Pewangi Bilik Paling Berkesan

 

Assalamualaikum.

 

Lama gila tak update blog. Agak busy lately. Busy dengan praktikal. Busy dengan duniawi lagi. Akhirat entah keman. hihi. Harinie nak tulis pasal pewangi bilik paling berkesan. Korang pasti mempunyai pewangi bilik paling berkesan pilihan korang sendiri bukan ? Aku juga begitu. Pewangi bilik paling berkesan yang menjadi pilihan aku bukan air wick tapi bendalah kat bawah nie ha,

pewangi bilik

Apa nie Apijol ? Macam teko je aku tengok ! Ni teko bukan sebarang teko. Teko ini boleh mengeluarkan aroma yang sangat menusuk hidung. Haritu bilik aku macam-macam bau ada. Tu yang aku terdetik nak beli bendalah nie. Ternyata memang tak sia-sia. Bilik aku dah harum semerbak gituh.

 

Apijol camna teko ini boleh keluar aroma ? Aku tengok macam teko bodoh orang buat hiasan je. Yeah, teko ini 2 dalam 1. Selain dijadikan hiasan, ia boleh juga dijadikan aroma terapi. Caranya, letak fragrance oil tak kisah la perisa apa yang anda suka dalam teko tu, then letak candle yang menyala bawah teko. Macam yang aku buat dalam gambar kat atas. Fragrance oil akan mengeluarkan aromanya bila dibakar oleh candle. Harumlah bilik korang pasnie haa… Suka tak suka tak ? KAHKAH.

 

Harga ? Murah je.. Sebab nak bilik harum semerbak sampai aku boleh tido lena diulit mimpi sehinggakan aku terlewat bangun keesokannya * 7:40 am * , aku telah mengorbankan RM15.00 sahaja. RM5 teko hiasan cantik. RM5 fragrance oil. RM5 candles 4 hours burn time(15 candles). Kenapa semua berharga RM5 ? Sebab aku beli dekat kedai RM5. Haha. Kedai lain aku rasa lagi murah kot. Fragrance oil perisa apple sangat wangi.

 

Bila aku beli teko hiasan aroma nie ( jadah reka nama ), Lina Sayur dengan Nadia Drama pun ikut nak beli. Lina Sayur cakap dia dah pasang dalam bilik dia. Wangi sangat bilik dia. Dia suka. Nadia Drama cakap esok nak beli. Wangilah bilik Lina Sayur dengan Nadia Drama pasnie.

 

Pergilah cari pewangi bilik paling berkesan ini dikedai berhampiran anda. Aku jamin bilik korang pasti berbau harum semerbak sepanjang masa. Tak perlu nak sembur-sembur air wick dah. Selain bilik wangi, bilik juga kelihatan cantik sebab dia boleh juga dijadikan hiasan letak atas meja study. :) . Nanti bila pasang lilin bawah teko tu, boleh la tutup suis lampu. romantiknya.

 

P/s : bukak je pintu bilik terus berbau epal. hoho

Post a Comment

26 Comments

  1. Wah. Sungguh traditional! Saya pun nak jugalah pewangi ni, bilik lelaki selalu berbau. T_____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau x pe.. nak2 yang merokok dlm bilik tu. sakit hati kita

      Delete
  2. ooo beli kat Hinode Shop ea?? Slalu gak beli topup utk pewangi kereta.. sebotol 5 ringgit... jimat wooo.. beli Glade mahai.. kah3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kot. lupa apa nama kedai. pakat masuk je ha3

      Delete
  3. ape plik sangat nama membe kau tu..haha...aku mcm pernah nmpk lak mende ni

    ReplyDelete
  4. ehh macam susah nak cari je ni.. kat tesco xde ker? mmg unik 2 dalam 1.. waktu malam pasang mmg best ni.. nyaman mcm duk dlm spa.. hihii

    ReplyDelete
  5. Wahh ! bau epal .. tolong pos ke rumah Wieya satu .. haha ..*kidding. kat sini takda kedai 5 engget .. kedai 2 engget je. itupun macam takde guna.? -.-"

    ReplyDelete
  6. memang wangi..lagi2 bau apple hijau....fresh...

    ReplyDelete
  7. macam menarik.. hehe.. ape kate ko jual je teko tu kat aku. hahaha

    ReplyDelete
  8. sis suka wangian lavender...teko tu cantik ler

    ReplyDelete
  9. kang bakar2x tbakar len plak kang...dlm bilik tu..kena ada bt precaution ni..Beware.hihihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah letak penyembur api sblah dia. ha3

      Delete
  10. Kalau letak air teh dalam teko tu lepas tu bakar lilin bawh tu ok tak? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA..... nanti aku try yer.. biar bilik bau tebu

      Delete
  11. romantik la sangat . kemain semangat kau .













    ok tertarik .

    ReplyDelete
  12. aku kalo dalam bilik letak ambi pur je..hahah

    ReplyDelete
  13. menarik..:) nk try..huuhu

    ReplyDelete
  14. nasib bilik aku wangi dah... ahahaha :P

    ReplyDelete
  15. kita da lame pakai ni.. :P
    kita pakai lavendar dgn orange dulu..
    segar je bau dia.. :)

    ReplyDelete
  16. Bagus ni.
    Creative lagi menjimatkan kos

    ReplyDelete