Rasanya belum terlambat nak ucap selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua pembaca blog bukan sekadar rupa ini. So macam mana raya? Banyak dapat duit raya? Tahun ini aku dah start bagi duit raya ke orang. Tapi bagi ke anak buah jela. Anak buah pun dah 20 orang. Suka diorang dapat duit raya dari Pokjoe ye? Siap ada yang tak percaya aku bagi diorang duit raya. Dia ingat sampul duit raya kosong . haha.


Raya tahun ini abang dari Klang tak balik beraya sebab beraya di Tangkak rumah family bini dia. Yang lain semua ada kat kampung. Jaja dengan husband pun ada yeay. Aku awal –awal lagi dah pesan dekat Jaja nanti bawak monopod boleh selfie. So, raya tahun ini kebanyakan gambar diambil menggunakan monopod Jaja. Terima kasih monopod Jaja.=p

Raya Pertama


Balik solat sunat aidilfitri, terus pergi dapur cari makanan. Pagi tu alhamdulillah memang banyak makanan. Ketupat, rendang, nasi dagang, laksa pun ada. Tak boleh makan banyak sebab dah set dalam kepala nak pergi beraya nanti nak makan banyak-banyak kakaka. Kemudian apa lagi terus berkumpul dengan family atas lambur rumah. Acara bersalam-salaman atas lambur je tahun ni.

gambar raya monopod

Sudah bersalam-salaman bermaaf zahir batin muah ciked tu kami pun macam biasalah beraya rumah sanak saudara berhampiran rumah jalan kaki ramai-ramai. Sambil berjalan sambil snap gambar pegang monopod. Senang betul ada monopod nie tak payah suruh orang tolong ambil gambar kau. Thank you monopod Jaja. =p (gambar aku paling banyak sebab pakai phone aku, gambar Jaja banyak jugak sebab monopod dia kan lol)

gambar selfie hari raya

Raya pertama dihabiskan dengan beraya rumah sanak saudara yang jumpa setahun sekali nie jela. Rumah terakhir, rumah Abang Zik sampaikan tak lalu dah nak sumbat apa – apa dalam mulut. Air pun tak terminum. Makan kurma dari Makkah je sebijik.

Raya Kedua


Raya kedua start beraya rumah kawan-kawan. Adoi malasnya nak menaip aku kasi korang tengok gambar raya aku jela okey? haha.

jejaka hensem

Sempat juga beraya dalam dusun buah-buahan gara-gara Alwanie mengidam sangat nak makan buah manggis. Taknak menghampakan hati seorang sahabat yang cantik itu, kami pun masuk la ke dalam dusun manggis pergi kait buah manggis. Boleh la satu plastik. (Alwanie suka sangat dia)

gambar dusun buahan

 

 

Raya Ketiga

- Beraya atas katil . Serious badan panas gila. Seharian terbaring atas katil. Rumah kawan-kawan yang buat open house semua tak dapat pergi. Sorry guys bukan taknak pergi tapi kesihatan yang tidak mengizinkan.

 

Raya Keempat

- Beraya atas katil separuh hari. Lagi separuh hari berehat dekat rumah keluar masuk toilet. Sebenarnya aku demam dengan cirit-birit. Kau boleh bayang tak dengan demam tak kebah lagi, kemudian perut buat hal. Terpaksa pergi jugak toilet. Adoi.

 

Raya Kelima


Aku ajak kawan-kawan datang rumah aku memandangkan esok aku dah balik Putrajaya. So, memang takde masa dah nak jumpa diorang. Thanks yang datang rumah aku tu siap puji mee kari kak ipar aku buat sedap. Kembang habis la hidung dia bila aku kabo ke dia ramai yang puji mee kari sedap amboi. Tahun depan boleh buat lagi.

gambar hari raya jejaka hensem

Bila semua tetamu dah pulang, Jaja ajak bergambar dalam rumput depan rumah. Lama dah rasa dari tahun-tahun lepas lagi Jaja ajak bergambar dalam rumput tu tapi tahun nie baru berkesempatan. kaka. Mari kita tengok hasilnya.

jejaka hensem dalam rumput


jejaka hensem dalam rumput

Dua-dua gambar Apih Apijo atas nie statik berpeluk tubuh sebab nak tutup perut yang kempis bukan buncit lol \0/. Puas hati betul sesi bergambar dalam rumput di sebab gambar-gambar yang diambil memang sangat cantik sangat kan? Kalau nak bergambar dalam rumput jugak mailah beraya rumah.

Raya Keenam


- Beraya atas jalan raya- T_T

jalan jam

Raya Ketujuh


- Beraya di Alamanda – \0/

dalam alamanda putrajaya

Raya Kelapan dan seterusnya


- Beraya di office T__T


P/s : Lagi gambar hari raya boleh tengok di http://instagram.com/hafiz_hafizol.

16 Comments

  1. thn depan kene kumpul 1 famili ambik gmbr

    ReplyDelete
  2. Perghhh...meriahnya raya dia... Banyak gila gambar, kaki selfie la nie..hahaha xD Selamat Hari Raya wei :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam syawal ke-9,maaf zahir dan batin..wahh..meriahnyer suasana hari raya dengan berselfie2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah alhamdulillah. selamat hari raya :")

      Delete
  4. Sakan beraya la tu sampai yak yak. Hahaha.. Perut terkejut tu. Bestnye beraya. Huhu. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Kosong kosong eh. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela kot sekali disumbatnya semua benda dalam perut kan hehe. selamat hari raya Ismi Ana.

      Delete
  5. selamat hari raya apih apijo.

    ReplyDelete
  6. meriahnya raya dia :) hehe, selfie sakan. :)

    ReplyDelete
  7. salam. wahhh..merianya raya! hehehhe selamay hari raya :))

    ReplyDelete
  8. Wah2, ceria di hari raya :) Selamat hari raya :)

    ReplyDelete