Salam.
Korang mesti ada terbaca entri terbaru Fatin Liyana yang bertajuk “dunia pancaroba” kan. Dalam entri itu Fatin kabo ada facker buat akaun twitter dia. Nie bukan nak cerita pasal facker twitter Fatin, tapi facker aku. Apa kau ingat Fatin je ada fackers? Aku pun ada. Kiranya aku dah boleh menyaingi populariti Fatin Liyana la nie lol muahaha.
1 – Fackers buat akaun pakai nama & gambar aku
Akaun yang aku maksudkan ialah akaun Facebook. Cuba korang search hafiz hafizol dekat Facebook. Akaun Facebook aku ada dua je iaitu Hafiz Hafizol dengan Hafiz Hafizol II. Aku buat Hafiz Hafizol II pun sebab nak asingkan blogger dengan rakan Facebook lain. Tapi macam nak delete je akaun tu sebab dah lama tak sign in. Satu lagi akaun fanpage aku iaitu Hafiz Hafizol Blog. Lain-lain yang korang nampak itu bukan aku.
2- Fackers buat akaun pakai gambar aku & nama orang lain
Baru-baru ini ada member kabo ada orang pakai gambar aku. Pakai gambar itu boleh dimaafkan lagi. Yang gila sikit, dia letak nama yang bukan-bukan. Nama yang kalau kauorang tengok mesti akan fikir negatif pasal aku. Serious beb yang ini aku bengang. Menjatuhkan martabat seorang lelaki je kau nie haha.
Disebabkan keadaan ini, ramai jugak orang yang terkeliru bila nak add aku. Kena aku ada sebelah baru dia boleh tanya mana satu hafiz hafizol yang sebenarnya? Sebenarnya sayalah hafiz hafizol yang sebenar lol. Macam haritu nyaris-nyaris jugak kawan tempat kerja nak add hafiz hafizol lain sebab kompius. Nama akaun hafiz hafizol, gambar memang gambar aku pun. Blergh glamer iols :P
So, kepada awak yang sedang menggunakan gambar saya tu, sila menggunakan hak orang sebaik-baiknya. Tolong jangan menyalahgunakan hak orang lain sesuka hati awak. Saya tak salahkan awak pun sebab saya jugak yang gatal tanya pegi upload gambar saya dalam laman sosial konon nak suruh orang puji gambo saya smart lol.
Saya dah berani balik upload gambar-gambar saya di laman sosial. Sebelum ini memang stop sekejap upload gambar. Disebabkan keadaan memaksa dan atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa upload gambar-gambar smart saya di laman sosial. Jemput download semua ya lol.
Awak yang tak nak ada fackers, senang je. Jangan upload gambar-gambar kau di mana-mana laman sosial. Mudah kan. :D
Download laju-laju semua. Credit to HS Photog for this ohsem pic =p
Thanks for reading.
11 Komen untuk "FACKERS YANG BERANI"
hana pernah kena. letak gambar hana. tapi nama zaleha mahmud. hana memang kenal siapa orang tu. haihhh it's ok. bagi hana hari nie hari dia esok lusa ALLAH akan balas. so same to you ok? :)
tudia punya banyak..hahaha..untunglah ramai peminat..haha
ada juga yang kes macam nie bro.. dunia pancaroba la katakan..hehe
blogger femes, cenggitu la nasibnya...
wow setaraf dgn FL. HEbatttt
betul dah tu hana.
Oo tu namanya peminat ke haha
gctew Razfira haha.
macam-macam adaa
femes amendenye ! haha
ramainya peminat....