Semak Daftar Pemilih Dan Lokasi Mengundi PRU 13

 

Salam.

 

Baru harinie aku berkesempatan semak daftar pemilih dan lokasi mengundi pru 13. Nampak tak betapa aku busy tak hengat. hahak.

 

Ini merupakan kali pertama aku mengundi. Perasaan kali pertama mengundi ? Gila aku macam tak boleh terima kenyataan aku dah 22 tahun rupanya. Tuanya. Perasaan lain, aku tak sabar nak pangkah masa hari mengundi nanti. Pangkah apa biarlah rahsia aku dengan Allah. Kata undi itu rahsia kan ?

 

Aku sangat pasti mesti ada lagi para pengundi pru 13 masih belum semak daftar pemilih dan lokasi mengundi pru 13 korang kan ? Esok nak mengundi baru terhegeh-hegeh nak check kan. Then bagi alasan tak sempat nak mengundi sebab tak tau kat mana lokasi mengundi . Boleh ? haha.

 

daftar mengundi pru

 

Siapa pusat mengundi sama dengan aku cepat angkat tangan ? Kita jumpa di Sek. Keb. Tok Jiring ye. Sekolah lama aku tu. Nanti aku update pengalaman kali pertama aku mengundi pulak. Itupun kalau aku rajin la. Aku sekarang kan busy benar. Masuk opis terus bukak laptop then on facebook. Busy kan ? muahaha.

 

 

P .035 N .09 here I come. !

 

Semak daftar pemilih dan lokasi mengundi pru 13 di SINI . Masuk no i/c je kat website tu.

4 comments: