Jawatan Kosong di Secret Recipe Alamanda,Putrajaya

 

Assalamualaikum.

 

Kehadapan pembaca hafiz hafizol blog yang diingati selalu. Anda diminta memenuhi jawatan kosong di Secret Recipe Alamanda,Putrajaya secepat mungkin sebab kesian kekurangan staff. Ramai staff yang telah dan akan berhenti kerja kerana menyambung pelajaran, dapat kerja baru, nak duduk rumah goyang kaki, nak cari kerja lain dan seumpamanya.

 

Motif Apih Apijo awak tolong Secret Recipe cari pekerja baru. Secret Recipe bagi awak adverlets kah? Oh tidaklah sampai camtu sekali. Suka hati akulah nak promote ape pun ini kan blog aku bukan blog bapak engko. Ahak.

secret recipe

 

Banyak tahu jawatan kosong di Secret Recipe Alamanda nie. Korang Boleh tengok gambar di bawah. Gigih kan aku pegi ambek gambar pakai handset SE J10i aku yang cikai itu. Hudoh sepang gambar. Takpelah kan asal korang boleh baca apa dalam gambar tu.

 

jawatan kosong di Secret Recipe Alamanda

 

Gaji? Tang gaji itu aku pun tak berapa tahu sangat. Yang pasti pekerja part time dibayar RM4 sejam. Sorry to say la Secret Recipe saya rasa jumlah tersebut sangat murah. Sila bayar RM5 sejam kalau nak staff yang mencukupi secepat mungkin hakhak =p . Korang nak tahu lebih lanjut pasal gaji, kenaikan pangkat, cuti sakit dan seumpamanya bolehlah hubungi no yang tertera.

 

 

Sesuai betul bagi mereka yang tengah cuti semester bekerja di sini. Itupun kalau korang tinggal area sini la. Penat tak ? Tak penat sangat pun kalau nak banding dengan kerja cashier. Kalau korang taknak penat korang try apply café manager je terus. Kan? Korang kerja waiters memang penat juga la sikit. Tapi bukan setiap saat masa waktu dan ketika pun ada customers. Kira ada hari relaks. Ada hari busy.

 

 

Disamping bekerja, korang boleh juga mencari kawan baru dan mengenali nama-nama kek yang sedap di Secret Recipe motif? Paling penting, korang dapat mencari pengalaman baru serta menambah wang saku. Sila jangan berharap sangat korang dapat makan kek free atau lasagne beef free atau western food free atau tom yam kung free atau segala macam makanan yang free disana sebab anda dibayar untuk bekerja bukan untuk makan makanan free. Kalau korang nak air free, korang boleh pergi  dekat bar and then buat air apa yang korang nak buat. Ice blended tidak digalakkan. Over nak minum ice blended. Kerja malas haha.

 

 

P/s : Bestnya kalau manager Secret Recipe terbaca entri ini pastu kasi penghargaan dekat aku lol.

6 Komen untuk "Jawatan Kosong di Secret Recipe Alamanda,Putrajaya"

alorrr, murah sgt part time tu..

cafe manager lagi ponat....nak kena plan a-z....nampak cam mudah kan...p kalo dah jadi barutau...pasai pa sesetengah cafe manager ni muka ketat ja...tensen...haha

Awak-awak kalau nak try keje sini @ nak tanya pasal kekosongan keja whatsoever boleh lah hubungi no yg tertera dlm gambar sana. Sy dah x kerja sini lagi..Harap maklum :)

Awk apply tros dpt or tunggu dorang kol

penginapan di sediakan tak untuk full time yang merantau ??

Back To Top