Cantik sangat Farahdhiya bertudung dalam Cerekarama Nur Hidayah yang aku tengok lepas subuh tadi. Macam takde kerja pula kan suka hati layan drama padahal study pun ntah ke mana. Alang-alang aku minat juga sama Farahdhiya ini, lantak la nak tengok juga sampai habis cerekarama Nur Hidayah nie. Aku tengok online kat Tonton. Laju je. Takde buffering pun.
Cerekarama Nur Hidayah mengisahkan kehidupan penuh air mata Nur Hidayah. Dapat adik yang perangai jahat benar jauh lagi jika dibandingkan dengan si kakak. Demi menyelamatkan adiknya dari dibuang kolej, Nur Hidayah telah mengahwini Amril lakonan Pierre Andre. Amril nie pula anak orang kaya. Amril yang sebelum ini kaki perempuan, suka bersosial telah insaf bila bertemu Nur Hidayah.
Lepas kahwin, maknya si Amril tak suka akan Nur Hidayah. Konon Nur Hidayah pakai bomoh nak pikat si Amril. Nur Hidayah yang jenis sopan lemah lembut ala-ala wanita melayu terakhir ini selalu la kena buli dekat mak mertua dia. Kesian. Amril pulak mempunyai seorang anak, Sofie lakonan Esliza Loy yang selalu memberontak akibat penceraian Amril dengan bekas isterinya, lakonan Lisdawati.
Rupanya bekas isteri Amril telah merancang satu agenda untuk menjahanamkan keluarga Amril. Dia telah merancang satu strategi yang baik punya untuk memisahkan Amril dengan Nur Hidayah dan mengaut kekayaan keluarga Amril.
Menangis jela Nur Hidayah sepanjang cerita. Takde pun aku tengok watak dia senyum sampai telinga. Dari awal cerita sampai akhir cerita nasib buruk je yang menimpa. Last-last ending pun dengan kesedihan juga.
Walaupun tudung sudah bertukar warna, tapi kesedihan masih terpancar di wajahnya. Kau nampak tu air mata berciciran dari kelopak matanya. Suka aku tengok drama ini. Biasa Farahdhiya berlakon mesti bawak watak antagonis tapi dalam drama ini berlainan sekali.
Nampak ? Tudung dah bertukar warna hitam tapi mood sedih still menghiasi muka. Wah sastera sangat ayat aku. Dah macam ayat Nur Hidayah cakap dengan Amril pulak. Kekadang dialog-dialog yang Nur Hidayah sebut sedap pulak.
Korang mesti nak tahu kan kenapa dari awal cerita sampai akhir Nur Hidayah sedih je memanjang. Tunggu apa lagi, silalah sign in Tonton dan search ‘ Nur Hidayah’ . Selamat Menonton. Jangan lupa sediakan tisu banyak-banyak dan menangislah puas-puas dengan Nur Hidayah. T_T
OST CEREKARAMA NUR HIDAYAH
19 Ulasan
assalamualaikum Hafiz...memang nampak sedih jer Farahdhiya ...:)
BalasPadamWaalaikumussalam Kak Mas. Kita yg tengok nie pun terkesan dengan watak sedih dia. huhu
Padamwahhh kena tgk ni.bukan senang nak tgk faradhiya berlakon jadi baik.kesian dia asyik dpt watak jahat je.
BalasPadamTau x pe. pegi tengok sekarang ! Sedia tisu skali. =p
Padamlebih kurang macam tentang dhia jer...naaaangis xhenti..huhu
BalasPadamTentang Dhia tu yg Nora Danish Slot Zehra tu kan. Tgk farahdhiya plak nangis ha3
Padamhehhe.
BalasPadamcomel je Faradhiya ni.
aku tak minat sangat bro drama melayu ni.
tapi aku minat artis melayu.
hehehe
byk drama melayu yg best2 kat tv3. pegi la tgk ha3
Padamsemalam x sempat tengok... ok nak tgok jap lagi :)
BalasPadampegi la kat Tonton ade .
Padamorkid dah tgk , rasanya ni first time farahdhiya bawak watak baik . not bad at all!
BalasPadamSblum nie tgk dia berlakon bawak watak jahat je, ha3
Padamhttp://synergistichatidoktormuda.blogspot.com/
BalasPadamSinggah bace entry Hafiz... jemput ke blog kami ok?
Terima kasih. :)
PadamRasa ada lagu lain..tolong la..suka sangat lagu seorang penynyi lelaki..tapi tak tahu lagu apa..
BalasPadamitu lagu dari penyanyi Opick kalau x salah. boleh search kat youtube. Lagu Opick byk yg best2
PadamTak pun lagu ' tuhan jagakan dia ' Motif band
Padamsempat juga tengok drama ni.. apa punya dik la sanggup buat kakak macam tu...
BalasPadammcm best jerr citer ni...
BalasPadam