Minggu lepas balik kampung sebab nak pergi majlis kahwin eddy. Biasa kalau balik kampung memang akan bawak balik something untuk Puan Fatimah. Disebabkan busy dengan kerja macam takda masa pulak nak pergi beli apa-apa. Balik kerja terus bertolak balik kampung. Baru teringat ada member dekat kampung yang buat bisnes kek, pizza, lasagna, makaroni, cookies semualah. Paling best, dia akan delivery ke rumah terus. Datang la idea nak tempah kek dengan dia, Konie Bakery.
Bila kek siap, terus Konie whatsApp gambar kek. Aku tak biasa sangat beli kek dan aku tak tahu apa kek kesukaan mak aku. Aku suruh je Konie buat apa-apa kek untuk 5-6 orang makan camtu. Dia buat Kek Coklat & buttercream 800 gram. Harga kek RM30.00.
Harga kek bagi aku berpatutan dah. Kau ingat zaman sekarang macam zaman kau kecik dulu ke beli kek birthday pun baru RM15.++. Paling penting, dia delivery terus ke rumah aku. Baru surprise sikit. Sampai ke kampung mak bagitau Konie ada hantar kek. Kemudian mak ada cerita la Konie nie dah nak kahwin. Dah bertunang apa semua. Padahal aku dah lama tahu –.- Thanks Konie.
Datang anak buah kerumah, terus makan kek sepotong sorang. Jaja pun sempat la merasa kek mak. Kemain mintak izin mak dulu sebelum nak makan kek. Bila tanya diorang sedap ke tak kek, masing-masing cakap sedap. Amboi, nak jaga hati aku ke cemana nie haha.
Selain kek, Konie ada juga buat pizza,Lasagna,makaroni,cookies dan banyak lagi. Boleh tengok di instagram @qasehkonie kalau nak tengok gambar-gambar kek,pizza,lasagna,makaroni,cookies semua tu ok! Lasagna beef Konie selalu jugak aku makan. Sedap sangat. Bagi sebekas pun macam tak cukup.
Yang stay area Kuala Terengganu terutama Kampung Bukit Tunggal, Batu Enam, Gong Badak, Bukit Tumbuh, Seberang Takir dan kampung-kampung berhampiran bolehlah delivery kek, pizza, macaroni, lasagna, cookies dan dan banyak lagi di instagram @qasehkonie. Aku tahu kebanyakan korang suka makan tapi malas nak pergi beli kan. Nak makanan terus sampai depan mata. =D
Instagram : http://instagram.com/qasehkonie
WhatsApp : +601119278377
All the best Konie Bakery!
12 Komen untuk "Delivery Kek, Pizza, Lasagna, Macaroni, Cookies Area Kuala Terengganu"
aduhai, terliuq tgk pizza dia..huhu..aiseyman..trengganu nuh..jauh..huhu..
ape ni terliur tau tak! semua sedap!
wow sedapnya..memg terliur tgok.. ni kalau dkat boleh order..siap ada penghantaran lgi!
mengancam aihh lasagna tu. telan air liuq. haha :p
Jauhnye Ganu. Huhu. Ramai org melayu dah maju sekarang. :) haruslah beli buatan org islam, right?
Tunggulah Konie lebarkan perniagaannya di tempat awak. haha
Bila masuk dalam mulut lagi terasa sedapnya. hihi
haah. susah tau nak cari yg siap ada pghantaran tu.
yg menulis entry nie lagi la telan air liuq hehe
Yes! support buatan org islam :")
haishh telah ayaq liur aku tgk pic tuh
belanja la syira..