Magic of The Night Putrajaya 2014

Ini kali pertama aku pergi ke Magic of The Night Putrajaya. Sebelum ini tak pernah dengar dianjurkan event Magic of The Night ini. Penganjuran Magic of The Night serentak dengan Floria Putrajaya cuma tempat yang berbeza. Floria Putrajaya di Presint 4 manakala Magic of The Night Presint 5, Pesisiran Tasik Marina berhampiran PICC. Oo ingatkan ditempat yang sama. Patutlah masa aku pergi Floria Putrajaya itu hari tak nampak pun Magic of The Night nie. Pastu nak marah-marah sebab takde Magic of The Night lol.

 

poster Magic of The Night 2014

 

Untuk melunaskan rasa marah sebab tak jumpa Magic of The Night di Floria Putrajaya, misi mencari Magic of The Night diteruskan sebab gian sangat nak tengok bunga api dengan bot berhias yang orang duk post di Facebook, instagram tu. Pesen tak boleh tengok benda lawa. Akhirnya misi mencari Magic of The Night berjaya setelah mengikut signboard yang dia letak tepi jalan.

 

magic of the night

 

 

magic of the night

 

Sampai je di Magic of The Night, terus disambut dengan tembakan bunga api. Bangga kejap haha lol. Magic betul. Tapi tak banyak pun ditembaknya bunga api. Ada dalam beberapa das je. Malu pulak kita macam jakun duk ambek gambor bunga api padahal orang lain wat bodo je \0/

 

magic of the night

 

Kemudian berjalan pula ke pertunjukan bot berhias. Pelik betul orang ramai berpusu-pusu keluar dari termpat pertunjukan aku pula terhegeh-hegeh nak masuk sana. Padahal masa tu awal lagi kot. Around 10 p.m camtu. Tengok lah gambar di bawah nie tinggal beberapa ketul je orang yang asyik duk layan konsert dan tengok bot berhias. Pentas konsert atas air. Magic betul haha. =D

 

magic of the night

 

Kebetulan masa aku sampai tu, Indah AF tengah buat persembahan. Indah yang popular dengan lagu Percayalah tu. Kau dengar la single dia beb serious best lagu tu. Band yang buat persembahan selepas Indah AF aku dah tak kenal dah. Tapi quiet nice la persembahan diorang. Ini merupakan kali pertama aku tengok persembahan atas air. Rare juga macam ‘eh , cane dia boleh pergi tengah-tengah air tu’. Hahaha!

 

magic of the night

 

Nampak belon Visit Malaysia 2014 dalam gambar di atas? Pentas persembahan sebelah belon tu la. Yang lampu jalur panjang-panjang tu. =D

 

magic of the night

 

Korang yang belum berkesempatan ke Magic of The Night dan Floria Putrajaya, jemputlah ke sana sebab event yang gempak yang katanya dianjurkan setahun sekali je nie akan berakhir pada 22 Jun 2014. Boleh juga release tension bila datang sini dengan keluarga dan kawan-kawan kan? Jangan risau sebab masuk percuma di Magic of The Night. Cuma nak masuk ke Floria Putrajaya kena bayar RM3.00 untuk dewasa dan RM1.00 kanak-kanak.

 

 

Boleh baca entri mengenai Floria Putrajaya di sepetang di Floria Putrajaya dan pemandangan waktu malam di Floria Putrajaya.

 

 

Facebook : https://www.facebook.com/FloriaPutrajaya
Website : http://floriaputrajaya.com.my/
Website : http://www.vmy2014.com/
Twitter: @Official_Floria
Instagram: @floria_putrajaya

4 Komen untuk "Magic of The Night Putrajaya 2014"

Wow! Cantiknye lampu2 dia. btw awak tukar template ye. Nice sgt. But sorry, ana susah nak komen. Nak bace entri awak susah. Ana on pakai browser fon je.

mesti gempak gegila kan kat sana? wahaha ,,

Back To Top