Baru-baru ini aku ada menghadiri satu Food Review di pusat karaoke Red Box Ria Sogo. Kepada mereka yang shopping baju raya sakan sepanjang bulan Ramadhan nanti anda bolehlah singgah berbuka di pusat karaoke Red Box Ria Sogo. Menu yang disediakan semuanya sedap-sedap dan makan sekali nak lagi bak kata orang.
Sempena kedatangan Ramadhan, pusat karaoke Red Box Ria Sogo tidak ketinggalan menyajikan hidangan Melayu Tradisional pada harga serendah RM37++ seorang pada hari biasa. Murah bukan ? Susah tau nak cari hidangan berbuka puasa serendah RM37++ nie.
Anda akan disajikan dengan pelbagai lauk dan masakan yang maha enak dan sedap. Antaranya
@tulang rusuk kambing dengan haruman kurma
@peha ayam panggang dengan sos kunyit
@udang masak lemak tempoyak
@ketam masak tumis udang kering
@daging rendang minang, asam pedas ikan tenggiri
@rebung dengan perut lemak cili api
@tempoyak ikan senangin
@ayam kelio
@ayam masak ros merah
@daging perisa thai sos
@rendang tok
@taufu bakar dengan kuah rojak
@tomyam, sotong sambal petai,
dan pelbagai juadah antarabangsa lain seperti
@prawn lemon salad
@steam seabass with nyonya sauce
@stir fried flower crab with Ilatian herbs
@baked pasta with cheese
@sweet & sour dory fish
@stir fried Hong Kong cyoy sum
@kailan ikan masin dan menu lain yang pastinya bertukar setiap hari.
Tidak ketinggalan, tersedia pembuka selera seperti
@salad
@kerabu kacang botol
@kerabu sotong nangka muda
@kerabu pucuk paku
@kerabu mangga muda
@kerabu daging
@sambal ikan bilis
@keropok (crakers)
@salad so’on jawa style
@bergedil
@mixed grill salad dan rojak.
Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut seperti
@air batu campur
@cendol pulut
@bubur manis
@buah-buahan dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional Melayu & Nyonya yang menjadi kemestian semasa berbuka puasa.
Memenuhi permintaan pengunjung yang datang berkeluarga, Red Box Ria turut tampil menawarkan promosi pakej keluarga / berkumpulan yang menarik dan tentunya lebih menjimatkan pengunjung. Sebagai penghargaan, pelbagai keistimewaan diberikan untuk mereka yang menempah pakej keluarga di mana mereka boleh memilih minuman istimewa selain yang terhidang di kaunter minuman. Antaranya:-
@laici cincau
@sirap bandung
@ais jagung
@sirap limau selasih dan lain-lain.
DAGING RENDANG MINANG yang sedap !
KETAM TUMIS UDANG KERING paling laku !
LALA MASAK TOMATO BERTELUR yang enak dan sedap !
SALMON PANGGANG DENGAN SOS KRIM
TULANG RUSUK KAMBING DENGAN HARUMAN KURMA
Haaa, camne ? Banyak gila kan menu yang disajikan. AKu sendiri tak mampu nak rasa semua masakan yang disajikan sebab banyak sangat dan perut pun kenyang gila dah. Menu-menu tersebut juga sangat sedap sehingga menjilat jari tahu. Itupun kalau korang makan tak pakai sudu la kan.
Sesuai betul kalau kata korang dan kawan-kawan tempah set menu yang disediakan. Makanan yang sedap haruslah orang berebut nak mencuba bukan ? Haruslah hari-hari penuh bukan ? So, tunggu apa lagi jum tempah satu set berbuka puasa di pusat karaoke Red Box Ria.
Promosi ini akan berlangsung sepanjang bulan puasa bermula 21hb Julai 2012 setiap hari bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Kalau korang nak tanya apa-apa atau nak buat tempahan, sila hubungi talian 03-26947788.
Gambar oleh : LUTFI SYAFIQ
3 Komen untuk "FOOD REVIEW : PROMOSI MASAKAN TRADISIONAL DI RED BOX RIA SEPANJANG BULAN PUASA"
huu.tengah puasa ni.mencabar iman betul.gulp.telan liur.
mak ai...tgk gmb mknan meleleh2 lak air liur..lapa..dugaan2..hahaha
lepas berbuka boleh karoke..hehhe