan.com sebagai rakan perniagaan anda?
Syarikat Milik Penuh Bumiputera
Usahawan.com menjurus ke arah menjadi penyedia peluang perniagaan yang serba-boleh dan berkesan di negara ini. Hasrat kami adalah untuk membantu peniaga kecil & sederhana, pesara, graduan, bakal usahawan untuk memiliki dan mengendalikan perniagaan yang berjaya dan berkembang maju.
Teras perniagaan kami adalah untuk membina hubungan baik dengan pelanggan dan untuk menjadi lebih peka terhadap citarasa pelanggan yang sentiasa berkembang. Kami bertindak mengikut gerak hati pelanggan, pembekal, rakan niaga dan pesaing dalam pasaran yang sentiasa berubah-ubah disamping sentiasa mencari penyelesaian kos yang lebih efektif dan berfikiran terbuka terhadap teknologi baru dalam membantu menyelaraskan operasi kami di seluruh negara.
Pengimport/ Pembekal Secara Langsung & Memiliki Kilang Sendiri
Kesemua produk diperolehi secara langsung daripada kilang, pengeluar dan pengimport. Kami juga memiliki kilang pengeluaran produk berasaskan makanan yang telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM. Segala usaha kami adalah untuk kepuasan para pelanggan. Oleh itu, kami menawarkan produk-produk terbaik dengan kualiti yang telah teruji.
Bukan Sistem Francais
Tawaran kesemua pakej perniagaan kami adalah bukan francais. Oleh itu, jimatkan sebahagian besar dari wang anda daripada membayar yuran untuk francais, bayaran royalti bulanan dan lain-lain kos. Anda tidak akan terikat dengan pelbagai sekatan sistem francais dan mempunyai kebebasan untuk menggunakan kemahiran untuk memasarkan produk anda sendiri.
Kami tidak mempunyai halangan untuk anda menggabungkan perniagaan yang lain dengan produk kami, bahkan menggalakkan anda untuk berbuat demikian untuk memaksimumkan keuntungan perniagaan anda.
Pakej perniagaan yang ditawarkan oleh Usahawan.com pula sesuai untuk diniagakan secara part-time atau full-time samada di rumah, kedai, kiosk, karnival, ekspo, pejabat, sekolah, kolej, universiti mahupun secara online bergantung pada jenis perniagaan yang dipilih.
Harga yang Berpatutan & Mampu Milik
Semua produk yang dijual dengan harga berpatutan yang mampu dimiliki segenap lapisan masyarakat.
Latihan Percuma
Kami memberi demo & latihan secara PERCUMA berdasarkan permintaan yang akan diadakan di pusat latihan kami di Senawang, Negeri Sembilan.
Sokongan Selepas Jualan
Kami tidak membiarkan anda berlalu begitu sahaja selepas membuat pembelian. Selagi mana yang anda diperlukan, kami menawarkan khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat secara berterusan.
Pakej Perniagaan Yang Ditawarkan usahawan.com
Banyak pakej perniagaan menarik yang ditawarkan oleh usahawan.com terutamanya pakej yang melibatkan printing & makanan. Korang boleh pilih pakej mana yang korang suka berdasarkan minat korang. Kalau aku, sure aku akan pilih pakej perniagaan yang melibatkan makanan sebab aku kan suka makan. Nanti sambil berniaga sambil makan kahkah. Berikut merupakan antara pakej perniagaan menarik yang ditawarkan oleh usahawan.com.
Korang nak beli pakej perniagaan takoyaki, tapi tak reti nak buat takoyaki? Jangan risau sebab cara penyediaan takoyaki pun ada disediakan didalam pakej. Begitu juga cara penggunaan dapur elektronik, malah cara pemasaran pun ada diajar. Senang kata, setiap pakej yang ditawarkan sekali pakej dengan cara penggunaan juga. Takkan dia nak biar korang terkontang-kanting kan? Boleh rujuk website http://www.usahawan.com/ okey! Beli satu pakej Takoyaki kemudian bukak gerai Takoyaki depan rumah dengan Jaja pun bagus nie wahaha.
Cara Pembelian Pakej Perniagaan usahawan.com
Terdapat 2 cara pembelian pakej perniagaan di usahawan.com. Korang boleh pilih cara pembelian mana yang korang suka ye.
Maklumat lanjut mengenai usahawan.com,
Website : http://www.usahawan.com/
Facebook : https://www.facebook.com/usahawancom
0 Komen untuk "Mencipta Peluang Perniagaan Bersama usahawan.com"