Hafiz Hafizol | Bukan Sekadar Rupa

Blog mengenai tempat-tempat menarik ketika bercuti, pengalaman percutian yang best, tempat makan best, kedai makan yang popular, resepi masakan yang mudah, tips untuk lelaki dan sebagainya.

17 August 2013

KL ZOMBI PREMIERE SCREENING & SINOPSIS KL ZOMBI

  Hafiz Hafizol       17 August 2013

 

Salam.

 

Tadi godek-godek website nuffnang ternampak post Premiere Screening KL Zombi. Tengok trailer Macam menarik filem KL Zombi. Korang yang nak cuba tengok KL Zombi secara free bolehlah cuba nasib dapatkan 2 pair tiket di website nuffnang ye.

 

Jika korang peminat BUKU FIXI, korang mesti tahu novel Zombijaya karya Adib Zaini. KL Zombi diadaptasi dari novel Zombijaya oleh syarikat penerbitan dan pengedaran filem terbesar negara, Grand Brilliance dan akan diterbitkan dibawah anak syarikatnya, Lightbulb Pictures.

KL ZOMBI

 

Sinopsis KL Zombi

Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat resam ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?


Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan.

KL ZOMBIE_ZIZAN


5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergembira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui.

 

Lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh malaysia. dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis - seorang kaki teori konspirasi - mencadangkan mereka berpindah ke Putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.

 

KL ZOMBI_zizansumber

 

Cepat dapatkan sepasang tiket ke premiere screening KL Zombi di sini sebelum 20 Ogos 2013. Itupun kalau anda bernasib baik. =p

 

P/s : For bloggers and nuffnangers only =)

logoblog

Thanks for reading KL ZOMBI PREMIERE SCREENING & SINOPSIS KL ZOMBI

Previous
« Prev Post

2 comments: