LAGU HANGIT HOTFM-RAYA DI JALAN DUTA[KHAS BUAT PERANTAU]

 

Hai semua.

 

Jum tengok video lawak lagu hangit Hotfm – Raya di Jalan Duta. Dinyanyikan oleh penyampai-penyampai Hotfm yang sentiasa hot iaitu Fara Fauzana, AG, Faizal Ismail dan Usop Wilcha. Lawak video nie. Diorang siap joget-joget dekat bustop Jalan Duta lagi. =p

 

Selamat balik kampung berhari raya buat semua penghuni kota di luar sana. Semoga perjalanan pulang anda selamat dan selamat menempuh traffik jam. Jangan jadi macam diorang yang terpaksa berhari raya di Jalan Duta.

 

Buat mereka yang pulang berhari raya dengan bas, mohon beli tiket bas awal-awal. Jangan esok nak kelik kampung harini kau nak beli ? Jangan la amalkan perangai seperti itu. Sediakan payung sebelum hujan. Tak payah nak biar lambat asal selamat sangat. Tak berapa nak selamat kau nanti. Tak pasal-pasal tertipu dengan agen jual tiket palsu kan( rujuk video di bawah ) =p

 

kami semua sudah siap sedia
Dengan beg galas pulang berhari raya
Destinasi kami semua arah utara
kami tunggu bus terminal jalan duta

 

Tik tok tik kami gabra
bas yang dinanti langsung tak kunjung tiba
Kami gelisah kami rasa terkena
dapat tiket bas ternyata palsu punya

 

Citer ini saja kami kabor biar semua sedor
Pagi hari raya kat hentian jalan duta
keluar ayer mata tak dapat balik raya

 

jiwa kami lara hati rasa hiba
lebih-lebih lagi bila dengar takbir raya
Berlinang air mata

 

Rasa menyesal tapi semua terlambat
terminal jalan duta tinggal kami berempat
Muka kami semua nampak terkulat kulat
teringat lemang rendang kueh serta ketupat

 

Hari raya di bandar raya
Bandar tak beraya bandar tiada siapa
Memang tak da apa cuma ada nama
kalau adapun hanya Myanmar dan bangla tragis

 

Hati kami rasa sayu sekali
Bukan ingat kampung tapi buah hati
Kami juga rasa bertuah
Duit kami jimat dari anak buah

 

P/s : jangan lupa saksikan webisod hari raya tau. =p

0 Komen untuk "LAGU HANGIT HOTFM-RAYA DI JALAN DUTA[KHAS BUAT PERANTAU]"

Back To Top