Order Durian Crepe

 

Assalamualaikum.

 

Dah lama tak post pasal life aku kat sini kan. Konon ada orang nak tahu la nie. Haha. Asyik post entri pasal lirik lagu sehinggakan cik Bolat pun tegur, memang kau nak buat blog ni lirik-lirik lagu ae ? Sebenarnya saya takde benda nak cerita la Cik Bolat. Tu yang saya copy paste lirik lagu tu. =p

 

Hari Ahad minggu lepas aku, Syerah dengan Mekna gigih pergi MAHA semata-mata nak cari durian crepe. Sampai ke ktm Serdang, terus tunggu bus ke MAHA. Aku yang jenis confident nie memang yakin sangat ada bus free ke MAHA. Tunggu punyalah lama masa habis dekat bustop je. Fade up tunggu lama terus naik teksi. Tambang teksi RM20. Padahal dekat je pun ktm Serdang dengan tapak MAHA. Takpelah. Durian crepe punya pasal kami sanggup. =p

 

Sampai dekat MAHA driver teksi cakap tak boleh hantar sampai dalam. So, gigih lagi jalan kaki ke booth durian crepe. Sampai kat booth durian crepe, punyalah ramai orang beratur. Dekat setengah jam la jugak tunggu turn kitorang. Disebabkan hari last, diorang jual durian crepe RM8 = 6 bijik saiz kecil. Kitorang boleh tengok live cara pembuatan durian crepe. Senang sangat rupanya nak buat durian crepe ini. Rasa macam nak je tolong diorang buat durian crepe biar cepat sikit siap durian crepe kitorang kan.

 

durian crepe

Ini merupakan kali pertama aku makan durian crepe. Jangan nak cakap aku jakun sangat sebab aku yakin ramai lagi orang dekat luar sana tak pernah makan durian crepe. Rasa durian crepe memang sedap. Aku pulak dah memang suka buah durian. Durian + cream = sedap. Tak cukup makan 6 bijik. Blergh. Buat pencinta durian diluar sana, aku syorkan korang beli durian crepe dari pengedar durian pengedar durian crepe berdekatan anda. Betul korang makan sekali rasa nak lagi.

 

 

Tadi Amal ajak aku pergi dekat pondok pengawal depan uni. Nak jumpa orang katanya nak ambil barang. Aku tanya barang apa dia tak cakap. Kau ikut jela. Nanti kau tahu barang apa kata Amal. Aku layan jela si Amal. Korang nak tahu barang apa ? Guess what ??

 

durian crepe sedap

Durian crepe. Yes, Amal order durian crepe dari Efa Nur pengedar durian crepe area Bangi/Putrajaya. Amal cakap dia order dalam pukul 4.00 p.m tadi. Pukul 6.30 p.m durian crepe tu dah sampai. Memang terbaik dia punya servis. Cepat. RM10 = 6 biji saiz besar. Besar lagi daripada yang aku beli dekat MAHA itu hari. Sekarang Efa Nur tengah buat promosi.

 

durian crepe

Durian crepe Amal aku makan sebiji je. Mengamuk aku nak lagi. Mana cukup makan satu. At least 5 biji baru cukup. Nanti nak order sendiri la pulak. Hehe.

 

Korang yang area Bangi/Putrajaya kalau nak order durian crepe boleh masuk blog http://efagurlz.blogspot.com/ sekarang. Amal order durian crepe dengan dialah kalau korang nak tahu. Durian crepe dia sedap. Amal pun cakap sedap.

14 Komen untuk "Order Durian Crepe"

peh pehh gua mmg xpenah mkn...dh pening mkn dgn bau durian nih..

nama aku ke tuuu ? nama aku ke dekat prenggan pertama tuu ???

wahh *gigit slipar*

ehm fenomena durian crepe ni buat aku nk rasa satu . supaya org tnya aku boleh jwab . takdela jakun kan . kahkah .

btw byk lirik2 yg aku rujuk sini . hihi,okayy what pasal life kau . dlu pun psal life kau kan ? heheh

durian crepe dah jadik trending daa..haha

memang berhantu durian crepe ni..

dah famous dah kau durian.nama pun makin canggih.

aku pon belum makan weh...nk tunggu laki aku bg hadiah oven.nak buat sendiri durian crepe tuh..haha..

memang best durian crepe..dh jadi 1 kegilaan plak kt sini.. dh 2 kali oder , share ngan kwn..mmg besttt.. izafiza, awk mesti try.. farhumaira rose

yey yey yey nak order jugak la hiks

Zila- perisa lain pun ade . bukan durian je. pisang crepe. rambutan crepe. kiwi crepe. erk. Kbai.


Bolat - Haha. padan muka aku x backlink pun. kena rasa nie Bolat. sedap.


izudean - Apa lagi order la. hu3.


faa. - nanti faa buat boleh la kasi sini sikit .


Ascil - haha. tau x pe.


Iza - kelas kau jah buat durian crepe pakai oven bagai... hakhak


Anon - mmg sedap. Amal pun nak oder lagi harinie haha


liyana Lunia - Order weh. jgn lupa aku nie. haha =p

area Puchong leh anta x?

Mana nak order durian crape ni huhuhuh apa rasa..

hebat penangan crepe ni... tpi aku x pernah pon tgk org jual.. huhuhu

aisshh..rmai da owg merasa crepe ni..yaya jeee xrase2 lgi..tgok cam sedap sgtt tuuu.. >,<

efa datang sini kerana durian crepe...hehee

sorry laa dah setahun lebih baru baca entry nie.. ketinggalan betul..adehh haha :p
mekasih sudi membeli n bg feedback yg baik...terharuuu :D

tahun nie xbuat dah..x larat..hihi

tqqqqq :)

Back To Top