SERVIS/BAIKI LAPTOP MURAH DI AIMAN TECHNOLOGY

Aku beli Presario CQ42 pada tahun 2010 iaitu semester satu aku di universiti. Hebat gila laptop nie aku salute habis. Sepanjang 6 semester aku di universiti, laptop tak pernah meragam. Setakat meragam tiba-tiba mati, kemudian assignment aku habis hilang tu pernah lah sekali. Sepanjang 6 semester itu jugak aku tak pernah format langsung laptop aku padahal kawan aku yang beli sekali dah format beberapa kali. Malah ada yang laptopnya dah nazak haha.
 

Baiki Laptop Murah Area Kuala Terengganu

Disebabkan laptop kesayangan aku nie lama gila tak servis, aku bercadang nak servis sikit laptop aku yang sekarang sudah mula berat semacam loading pahceroh di Aiman Technology. Kebetulan tempat kerja aku memang dekat sangat dengan Aiman Technology ini. So, senang lah nanti proses menghantar dan mengambil laptop. Boleh terus dilakukan on the way ke tempat kerja.
 
aiman teknologi
 
Owner Aiman Technology ini sebenarnya kawan sekolah aku. So, memang senang nak deal dengan dia sebab dah kenal kan. Aku syorkan korang yang duduk area Kuala Terengganu dan memerlukan khidmat baiki laptop, boleh terus contact Aiman. Insyaallah, perkhidmatan sangat cepat dan jimat. Aiman pun sekarang fulltime di Aiman Technology.
 

Powerbank PINENG Murah di Aiman Technology

Selain menawarkan khidmat baiki laptop, Aiman juga menjual power bank yang murah gila susah nak dapat di pasaran tempatan.
 
powerbank penang murah
 
Ini antara kelebihan powerbank PINENG yang ada dijual di Aiman Technology yang aku copy paste di wall facebook Aiman kakaka.
 
✔Powerbank MURAH tapi 100% ORIGINAL..
✔Powerbank saiz poket..
✔Powerbank yang berjenama & berkualiti (No. 1 di Malaysia)
✔Harga bawah RM100
✔ Free pouch bag & Multi connector (8 connector)
✔ COD area kuala terengganu
✔ RM90.. Harga Biasa RM100
✔ Tambah RM5 untuk pos
 
Nak tahu service apa yang aku suruh Aiman Technology buat, boleh tengok service form di bawah. Sekali dengan harga lagi aku kasi korang tengok. So, amacam berpatutan kan? Aku tak sempat nak survey pun servis di kedai laptop lain sebab aku rasa servis ini dah berpatutan gila. Aku siap suruh Aiman letak Adobe Photoshop CS5 dengan Lightroom lagi. Lepasnie hari-hari boleh edit gambar letak kat Facebookakakaka. =p
 
DSC02131
 
Sebarang pertanyaan/permintaan kepada Aiman , boleh terus ke page beliau di Aiman Technology.
 
Thanks for reading.
9 Komen untuk "SERVIS/BAIKI LAPTOP MURAH DI AIMAN TECHNOLOGY"

salam bro. nak ajak join kontest kt blog saya, peluang nak menag service like fanpage , businesscard n banyak lagi . masa dh tinggl 5 hari je lagi huhu http://www.mawardiyunus.com/2013/12/pelancaran-kontes-u-blogger_7.htmlA

wah loading pahceroh? hahahaha.
kemah boh :p
aiman technology? hm buleh lah nati not try heheheh

p/s: qilah click inti nge trans!

bukan nyer susah pun nak format pc senang jer
www.kucinghitam.net dtg follow

susah gilaaa bg aku yg buta bab-bab pc nie kucing hitam wakaka lol

Apapun elok la tolong bangsa kita sendirikan...aiman bg murah tu sbb AIMAN TAK KISAH.....hehe

Assalamualaikum.

Maaf, lari dari tajuk. Saudara ada tahu dan kenal mana-mana kedai yang baiki phone yang murah dan boleh dipercayai di sekitar Kuala Terengganu x?

Wassalam. saya biasa baiki nfon dekat Batu 6 sebelah kedai gunting rambut laki tu. Owner kedai Zul kalo x silap.

Salamm...ingin mencari laptop part?? kami sedia membekal kan. dengan harga DEALER!

Just wassap kepada kami apa part yg di cari.

Tq.

NOVAMI SOLUTIO 0132024478

Back To Top