Fesyen Vintage Wak Doyok

Tadi tertengok rancangan SIS di TV9. Ada selitkan cerita mengenai gaya fesyen Wak Doyok. Korang mesti dah kenal siapa Wak Doyok. Aku sebenarnya tak tahu siapa Wak Doyok. Memang agak ketinggalan zaman sikit dalam dunia fesyen nie lebih-lebih lagi fesyen lelaki. Kalau fesyen perempuan aku tahu pulak lol. Bila tengok gaya fesyen Wak Doyok, terfikir juga berani betul mamat ni berfesyen tanpa mempedulikan orang sekeliling langsung.

 

Aku kalau dress macam Wak Doyok pergi jalan-jalan, pergi Mydin Mall contohnya, confirm orang tengok aku atas bawah atas bawah. Orang tengok kecik besar kecik besar je. This is Terengganu beb! Nak jugak dress camnie kalau diberi kesempatan. Nampak rare pulak. Peduli orang kata. Asal pakai selesa.=p

 

gaya fesyen wak doyok        

 

gaya fesyen wak doyok_1Wak Doyok oi bakpe lah kaki mung slim sangat. Y___Y

 

fesyen terkini wak doyok

 

Sedikit info mengenai Wak Doyok

@ Nama sebenarnya ialah Tengku Muhammad Azwan Shah.

@ Wak Doyok merupakan ikon fesyen serta pengusaha jenama fesyen The Garment.

@ Wak Doyok bukanlah artis popular sebaliknya namanya menjadi sebutan kerana penampilannya berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, serta mempunyai aura maskulin era Inggeris 60-an apabila berpakaian.

@ Bukan setakat di Malaysia, malah Singapura, Indonesia, Jepun termasuklah pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish) di Eropah turut mengenalinya.

@ Graduan dalam bidang kejuruteraan dari salah sebuah universiti di Jerman.

@ Wak Doyok menawarkan khidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai. Antara selebriti yang sering bekerjasama dengan Wak Doyok ialah Ameer Forteen, Pretty Ugly, Karl Shafek dan beberapa nama lagi.

 

gaya fesyen lelakiKemeja putih+seluar fit+kasut merah mak ngah+galas beg=WAK DOYOK HOT

gambar wak doyok_1Lepasnie kalau nak bergambar, nak buat kaki silang macam Wak Doyok lah

jejaka tampanMacam Wak Doyok tak? kakakaka

 

Memang tak ramai lelaki diluar sana yang berani bergaya seperti Wak Doyok. Aku pun kalau nak bergaya macam dia, kena fikir sampai 14 kali dan tengok cermin 134 kali kot baru betul-betul confident hahahaha. All the best buat Wak Doyok dalam bidang fesyen lelaki. Semoga lebih banyak fesyen lelaki terkini yang stylo dan WOW digayakan oleh Wak Doyak selepas ini dan semoga menjadi ikon fesyen yang terkenal dan disegani.

 

 

Dengar khabar, ramai anak-anak muda telah mengikuti fesyen Wak Doyok. Who are the next? Mungkinkah anda yang bakal mengikuti fesyen Wak Doyok setelah membaca entri ini? Berfesyen boleh, tapi biarlah berpada-pada jangan menjadi fashion disaster dan of courselah berfesyen biar menutup aurat! =p

 

 

Sumber Gambar : Facebook Wak Doyok
Sumber : Hmetro
Sumber : Kosmo

20 Komen untuk "Fesyen Vintage Wak Doyok"

Qila baru je kenal dia haritu hahaha.
Hazama pakai ala ala dia, semua artis malaysia ikut dia lah jugak hihihi
Betul, congrats to him sbb bawak nama malaysia huhu.
Ececeh. Piwittt :p
kemah boh :D Hahahah

hana tak kenal pown dia. nie baru tahu. hahahha tp mmg rare btol cara dia dress. try la buat kat ganu tu mcm mana. haha

oh tidak.. sangat rare.. tak mau boyfriend macam nih. eh? hehe.

Laa ni ke Wak doyok yang orang sekarang perkatakan..hahaha..Baru tau!! Ramai orang ikut pesyen dia sekarang ni...Okay gak, cuma kurang berkenan..hahaha..

p/s: nape dekat bloglist, mu punya takde keluar post baru? yang ada post 2 week tu je lagi.. :(

Xsama mcm wak doyok sbb xsilang kaki.hahahahaha.makin hot wak doyok skrg...

awak lagi hensem daripada dia,, percayalah :D

tu lah ! x sempat nak silang kaki nie hehe

Curious nak tahu siapa Wak Doyok yg selalu org sebut sampai search di google. haha =p

eh tak bangga ke kalau dapat bf dress camnie? g dating nati mesti org sekeliling tgk atas bawah. haa! =p

Selamat berkenal-kenalan dgn Wak Doyok haha. one day nak pakai gak gini g Mydin Mall Tganu lol

Betul. ramai artis Msia ikut style dia .

Wak doyok ni satu sekolah vokay dgn gua. tak percaya, bole pergi vokay shah alam. Dia dulu jalan mesin mcm gua jugak. Budak amalan bengkel mesin. Satu kampung kat kampung delek klang. gua tak sangka dia jadi mcm ni. Tak berapa minat fesyen mcm ni. Mcm pelik. Nak tau rumah wak doyok?gua bole tunjukkan. Mana tau korang semua nak bersarapan pagi dgn dia.... ;-)

wak doyakkk pade aq dia best walau aq sdiri xpnh jmpe dia...tapi diani nmpk agk cerewet dlm pemakaian...masuk kdai aq cmform stu barang pn dia xkn makan pnye..apepun dia bes r...kalo aq bgabung ngan dia mau meletop...aq pn suke tgok stylo2 ni...tp aq xle bgye staylo sgt...boroi da aq....tggu perut aq ilang kboroiannye...pasti wak doyok kn rase ade saigan dlm gayenya....hahah tahniahh wak doyokkk ko paling angkerrrr

terima kaih yea

iffah nadiah
delete

Tabiklah kat wak doyok, x ramai yg boleh pakai cegitu. Wak doyok mmg awesome and cute.

walau pn gua bkan sek teknik shah alam.. pasal amalan bengkel mesin tu gua amek gak ms sek teknik dulu.. tp kt tmpt lain dan luar selangor.. gua bknnya kenal dye pun.. tp gua tau dye nie mengenakn vintage fashion

ok lah gaya nie.... kaki.. bontot (jangn salah paham lak.. ini bhgn anggota bdn) slim... bru style... aku tgk ada org laki kt luar sana pakai style gini... ikut gaya jeans kaki kecik tp bontot kembang... nampak buruk kot style weh

Style ni bukan lah baru...kalo sesape yg follow underground scene mcm gig especially budak skinhead / britpop mmg mcm ni la style diorg...bukan exactly tp basic dia mcm ni (sori x reti guna bahasa fesyen yg betol)...style MOD da lama da org gayakan terutama awal 90an dr kalangan budak underground jgk. Masa tu zaman muzik alternatif...OAG cthnya yg dah menggayakan fesyen mcm ni cuma skinny jeans xde jual kat malaysia masa tu. diorg just oter atau cari jeans yg cutting slim fit...budak2/pemuzik2 punk pon menggayakan fesyen lebih kurang mcm ni gak....WAK DOYOK cuma berpeluang menjadi viral sbb adanya kewujudan youtube/fb, IG, twitter dan sebagainya...

Back To Top