Hati-Hati Peningkatan Kes Tembak di Malaysia

 

Salam.

 

Tadi pergi makan ikan celup tepung dengan Amir, Syerah dan Mekna dekat Pantai Tok Jembal. Sambil-sambil makan bercakap pasal topik kes tembak di Malaysia. Syerah cakap adik dia tahu kedai orang yang jual pistol kat sini. Tak perlu lesen pun dah boleh beli dan memiliki sepucuk pistol. Apa semua nie.!

 

Amir : Aku nak beli jugak ah pistol untuk keselamatan.

Syerah : Kau kena beli pistol, sebab sekarang ramai orang benci kau.

Apijol : *kelip-kelip mendengar perbualan serious Amir dengan Syerah*

 

Antara Kes Tembak di Malaysia Sejak April 2013 :-

 

  • 26 April|8.15 Pagi|Putrajaya Timbalan Ketua Pengarah Kastam(Perkastaman/Cukai dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim,58 maut ditembak dalam perjalanan ke pejabatnya oleh dua lelaki bermotosikal.

  • 26 April|11.30 Pagi|Bulatan Cheras Karikaalan,29, maut ketika dalam perjalanan ke hospital selepas terkena dua daripada 10 das tembakan dilepaskan dua lelaki bermotosikal manakala ibunya, 60 tahun cedera di lengan kanan.

  • 7 mei|Nibong Tebal|Pulau Pinang Tan Hock Chin,47, seorang yang aktif dalam rondaan keselamatan sukarela kawasan taman perumahan ditembak ketika minum bersama 2 rakannya oleh seorang lelaki.

  • 9 Mei|7.30 malam|Tangkak,Johor Seorang Jurutera Muthu Pillai, 41 dijumpai mati dengan 2 kesan tembakan di sebuah ladang kelapa sawit.

  • 23 Mei|8.50 malam|Kampung Pachakan, Pasir Puteh Seorang peraih ikan, Zahari Razak, 57 ditembak ketika memandu BMW selepas keluar dari Masjid Nurul Anuar.

  • 8 Julai|1.45 Petang|Bachok kelantan Seorang guru yang juga penolong Kanan Hal Ehwal Murid(HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena 3 das tembakan ketika memandu Mercedes Benz ketika keluar dari sekolahnya.

  • 18 Julai|12.25 tengah hari|Jalan Keladi, Kulim Seorang guru, K Shanmugam, mati terkena 6 das tembakan yang dilepaskan 2 lelaki bermotosikal ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat.

  • 5 Ogos|5.15 Pagi|Kampung Gong, Mengkeleh, Pasir Puteh Amirul Tajo Nasir,40 mati ditembak selepas bersahur di kedai makan.

  • 13 Ogos|4.30 pagi|Restoran Nasi Kukus Paka 3, Jalan Besar,dekat Kampung Cacar, Paka,Dungun Seorang tauke kedai nasi kukus, Mohammad Lutpi Mansor,50 mati ditembak selepas menjadi mangsa samun sebelum kenderaan pacuan empat roda dan dompetnya dilarikan dalam kejadian di hadapan restorannya.

  • 15 Ogos|2.30 pagi|Kapar Seorang lelaki maut manakala empat rakannya selamat, selepas 2 lelaki bermotosikal melepaskan beberapa das tembakan ketika berbual di hadapan sebuah bank.

 


Sumber: Harian Metro Jumaat 16 Ogos 2013.

 

Balik lepak kedai ikan celup tepung dalam Maghrib. Tadi masa Amir drop aku dekat tepi jalan, risau jugak. Mata melilau kiri kanan kalau-kalau ada orang bermotor tiba-tiba datang dekat aku then acukan pistol depan muka. Takutnya. Jalan cepat-cepat sambil berlari anak pulang ke rumah.

 

Zaman sekarang, macam-macam boleh jadi. Allahu. Esok lusa siapa pula jadi mangsa peluru tak bermata manusia durjana diluar sana ?! Semoga kita semua dilindungi-Nya.

2 Komen untuk "Hati-Hati Peningkatan Kes Tembak di Malaysia"

itulah..takut gak...sekarang ni, hari-hari keluar kat berita pasal kes tembak...macam senang2 jer diroang ni nk ambik nyawa...

macam bersiri la pulak (btw malaysia masih selamat hoho)

Back To Top