MAJLIS KAHWIN EDDY

Teman rapat merangkap sepupu yang sangat rapat dengan kau tiba-tiba nak kahwin? Apa kau rasa? Ha, itulah yang aku rasa sekarang. happy sangat sampai aku pun macam tak percaya kau nie biar betul dah kahwin. Macam main kahwin-kahwin pun ada. Em, dalam happy ada jugak sedih dia. Sedih sebab kau dah kawin. Aku baru nak memulakan kerjaya. Maknanya macam lambat lagi je aku nak kahwin :/

Jom imbas kembali kenangan aku dengan sepupu aku yang aku rapat gila tu yang aku panggil Eddy tu yang sekarang dah jadi laki orang tu (jeles nie sebenarnya),

1) Kitorang memang sejak kecik muka innocent lagi rapat. Memang selalu habiskan cuti sekolah di rumah Eddy. Aku pun tak berapa nak ingat aku pergi dengan siapa rumah Eddy yang dekat Paloh tu. Tiba-tiba dah ada di rumah Eddy. Macam ajaib pulak lol.

2) Pusing-pusing kampung Eddy sampailah ke Muzium Losong naik basikal. Firstime pergi muzium losong dengan Eddy ni la. Dulu muzium Losong memang best tak macam sekarang. Hambar dah.

3) Dengar cerita hantu dari Eddy. Eddy ini ada deria keenam ke apa ntah sebab dia pernah bagitau dia boleh nampak hantu. Aku tak nampak tapi dia boleh. Dah macam Ezaq dalam novel Awan Fixi tu. Yela, kecik-kecik dulu tak tahu apa-apa kalau Eddy nak tipu aku pun aku redho dan percaya mentah-mentah je kan.

4) Sunat sama-sama. Eddy, aku dan adik aku, Nasir. Bersunat dekat rumah aku. Kalau lelaki tu tahulah camna bestnya bila lepas bersunat. Ramai-ramai pulak tu. Seronok. So sepanjang sunat tu, Eddy memang stay di rumah aku. 3 4 hari kemudian baru bapak dia ambil kot. Tak ingat dah sebab lama punya cerita. =p

5) Bila ada kenduri rumah aku, Eddy memang tak miss datang. Kadang tido sini sampai 2 3 hari. Pillow talk sampai lewat malam. Cerita macam-macam. Dari cerita Mek yang konon suka dekat dia tu sehinggalah ke cerita zaman kecik-kecik dulu.

6) Kemudian seorang Eddy & Apijol pun sudah jarang berjumpa sebab busy dengan sekolah, kehidupan di kampus, kerjaya semua. Jumpa pun time raya. Kadang-kadang time raya tak jumpa pun sebab dia pergi beraya jugak kan. Takkan anak jantan nak duduk rumah tunggu orang datang beraya je.

7) Bila dah jarang jumpa, jumpa pun 2 – 3 tahun sekali, contact pun jarang. Fb lagilah. Aku tak tahu pun apa fb Eddy. Twitter blog semua Eddy mana main. Last jumpa maybe dua tahun lepas di kenduri kahwin anak Mak Ani. Eh yeke. Aku pun dah lupa tapi memang dah lama gila tak jumpa.


Angin takde ribut takde tiba-tiba Jaja bagitau Eddy dah nak kahwin. Kebetulan abang aku memang plan nak balik kg kan. So, boleh la balik sekali. Boleh pergi kenduri Eddy. Allah, Eddy merahnya persalinan pengantin dia.

majlis kahwin

Aku tak ada dalam gambar sebab aku tiba-tiba terjadi pengapit Eddy pulak. Asalnya nak jadi cameraman. Kemudian makcik mana tah tanya “ mana pengapit lelaki?” . Aku dengan sukarelanya terus sambar payung di tangan makcik kemudian jadi pengapit Eddy. Bangga kejap boleh jadi pengapit Eddy. =p

pasangan pengantin merah

Ini dia pasangan mempelai Eddy & Ain dan ini juga merupakan kali pertama aku tengok Ain. Sebelum ini Eddy pernah juga cerita pasal si Ain ini. Alhamdulillah dah halal pun diorang. =D

gambar kahwin member

Saat yang paling ditunggu-tunggu mestilah nak bergambar dengan Eddy. Dari tadi hati duk resah gelisah menunggu turn bergambar dengan Eddy. Bukan main kau Apijol haha. Siap bergambar semua, pengantin ada makan beradab.


Siap-siap makan, terus minta diri untuk pulang. Tak sempat nak berbual panjang dengan Eddy sebab dia macam sibuk sangat duk layan tetamu. Sambil tunggu jaja ambil kereta bawah pokok, sempat la duk selfie dengan mak bawah pokok. Bukan senang tau nak ajak mak selfie nie haha. =D

selfie dengan mak

Ralik duk selfie, ada geng makcik lalu. Sorang daripada makcik tu stop bila tgk kami anak branak duk selfie,

Makcik : Anak beranak ke nie?
Mak : Ye anak kite la nie.

Lama makcik tenung muka aku, aku senyum manis ke dia.

Makcik : Lawa anak.. Lawaaa..
Mak : Ambeklah nak buat menantu.. Ambeklah..
Aku : pffft... speechless –.-

15 Komen untuk "MAJLIS KAHWIN EDDY"

tahniahh untuk sepupu :) tuan tanah bila lagi. hihi :P

Haha..pasni kenduri Hafizol pulak eh. Btw hi, singgah sni dan follow ^_^

Wah, tahniah untuk sepupu...oh,ya...jemput singgah dan follow blog saya...terima kasih...
http://vandergood.blogspot.com/

Tabarakallah. Tahniah buat abang eddy,sepupu abang apijol. Alhamdulillah. Nampak gayanya lepas ni giliran abang apijol pulak. Tu dah mintak berkat dah tu. Hahaha. Caya la mak abang apijol. Cegini haa ! Senang je. Amekla amek la. Mana tahu memang jodoh dengan anak makcik tu kan kan *angkat kening* hihi. Siapa tahu ye dok ? XD Semoga abang apijol cepat-cepat kawin. Aamiin :DD

slamt pngntin bru utk sepupu..rmai sngguh kwin bulan nie..meriah2!

tuan tanah tgh kmpul duit la nie hihi

kita lambat lg =D thanks

Anak dia muda lagi . umur baru 18 . lepas spm haha . thanks =D

Thanks timm smoga awak pun cepat-cepat kahwin - Eddy.

haha

musim org kahwin bro...aku pun stress tgk ramai dah member2 aku yg dah kahwin..aku study pom x habis lagi nih

eleee.. suka le tew org cakap dia lawa.. mokcik tu nak buat menantu la tewww... heee

x lama dah nak habis belajar tu haha

jojo, dalam ayat mak tu.. makna ayat tu..mak suh mak cik tu minang mu cepat2..ahahaha..

Back To Top