Weekend yang lepas telah berjaya dimanfaatkan sebaik mungkin dengan berjogging di Taman Rekreasi Presint 8 berhampiran Kelab Tasik Putrajaya. Jogging apalah Apijol nie kurus keding pun nak jogging. Eh mestilah jogging sebab nak sihat, nak keluarkan peluh dari badan, kuatkan stamina. Bukan jogging untuk membakar lemak semata-mata. Sila fahamkan betul-betul konsep jogging tu ye (Bajet Kevin Zahri lol).
Sebelum ini pernah datang sekali jogging kat sini. Firstime datang, excited kemain. Jakun sebab baru tahu kat sini ada taman rekreasi rupanya. Dah la sebelah rumah je, best dan pemandangan cantik pulak tu. Confirm lepasnie akan datang lagi jogging kat sini. Kiranya weekend lepas second time lah aku datang beriadah di sini. Apa yang seronoknya jogging di sini? Jom kita baca entry nie sampai habis ok!
Ada blayground. Boleh bawak anak-anak jogging sekali kat sini. Dia punya playground pun aku tengok elok je takde yang rosak. Teringin nak main buai kat playground tapi ada akak baju hijau tu dengan anak-anak & suami. heee.
Ada alat bantu senaman. Banyak juga alat bantu senaman kat sini. Ini antara gambar yang sempat aku ambil la. Kebanyakan alat bantu senaman lain orang tengah guna. Kang kalau aku ambil gambar diorang ada yang malu-malu kucing terus lari balik rumah kan lol. Alat-alat senaman dekat sini juga dalam keadaan yang elok.
Pemandangan berlatarkan tasik Putrajaya. Dari sini korang dapat tengok Masjid Putrajaya dan Jabatan Perdana Menteri. Boleh bergambar sambil beriadah kat sini. Seronok kan awa?
Cantik kan?
Kemudian korang boleh cuci mata tengok rumah-rumah cantik di tepi trek jogging sambil berangan bilalah korang nak ada sebiji rumah cantik camnie (haha).
Ada orang main sukan air. Aku tak tahu apa nama sukan air nie, rasanya bola jaring berkayak kot sebab diorang naik kayak kemudian berebut bola, sumbat masuk jaring gol (pandai-pandai je lol). Boleh tengok diorang main sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. =D
Kemudian setelah penat jogging, korang boleh menghirup udara segar di jeti Kelab Tasik Putrajaya. Haritu masa aku datang jeti ini, ramai juga family datang bergambar atas jeti ini. Ada jugak orang buat outdoor photoshoot dekat situ. =D
Untuk pengetahuan korang, tujuan asal aku datang ke sini selain nak jogging, cuci mata dan menghirup udara segar serta menikmati angin sepoi-sepoi bahasa, aku juga teringin nak naik bot tradisional LEPA-LEPA macam gambar kat bawah nie. Bot nie ditempah khas dari sabah tau and sehingga 30 September 2014 je ade bot ini.
Rupa-rupanya bot ini tak mengambil penumpang di jeti Kelab Tasik Putrajaya. Dia ambil penumpang di Masjid Putrajaya kalau tak salah aku lah. Sebab aku tengok banyak bot landing kat situ. Takpe ada masa lagi nie kalau nak rasa naik bot tradisional LEPA-LEPA (Amboi nama tak boleh nak comel lagi ke?)
Sumber
https://www.facebook.com/CruiseTasikPtjy
https://www.facebook.com/putrajaya
22 Komen untuk "Taman Rekreasi Best di Putrajaya"
Cantik kan ... Sihat minda
cantiknya tempat ni....sejuk mata memandang..
Putrajaya mmg la cantik. Bandar contoh kan. Taman permainan pun di jaga. Tak macam sini, hancur taman mainan budak2. Hmm
untungla dok putrajaya
gambar hang mana?
Cantik tempat ni. Boleh cuba pergi ni. Kalau selesa Insyaallah akan pergi banyak kali lepasni.
memang cantik.. =D
pegi la jogging sana anon !
haha. Betul tu Ana.
Putrajaya dgn rumah kau bukan jauh pun ceh
tak letak gambar sendiri sbb tak handsome mcm hang
ha pegi jgn tak pegi. suka tengok pmndngan cantik kat sini
hoi pijo, ko kerja situ ,sewa citu ka??xmahal ke
dah lama tak gi joging....cantikkan persekitaran tasik tu...
Hafiz, saya dah tag awak untuk Liebster Award tau. Tengoklah kat blog saya
X lah. Stay rumah kak aku
Ala knpa tag saye hehe. Nanti sy pegi tengok ok.
bestnya ada tempat mcm ni dekat rumah.. bleh laa nak jluar jenjalan ambek angin kan..:)
lama da tak lepak area Putrajaya ni...memang cantik persekitaran kat situ kan :D
rindu putrajaya :'(
Cantik jgk tmpat ni.. Sempat lagi sambil joging snap2 pic ye..😊
Rosmiza Ali Official Blog™
best mmg best..klu dok Putrajaya..tiap2 petang pas opis bleh jogging.