Photoshoot Raya di Positive Pixel Studio, Kuala Terengganu

Salam 16 Syawal,

16 Syawal baru nak update cerita raya kan? Kipadap dongibab Apijol! Raya tahun ini Alhamdulillah dapat beraya di kampung lagi dan sepanjang hidup ini rasanya takde lagi beraya di perantauan. Semoga tahun-tahun mendatang pun sama. Balik kampung Selasa before raya sehingga Selasa after raya. Oklah seminggu beraya di kampung tapi seriously seminggu macam 2 hari geram betul kita. Jom kita imbas kembali aktiviti yang aku lakukan sepanjang seminggu berada di kampung (sebenarnya aku tak percaya betul ke seminggu aku berada di kampung macam cepat sangat je luls)

Selasa – Bertolak balik kampung around 2.00 petang, sampai kampung around 8.00 malam. Berbuka dalam kereta. Stuck dekat tol baru nak keluar LPT menghala ke Tepoh around 40 minit. Sakit pulak hati kita.

Rabu – Gotong royong bersih rumah. Berbuka puasa beramai-ramai seronok sangat. Sempat tarawikh dekat kampung. Sempat moreh dengan The 90’s.

Khamis – Sambung gotong royong bersih rumah. Rumah mak kan besar & macam rupa tongkang pecah dah. Mohon lepasnie adik-beradik yang stay dikampung tu rajin sikit kemas rumah seminggu sekali ke. Malam raya sempat cuci mata di Pasar Batu Enam. Meriah betul orang jual baju raya, kuih raya, mercun pun banyak.

Jumaat – Raya pertama. Macam biasalah pagi lepas balik solat sunat raya ada sesi bersalam-salaman & bagi duit raya. Inshaallah tahun depan kalau ada rezeki lebih Pok Joe up lagi duit raya okey. Lepas bersalaman & bergambar, beraya rumah sedara mara & jiran berhampiran. After solat Jumaat sambung beraya dekat rumah saudara mara yang jauh sikit. Malamnya sambung lagi beraya sampai lewat malam.

Sabtu – Beraya ke Pulau Duyong, Sungai Rengas, Paloh. Sekali harung. Sebelah petang pergi open house Amir & Syerah.

Ahad – Abang Ngah and family bertolak balik ke Klang awal pagi around pukul 3.00 am macamtu. Bangun pagi dah takde bunyi suara anak-anak  buah bermain. Beraya rumah Konie. Beraya rumah Hafeez sampai lewat malam.

Isnin – Open house rumah Jaja. Thanks The 90’s sudi datang open house. Gambar-gambar raya yang snap pakai iphone tu tak payah la bagi okey. Simpan je sorang-sorang. kah! Malamnya ada Photoshoot Raya di Positive Pixel Studio, Gong Badak, Kuala Terengganu.

Selasa – Bertolak balik ke Putrajaya around 5.00 am & sampai dengan selamat around 11.30 am. Alhamdulillah. What! Dah habis seminggu beraya di kampung. T_T Mungkin sebab jadual terlalu padat itu yang rasa sekejap gila.

Kalau raya sebelum ini kitorang photoshoot raya outdoor sahaja, tapi tahun ini kitorang memilih untuk photoshoot di Studio. Amir recommend photoshoot di Positive Pixel Studio, Gong Badak,Kuala Terengganu sebab sebelum ini dia dah pernah photoshoot situ dengan family. Good service katanya. Kebetulan ada promosi untuk raya RM100 sahaja selama 1 jam. Kami ada 12 orang. 12xRM100 so sorang bayar tak sampai RM10.00 pun weh! =D


Antara gambar photoshoot raya di Positive Pixel Studio,


photoshoot raya 2015
Macam model Jakel tak?



photoshoot raya 2015_
Team mak kau hijau


photoshoot raya_1
Team merah


photoshoot raya_2
90’s Brothers



photoshoot raya 2015_3
90’s Sisters

Banyak gila gambar yang Positive Pixel Studio snap almost 600. Dari single pics, couple, group etc. Memang havoc gila studio dengan perangai The 90’s. Gila tak havoc sorang posing, 11 orang bersorak luls. Konon bagi semangat ke kawan-kawan la supaya pose molek –.- Lagi gambar kitorang boleh tengok di instagram @hafiz_hafizol okey. =D


Anda yang berminat untuk mencuba khidmat Positive Pixel Studio, boleh ke :-

Alamat : No.7, Tingkat 1, Taman Sejati, Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu. (Bangunan Pustaka Seri Intan)


P/s : Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat semua pembaca blog yang kudus ini yang update jarang-jarang sekali. Kosong-kosong okey!

8 komen

Gempaq arrr photoshoot kat studio.. Hakak kengkonon impian nak berphotoshoot kat studio lama dah.. Tapi belom kesampaian.. Hahahaha!
RosmizaAli.Com

Nice shoot dan semuanya cantik serta segak-segak belaka

perghhh...cam retis dah tengok..nak mintak sign la :)

thanks .susah tau nk tgk cantik2 mcm nie haha

haha kalau retis punya studio lg gah abe weh.. T_T


EmoticonEmoticon