Semalam iaitu 7 Julai 2012 aku telah diberi kesempatan oleh Allah SWT melihat keindahan bunga-bungaan di Pesta Flora Putrajaya. Sangat islamik sekali ya pendahuluan entri. kikiki
Tapi betullah gua cakap sama lu memang sangat cantik dan indah terasa seperti di alam kayangan pulak bila pusing-pusing sekitar Pesta Flora tersebut. lol. Over la kau macam alam kayangan tu kau dah pergi je kan. Umpamanya aku seperti berada di luar negara bila pusing-pusing sekitar Pesta Flora tersebut. Ayat nie baru nampak tak macam over sangat. kikiki
Kepada mereka yang tak berkesempatan ke Pesta Flora tersebut silalah jumpa lagi pesta seperti ini pada tahun hadapan. Kalau kerajaan nak buat lagi la kan. Serious aku cakap tak rugi pun datang pesta nie. Masuk percuma. Nak bergambar dengan bunga dalam tu pun percuma. Nak bergambar dekat replika dan landskap pun percuma. Cuma pokok percuma takde pulak dijual dalam nie.
Pintu gerbang Pesta Flora Putrajaya yang sangat pink. Aku agak bunga tema tahun ini bunga kertas kot. Tu la yang dekat pintu gerbang ada bunga kertas tu.




Pusing-pusing terjumpalah pelukis yang sangat aku kagumi bakat semulajadinya ini. Walaupun akak ni seorang yang kurang upaya, namun hasil lukisan dia yang dilukis menggunakan kaki itu boleh mengalahkan hasil lukisan aku atau anda sendiri yang melukis menggunakan tangan. Ohsem gila. Lama aku ralek duk perhati akak nie melukis. Cantik sangat lukisan dia.
Ni ruangan indoor Pesta Flora haritu. Indoor la sangat yer. Dalam nie memang ramai pengunjung. Masing-masing galas DSLR gedabak. Siap beratur lagi tu nak masuk. Macam-macam dekorasi bunga yang korang boleh lihat macam dekorasi penari kat atas tu haaa. Dekorasi lain lagi amazing dan menarik. Battery kamera dah nak habis nie dek terlalu taksub dengan arnab comel kan so tak dapat nak ambil gambar dekorasi lain. Penuh satu kamera gambar arnab je. Kahkah.
Gambar oleh : Lutfi Syafiq
10 Comments
gua tak pegi lagi, dah berapa blog update pasal ni, jeles ni.haha.
ReplyDeletesyokkkkk nya dpt p.
ReplyDeletetime nk p selalu je ade bnda.
tensi
sudah nya tgk gmbr org yg p je la
wahh.. bestnye dapat pg.. kali ni haz x dpt pergi sbb tgh exam.. ='(
ReplyDeletewah lawo gambor? hahaha... kalau pakai dslr lg lawo nim. :P
ReplyDeletehari ni banyak masuk blog yg citer pasal ni..napak best jer tp jauh nak pergi hihi
ReplyDeletedya xsempat nk pergi.tpi rugi lh xdpt g sana..huhu
ReplyDeletekalau dekat boleh juga melangkahkan kaki tengok bunga-bungaan nih hehe
ReplyDeletelaa nak bergambO ngan arnab
ReplyDeletemeh ler dtg uma ahkak
siap2 bole men2 guling2 lagi
dgn arnab trsbut huhu ;)
untungla dapat g sane....okbai!
ReplyDeletePembetulan: anak pokok anggur ada di jual. Serius.
ReplyDeleteSekian. tq