Bila mengetahui terdapat satu tempat servis kereta murah di Bangi iaitu di Maisarah SMP Workshop, memang dah rasa best sangat dah sebab dekat dengan rumah. Mana nak cari tempat servis kereta semurah RM75 sahaja beb. Seriously! Aku ada survey jugak tempat servis kereta area tempat aku. Kebanyakan ambil RM100++. Abang aku kabo kereta Viva dia pun servis sampai RM80.00.

 

 

Jom kita tengok apa pakej servis kereta murah yang disediakan di Maisarah SMP Workshop Bangi ini. Paling best, pakej istimewa yang disediakan untuk semua jenis kenderaan. Tiada bias kau kereta kecil kau bayar murah, kau kereta besar charge mahal sikit okey! =D

 

 

service kereta murah_2

 

 

Aku ambil pakej ENGINE OIL 5,000KM (MINERAL) + OIL FILTER + UPAH + PEMERIKSAAN 15 CHECKPOINTS PENTING KENDERAAN ANDA dengan harga semurah RM75 sahaja. Sebenarnya aku kurang arif sangat pasal servis kereta atau semua yang berkaitan dengan kereta ini. Zero kot. lol. Ini kali pertama aku bawak kereta pergi servis. Aku bawa kawan aku sorang buat teman. Dia pun terkejut dengan harga promosi servis kereta di Maisarah SMP Workshop nie. Murah sangat katanya.

 

 

Jpeg

 

 

Almost setengah jam jugak tunggu diorang siap servis. Tapi macam sekejap je setengah jam tu sebab di sana ada menyediakan bilik khas untuk customer yang memuatkan televisyen siap ada astro, sofa, majalah, aircond & bilik solat. So, sambil tunggu kereta siap, boleh layan tv dulu.

 

 

Jpeg

 

Harga promosi servis kereta murah di maisarah SMP Workshop ini sehingga 15 April 2015 je tau. Masih berbaki beberapa hari untuk korang mendapatkan harga servis kereta semurah RM75 sahaja. Berbaloi-baloi beb!

 

Alamat : Maisarah SMP Workshop, No9A, Lot 5072, Jalan Air Hitam, Sungai Merab,4300 kajang Selangor.
No Telefon : 019-2201284

Siap servis kereta, singgah makan di tempat makan favourite di Seksyen 3 Bandar baru Bangi, Nasi Ayam Penyet Ibu. Kebetulan depan kedai ayam penyet ada car wash, hantar la kereta terus pergi car wash. Kesian dia dah berbulan rasanya tak basuh. wakaka.

 

 

Jpeg