Kemeriahan di Eh Eh Bazaar MAEPS, Serdang

 

Weekend kali ini dimanfaatkan dengan pergi derak ke Eh Eh Bazaar yang bertempat di MAEPS, Serdang. Apa itu Eh Eh Bazaar? Eh Eh Bazaar merupakan bazar usahawan melayu online terbesar di Malaysia yang menempatkan lebih 1000 usahawan melayu online dan lebih 50 artis dan selebriti.So dah nampak kan apa tujuan utama datang aku ke sini? Mestilah nak pergi usha retis-retis dekat sana lol.

 

mega bazaar eh eh 2014

 

Awal pagi lagi dah bangun, mandi, bersiap untuk ke Eh Eh Bazar nie tau. Kalau tak tengahari buta baru bangun tidur haha. Korang yang tak ada kereta nak pergi sana jangan risau sebab boleh naik public transport. Ada bas Nadi Putra disediakan dari KTM Serdang – MAEPS dengan tambang RM2.00.

 

eh eh bazaar_mega bazaar

 

Sesampainya di MAEPS, terus jadi excited sebab ramai gila manusia dekat sana. Terus rasa tak sabar nak masuk dalam nak cuci mata nak tengok barangan apa je yang dijual. Dan nak bergambar dengan Heliza Helmi juga tapi sayangnya takde pun Heliza Helmi di booth Falah Abiyana. Tengok pada jadual mungkin Heliza datang 22 Jun 2014. So, korang yang nak jumpa Heliza Helmi boleh datang ke Eh Eh Bazar pada 22 Jun 2014 ok!

 

 

Misi usha artis diteruskan dengan pusing satu dewan. Pusing bukan sekali tapi berkali-kali. Kau bayangkan pusing hadapan booth Aura Men saje dah dekat 4-5 kali semata-mata nak bergambar dengan Izzue Islam (Iwan la yang excited lebih). Pusing booth Hafiz Hamidun lagi banyak. Ada dalam 5-6 kali juga semata-mata nak bergambar dengan Hafiz Hamidun tapi malu-malu kucing amagad lol.

 

 

IMG-20140621-WA0007

 

Mempersembahkan anggota kumpulan Forteen yang baru. Dari kiri Apijol, One, Iwan dan Ariz Lufias. Apijol paling tak hensem dalam 4 orang tu wuwu Ariz Lufias kulit dia putih melepak dah macam artis korea. One dengan Iwan ada iras-iras sikit (entah-entah adik beradik) \0/ .

 

IMG-20140621-WA0012

 

Yo akhirnya setelah 4-5 kali lalu di booth Aura Men akhirnya dapat juga bergambar dengan duta Aura men, Izzue Islam. Kitorang datang tepat pada waktunya. Buat-buat ramah dengan sales advisor Aura Men tanya pasal produk tanya bila Izzue Islam nak datang tiba-tiba Izzue Muncul dengan bini dia sambil pekerja di booth nyanyi lagu birthday. Serentak dengan aku-aku sekali nyanyi. Rupanya birthday bini Izzue! Paling tak boleh blah, tak pasal-pasal terbeli Aura Men Izzue Islam nie. Izzue cakap kalau pakai Aura men nanti muka jadi macam dia \0/

 

 

Ramai juga artis yang aku jumpa antaranya Arja Lee, Adi Putra, Enot, Hafiz Hamidun. Tapi tak kuasa la nak bergambar semua. Nak ajak Hafiz Hamidun bergambar pun buat-buat lalu di booth dia 5-6 kali baru boleh bergambar. Bukan sebab dia busy duk layan peminat tapi sebab malu nak ajak dia bergambar haha.

 

 

Korang yang tak datang lagi ke Eh Eh Bazaar jemputlah ke sana 22 Jun 2014 iaitu hari terakhir di mega bazaar tersebut. Banyak gila booth jual tudung dan pakaian wanita sehingga aku macam ‘memang eh eh Bazaar ni jual pakaian wanita jeke’ camtu ha. Booth lelaki ada juga tapi tak banyak. Booth f&b yang menjual cookies, kek, pun banyak. =D

 

 

So, apa tunggu lagi jom ramai-ramai memeriahkan EH EH BAZAAR !

 

 

Tarikh : 21-22 Jun 2014 (Sabtu & Ahad)
Lokasi :MAEPS, Serdang (Kemudahan pengangkutan disediakan-
KLIK LINK)
Waktu :10 pagi - 10 malam 
Facebook :
https://www.facebook.com/ehehbazaar
Instagram : http://instagram.com/ehehbazaar

 

Credit

14 Komen untuk "Kemeriahan di Eh Eh Bazaar MAEPS, Serdang"

ow, patut la kat insta ada pic ngn grup fourteen..gila putih melepak ariz..aiyak!

Syoknya dapat pergi...Orang kerjalah..

Alahai..tak sempat nak pegi. Bizi betul hujung mnggu kali ni. T_T

bila tengok gambar Forteen ,, tak perasan pun ada 'ahli baru' ,, ingatkan memang ahli Forteen ,, :D hahahha

ye mmg putih selepuk dia. haha

Memang menarik cepat pergi harinie last day

Boleh pergi lepas balik kerja. event nie sampai pukul 10.00pm hehe

Ruginya. kena tggu tahun dpn pulak la kalau dia buat lagi

eh tu mmg ahli baru dia la hahaha!

Tanpa Nama
delete

Kalau nak cari dari waze apa location dia eh? Smlm cari tempat lain yang waze bawa

tak berkesempatan nak terjah eh eh bazaar ni hari tu...rugi pula rasanya tak pergi...

hahaha.. kemain jalan jalan cuci mata

Back To Top