Bahaya Kencing Berdiri

 

Salam.

2013-04-17_1754

 

 

Anda sudah kencing harinie ? kencing berdiri ke kencing duduk ? Mestilah kencing duduk kan. Bahaya kencing berdiri ini. Motif Apijol pagi-pagi dah bercakap pasal kencing berdiri. Hehe..

 

 

Tadi terbaca satu artikel di blog mengenai bahaya kencing berdiri. Bukan bahaya dari sudut kesihatan tapi dari sudut agama. Wahai orang Islam sekalian, hari ini Apijol ingin mengajak anda semua supaya kencing duduk terutama golongan Adam. Perempuan kencing berdiri ada jugak ke ?

 

 

Kencing duduk merupakan sunah Rasullullah tahu tak. Apijol kau nak suruh orang kencing duduk, kau kencing duduk ke tidak ? Mestilah kencing duduk. Kotor tahu kencing berdiri. Nanti habis air kencing kau memercik merata-rata. Then kau nak solat pun susah sebab pakaian kau dah kotor terkena percikan air kencing.

 

“Allah swt tidak akan menerima shalat seseorang, kecuali dalam keadaan bersih” (Hadist Riwayat at-Thabrani dan Al-Hakim).

 

Aku pernah ditegur orang sebab aku duduk agak lama dalam toilet. Dia cakap aku macam orang perempuan melama-lama dalam toilet. Cepat-cepat nak pergi mana. Biar lambat asal bersih. Mungkin agak mengambil masa nak kencing duduk nie. Nak kena tarik seluar lagi. Nak kena duduk lagi. Sebab tu korang most prefer kencing berdiri kot. Tapi cuba tengok dari aspek kebersihan pulak. Bukankah kencing duduk lebih terjamin kebersihannya berbanding kencing berdiri.

 

 

Kencing duduk macam orang perempuan ? Come on ! Kisah pulak aku kau nak kata apa. Yang penting aku tahu mana yang baik mana yang tidak. Korang yang dah terbiasa kencing berdiri, jom kita berubah dari sekarang. Kita belajar kencing duduk pula. Nanti kau ada anak, kau pun kena ajar anak kau kencing duduk. Melentur buluh biar dari rebungnya.

 

 

Oleh sebab itu janganlah biasakan kencing dengan cara berdiri. Kencing dengan cara berdiri adalah perbuatan orang nasrani. Janganlah engkau mencontohi gaya hidup mereka. Kerana gaya hidup mereka semuanya tidak ada yang berpahala, bahkan mendapat dosa.

 

 

Oleh sebab itu kita dilarang kencing dengan cara berdiri. Ingatlah bahawa kebersihan itu sebagian dari iman.

 

Air kencing Punca Siksa Kubur

9 Komen untuk "Bahaya Kencing Berdiri"

Ustaz kata kalau kencing berdiri, ibarat mcm kita menghidup kan seekor syaitan.. tp x tau sahih ke x..

ada perempuan gitu . bila dah 'penuh' sangat . dan tak sempat apa apa . eekekekeke

tu darurat lah ;D

intro tu ak nak gelak weh..hahaha...nice sharing beb!yg pic pmpn tu ak pelik..wakkaka

klu kencing atas tilam? eh# hahahaha

kencing berdiri mmg x elok utk kesuburan lelaki - kata Dato Fadzilah Kamsah

thanks atas perkongsian :")

kencing atas tilam sbb takut nk p kencing kat toilet . ha3

ha, dengar tu wahai lelaki :)

Back To Top