Keluarga Besar Berhari Raya

 

Salam.

 

Sakan beraya sampai tiada masa langsung nak update entry terbaru. hihi. Raya tahun ini Abang Mat dan keluarga balik beraya di kampung. Macam tahun lepas, raya ke-3 camtu baru balik kampung. Kozu pun balik juga kampung raya tahun ini. Kak Farhumaira macam biasa setiap tahun balik kampung beraya. Jaja tak beraya kat kampung. Dia ikut husband beraya di Dungun. Raya ke-2 baru dia balik.

 

Macam biasa, pagi raya sebelum beraya rumah sanak-saudara, ada sedikit sesi bergambar. Sesi bersalam-salaman dengan mak ayah, adik beradik, cium peluk semua, makan nasi dagang kenyang-kenyang baru bergerak ke rumah saudara ramai-ramai.

 

baju hari raya

Ini baru suku keluarga kitorang taw. Belum campur semua anak-anak dan cucu-cucu mak. Gambar semua keluarga takde. Masing-masing malu nak masuk dalam gambar. Anak buah sibuk duk main kejar-kejar. Ada yang tengah makan kat dapur. =p

 

Keluarga = 14 orang campur mak ayah (Seorang tak balik beraya)
Keluarga Abang Mat = 9 orang termasuk dia dan isteri (semua balik kampung)
Keluarga Mat Jam = 6 orang termasuk dia dan isteri (pagi raya di rumah isteri) 
Keluarga Kak Da = 5 orang (3 orang anak beraya dengan Abahnya)
Keluarga Kak Farhumaira = 5 orang termasuk dia dan suami (semua balik kampung kampung)

 

Ramainya ! Sampai aku tertukar nama anak-anak buah aku. Ada juga yang aku lupa. wakakaka. Tak tak tahu la bila semua boleh berkumpul di pagi raya. Memang setiap tahun tak pernah lengkap dalam gambar. hihi. Entah-entah tahun-tahun akan datang aku pulak tiada dalam gambar sebab beraya di perantauan. =p

 

gambar dukung baby

 

Ini anak buah aku yang paling kecik, Alisya. Seronok dukung dia. Tak nanges pun. Cuma air liur asyik meleleh-leleh. Pastu dia kesat kat bahu aku. Pandai. hahaha. =p

 

gambar jejaka berhari raya

 

Baju pink cerah itu anak buah yang paling besar. Amin. 15 tahun. Lebih tinggi dari Pokjoe dia. Lebih handsome dari Pokjoe dia jugak ! Allahu. Hahahah ! Awek ramai nie. 24 jam handphone asyik melekat dekat tangan. Menyampah aku. =p

 

Baju kuning muda itu abang aku yang paling handsome la kukira. Nuar. 25 tahun. Suka kucing. So, antara 3 jejaka handsome dalam gambar di atas kau rasa siapa yang paling handsome ?!! jujur dengan aku cepat. Mesti kau nak cakap anak buah aku kan ?

 

Raya ke-3 paling penat kurasa sebab ada buat rumah terbuka sikit sekali dengan majlis tahlil. Ayah sembelih kambing. Penat duk kacau daging. kupas kelapa, mesin kelapa dan sediakan apa yang patut untuk para tetamu yang hadir.

 

gambar sembelih kambing Anak-anak buah tunjuk muka gerun tengok kambing kena sembelih.

 

Malamnya memang penat. Layan Barcelona FC Vs Malaysia depan tv. Abang Mat balik Selangor subuh keesokannya, Kak Farhumaira balik Putrajaya Isnin. Bila diorang semua balik, rumah jadi sunyi terus. Rasa rindu nak dukung Alisya. Rindu nak dengar anak buah main kejar-kejar dalam rumah sampai nak patah lantai kayu reput tok dia . hihik.

 

Di kesempatan ini, aku selalu pemilik hafiz hafizol blog mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin kepada semua pembaca sekiranya penulisan aku ada mengguris hati anda semua. Juga kepada semua kawan yang mengenai diri ini, Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin !

7 Komen untuk "Keluarga Besar Berhari Raya"

Pokjoe gambo kita berdua takdok pun!

Salam aidilfitri jugak.amboi keriahnya raya.

P/s anak sedara ko pling hensem

selamat hari raya.. untung sempat bergambar bagai..haha

Tulah pasal. Pokjoe cari jugak Mokjah eh. tapi takde. sedey wei.hihi

haaa.. tengoklah anak sedara siapa.. hahah !

Selamat Hari raya Din.. macam la kau x sempat brgambar ye. =p

selamat hari raya . sorry xdop mase nkg beraya pon tahun ni sbb ayoh kite sakit . hmmm next year , InsyaAllah :)

Back To Top