Tadi tertengok rancangan SIS di TV9. Ada selitkan cerita mengenai gaya fesyen Wak Doyok. Korang mesti dah kenal siapa Wak Doyok. Aku sebenarnya tak tahu siapa Wak Doyok. Memang agak ketinggalan zaman sikit dalam dunia fesyen nie lebih-lebih lagi fesyen lelaki. Kalau fesyen perempuan aku tahu pulak lol. Bila tengok gaya fesyen Wak Doyok, terfikir juga berani betul mamat ni berfesyen tanpa mempedulikan orang sekeliling langsung.

 

Aku kalau dress macam Wak Doyok pergi jalan-jalan, pergi Mydin Mall contohnya, confirm orang tengok aku atas bawah atas bawah. Orang tengok kecik besar kecik besar je. This is Terengganu beb! Nak jugak dress camnie kalau diberi kesempatan. Nampak rare pulak. Peduli orang kata. Asal pakai selesa.=p

 

gaya fesyen wak doyok        

 

gaya fesyen wak doyok_1Wak Doyok oi bakpe lah kaki mung slim sangat. Y___Y

 

fesyen terkini wak doyok

 

Sedikit info mengenai Wak Doyok

@ Nama sebenarnya ialah Tengku Muhammad Azwan Shah.

@ Wak Doyok merupakan ikon fesyen serta pengusaha jenama fesyen The Garment.

@ Wak Doyok bukanlah artis popular sebaliknya namanya menjadi sebutan kerana penampilannya berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, serta mempunyai aura maskulin era Inggeris 60-an apabila berpakaian.

@ Bukan setakat di Malaysia, malah Singapura, Indonesia, Jepun termasuklah pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish) di Eropah turut mengenalinya.

@ Graduan dalam bidang kejuruteraan dari salah sebuah universiti di Jerman.

@ Wak Doyok menawarkan khidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai. Antara selebriti yang sering bekerjasama dengan Wak Doyok ialah Ameer Forteen, Pretty Ugly, Karl Shafek dan beberapa nama lagi.

 

gaya fesyen lelakiKemeja putih+seluar fit+kasut merah mak ngah+galas beg=WAK DOYOK HOT

gambar wak doyok_1Lepasnie kalau nak bergambar, nak buat kaki silang macam Wak Doyok lah

jejaka tampanMacam Wak Doyok tak? kakakaka

 

Memang tak ramai lelaki diluar sana yang berani bergaya seperti Wak Doyok. Aku pun kalau nak bergaya macam dia, kena fikir sampai 14 kali dan tengok cermin 134 kali kot baru betul-betul confident hahahaha. All the best buat Wak Doyok dalam bidang fesyen lelaki. Semoga lebih banyak fesyen lelaki terkini yang stylo dan WOW digayakan oleh Wak Doyak selepas ini dan semoga menjadi ikon fesyen yang terkenal dan disegani.

 

 

Dengar khabar, ramai anak-anak muda telah mengikuti fesyen Wak Doyok. Who are the next? Mungkinkah anda yang bakal mengikuti fesyen Wak Doyok setelah membaca entri ini? Berfesyen boleh, tapi biarlah berpada-pada jangan menjadi fashion disaster dan of courselah berfesyen biar menutup aurat! =p

 

 

Sumber Gambar : Facebook Wak Doyok
Sumber : Hmetro
Sumber : Kosmo